05 Mac 2010

Sepi di atas sana.

Gua , Boyot dan seorang budak Jengka yang gua lupa. Tak silap gua nama dia Wan. Kening lebat macam pendatang Vietnam. Kulit cerah. Jarang orang Jengka kulit cerah. Nak kenal orang Jengka masa tu senang je. Sembang mesti ada kaitan dengan sawit. Gua mana main line2 sawit. Tapi sawit lagi wangi dari getah sekerap orang kabo. Tapi mungkin hidung gua dah lali gamoknya. Itu pasal gua rasa getah sekerap lagi wangi dari sawit. Getah pulak time tu harga macam duduk di bawah kerajaan sosialis. Bapok lah murah nya. Tak macam sekarang. Senang2 dapat pegang duit seribu. Cilakak!

"Syshhhhh....", Wan , budak Jengka letak jari kat bibir tanda suruh diam. Gua time tu la pulak nak sembang citer Darah Satria. Ada juga simpan cita2 nak jadi askar. Cerah masa depan. Dah tua makan pencen. Melepak kedai kopi sampai azan maghrib. Tunggu isya' pun leh sambung sembang lagi apa2 yang pending masa kat kedai kopi siang tadi. Cukup umur 60, stenbai ke hospital.

Gua pandang ke bawah sambil terkumat kamit membaca doa keselamatan diri. Gayat tu pun ada, tapi wa simpan dalam2. Takut kantoi, nanti setahun tak habis jadi modal budak2 nih.

Ketuk! Ketak! bunyi kasut ....

Kruuikkkkk......
bunyi pintu di tutup.

Kami menadah tangan kesyukuran di atas syiling. Cikgu Salleh yang muka macam pelakon Alias Congo tu dah blah. Kami merasa amat gembira yang maksima kerna terselamat. Terselamat dari apa pun gua tak tahu.

"Relax laa.... awal2 tahun ni mana belajar sangat, kan ?", Wan , si budak Jengka menyuntik 'semangat'.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penthouse atas siling asrama?
Memang solid lu punya taste

gunx berkata...

kekeke...

zaman tu popular menyorok dalam lemari, kene ubah sikit tradisi orang kabo...

Tanpa Nama berkata...

ko masih wat camtu ke sekarang sbb awal2 tahun aku jarang nampak ko...hehehhee...

edd79 berkata...

ada gak member cabut tak gi kelas prep nyorok kat siling. tapi salah step, 'jatuh gedebuk'. nasib baik atas katil. klau tak, makan pree la sbb gi kenduri arwah ehehe