Trip kali ini memang sudah di rancang lama. Segala kemungkinan2 buruk telah pun di telah dan di jangka sebaik baiknya. Bukan setakat plan B, sampai plan K jugaklah kami rancang. Pendek kata, kalau tak de tsunami masa tu, memang on lah trip ni.
Bukan senang nak berjalan2 dengan duit yang tak berapa ada ni. Ada duit pun, takat ngeteh dengan sedikit imbuhan nasi lemak sahaja kat restoran Maran. Motor pun bukan selalu sihat. Pantang gua ngeluh sikit, terus payah nak start pagi2. Kalau gua humban motor tu kat sungai Pahang, mana stedi jalan kaki ye dok ? Tapi kalau jalan kaki sambil heret motor, lagi la terbakar perut. Kena pulak lalu depan bus stand yang sarat dengan mak we. Muka rasa jadi lutut pun ada.
Sekarang , ada 3 motor yang ikut serta. Motor gua, motor kidir, motor wan naim. Semua di bawah paras 100cc. Motor ayah punya belaka. Motor stended, stiker bersepah. Motor yamaha, stiker ZZR. Jenis tak membaca. Marah orang Jepun kalau nengok.
Tepat jam 3 petang habis persekolahan, kami merempit perlahan menyelusuri jalan bengkak bengkok Kuala Sentul. Kuala Sentul ni terkenal bukan sebab ada orang dapat 20A SPM, tapi ada satu kuil pepaleh besar macam kapal Titanic. Masjid negara pun kalah , gua rasa. Kalau musim2 perayaan, memang havoc itu jalan. Silap2 kalau niaga air mineral , boleh pegi melancong ke Phuket gua rasa.
Hampir sejam perjalanan, kami sampai di pekan Tong Kiat. Pekan dia agak kecil. Kalau lumba kategori paling banyak bangunan, Maran lagi cempion. Tapi keistimewaan kat sini , spare parts motor dan pakaian muda mudi mempunyai harga yang agak ok. Tidak lah murah sangat, tidaklah mahal sangat. Sedap2.
Jadi , sebagai status pelajar , setakat berlakon je la masuk kedai, tengok2 barang. Muka macam nak beli, dalam seluar cukup2 minyak nak balik. Pendek kata, kalau gua beli baju tee, bermakna gua kene busking 2-3 jam cover duit balik Maran. Nak busking pun satu hal jugak, gua tahu lagu Nirvana dengan Sepultura je.
Selepas semuanya puas hati, gua kembali ke motor dengan hati muda. Masing2 dah boleh berlagak sembang esok pagi di sekolah tentang pengalaman berharga ini.
...
...
"Adeh...Adehhh"
Naza Putat pun turut mengaduh2.
Gua tancapkan penglihatan kepada bahagian buku lali. Dah bukan gaya buku lali dah gua rasa. Mana nak buat perhitungan kalau saat2 genting macam itu. Randy Mamola pun surrender. Tu pun dah pakai baju keselamatan habis habisan. Perlahan2 motor yang tumbang di angkat secara berjemaah. Ekzos melekat di buku lali gua. Rangup jadinya. Ambil korner pakai gear tinggi, sekolah pemanduan mana ajar , gua pun tak pasti.
"Adeh...Adehhh"
Naza Putat pun turut mengaduh2. 2 minit selepas itu, kami ketawa beramai2. Sambil ketawa, gua fikir alasan paling mithali utk madgad gua yang terkulai itu.
Terus gua ingat cerita Anak ku Sazali.
3 ulasan:
aok ni geng kg sentosa ke?
Kah.. Kah.. Kah.. jalan tong kiat tu Randy Mamola pun pikir 18 kali nak lap.
mana xnye..lap sambil tekan double stand kasi cecah jalan...nak bagi berapi la konon...kahkahkah...habis matgad aok x suruh isang pomen bas hj awang pasang baru?
Catat Ulasan