24 Disember 2009

King of Parok.

Zaman sekolah menengah, gua dibekalkan dengan sebuah motor kapchai jenama Honda c70 berlampu bulat. Memang kategori klasik. Time tu RXZ tengah letup. Sapa ada memang digilai ramai. Kebanyakan pemilik RXZ kat kampung gua sudah bekerja. Rata2 keje kilang di Kolumpor. Baru keje 2 bulan, lidah jadi lain. Gampit!

Kapchai gua tiada engkol. Kalau nak start, kene cari bukit atau minta tolong kawan2 yang berdekatan. Mula2 agak malu nak mula, tapi lama2 jadi biasa. Memang kalau dilihat secara mata kasar, tak senonoh sangat start macam tu. Boon Siew kalau tengok, mesti dia tengking.

Walaupun kapchai gua kelihatan macam dari negara dunia ketiga, gua tetap sayang bagai menatang minyak yang penuh orang kabo. Macam Hasan sayangkan Sazali. Pagi2 sebelum gua mandi, gua siramkan motor terlebih dahulu. Nak mandikan anak, anak tak de. Baju raya pun minta mak gua belikan. Jadi, oleh kerana tiada sangat komitmen2 pelik, gua salurkan kasih sayang pada motor gua sahaja.

Ada masa lapang, gua akan autosol bahagian2 yang dijangka boleh berkilat. Mula gua kilatkan bahagian kotak minyak hitam membawa ke lidi , karburator, lampu isyarat, absorber. Ada akal jugak nak kilatkan spoket dan rantai, tapi orang kabor berpada2 la. Kasih sayang pun ada had. Terlebih kasih sayang , orang kabo boleh mendatang musubah. Tak gitu.

Kalau esok hari Isnin, gua akan pastikan motor gua akan berkilat dan berada dalam keadaan dalam bilik showroom. Kadang2 ia boleh datang semangat juga nak ke sekolah. Mende orang sekarang kabo, motivasi. Menjelang maghrib, kalau tak de urusan mengeteh di bandar Maran, gua akan selimutkan motor dengan baju hujan terpakai.

...
...
...


Gua cekak pinggang kat tingkap. Berkerut jugak dahi. Kilat sabung menyabung. Hujan mencurah2. Sesekali gua alihkan pandangan kepada motor. Lepas tu, gua dongak langit. Gelap gelimat macam nak kiamat.

"Kejap lagi berenti la hujan tu...aok jangan ngada2 nak monteng.", mak gua dah mula sound.

Pedih jari gua gosok autosol sama pedih hati gua tengok motor redah hujan. Wei...rasa nak resign sekolah pun ada nih...

3 ulasan:

Amir Ariff berkata...

aku dulu p sekolah nek basikal je.. basikal takda brek.. nak benti kena pakai kaki..

Fadh berkata...

hahaha gua dulu gie sekolah naik mercedez jer...punya laa kokak...lu ok laa naik kapchai hehehe

Tanpa Nama berkata...

haha gua dulu penah ada kes pi masjid uum jalan kaki pasal baru lepas basuh moto dan hujan hehe - Bayam