29 Oktober 2009

Spirit of Rambo.

Jam 7 pagi, gua dah buat persedian terakhir ke Kolumpor. Ejas sikit2 je kat bahagian tali pinggang. Ntah macam mana gua terlupa nak tebuk lubang. Pinggang sedap2 orang kabo. Bukan boroi macam orang pencen. Kucar kacir jugak lah pegi dapur cari pisau hujung tajam. Perlahan2, gua rehearsal pakai tali pinggang dan cucuk kat tempat yang tak ketat sangat, tak longgar sangat. Payah nak sebut dalam bahasa Melayu, terma tu. Dah pra tebuk, gua ambil hujung pisau kemudian seligi perlahan2 agar tembus. Pecut ke cermin dandan , pakai baju masuk dalam kendian pakai tali pinggang. Gua pandang perlahan2 ke arah cermin.

Demit ! sebijik Stallone.


"Cepat!!!!!!!!", mak gua dah hangin.
"Kita numpang kete orang ni...plastik jangan lupa bawak!!!"

"Haishh....!!...Syshhh...saya dah besar la mak!!...", gua kerut dahi.

Dengan kelajuan cahaya, gua summersault masuk dalam kereta di bahagian belakang.

Gua herotkan mulut macam Rambo Stallone baru lepas tembak askar Vietnam. Semangat Rambo gua semakin menjalar. Trip ke KL kali ini memang merupakan epik sejarah yang patut di letak pada batu bersurat.

Dengan sekali Bismillah, Toyota KE Ayah Ngah Aziz meluncur perlahan meninggalkan Maran. Gua pandang belakang sambil melambai kepada Bede dan Basri. Berderai jugak air mata tak dapat ikut gua pegi Kolumpor. Padan muka!

Sampai jambatan Temerloh, mak gua toleh belakang.

"ok dok??"

Gua pandang tingkap tanda semangat Rambo masih membara. Sekali sekala , ingatan gua terpacak pada scene Rambo merentas rimba Vietnam, tangkap ular, dapat boss pun bodoh asyik kene tangkap dengan penjahat je. Baik tak payah jadi ketua komando.

Gua herotkan bibir ala2 Rambo kat tingkap. Dari biasan tingkap, tak syak lagi , gua memang berdarah Rambo. Tangan gua genggam kemas. Gua pandang atas dan bawah. Mak gua dah rimas.

...
...
...


"Mak dah kabo....bawa plastik ! bawa plastik ! bawa plastik ! ..."
"DEGIL!!!"

"Uwekkk!!"
"Uwekkk!!..."
"Uwekkk!!..."

Mak gua urut leher dengan minyak cap kapak. Berair jugak mata kalau muntah ni. Celaka! habis seluar Levi's palsu gua.

11 ulasan:

Amir Ariff berkata...

bahaha.. lu mmg klaka la bro..

jln ke kuala pilah plg memeningkan.. adik gua bpe kali muntah..

phish berkata...

hahaha...sekarang lu muntah lgk x bro...hahaha..cm gampang je perangai...

Tanpa Nama berkata...

dr KD ke cyber baper kali ko benti muntah?

mznordin berkata...

tu jln ke kuala pilah dulu...

citahrudin berkata...

tu lah ko..tau tiru sisi ganas Rambo saje..sisi baik Rambo si anak yang mengikut cakap mak ko x moh tiru pulak

Rasdi berkata...

hahaha... begolek gua gelak lu tau tak... good work..

Fadh berkata...

kuikuikui...rambo ke bende gitu he he he

me and only me berkata...

ahaks..x maskulin lgsg!!

meor saiful rizal berkata...

beli minyak yuuu yee cap limau!

gunx berkata...

amir, cheh..

phish...sekarang dah stedi..

tanpa nama, tu dekat je..apa barang muntah ?

mznordin..oh ye ke ?

citahrudin..huhu

rasdi.. ceh !

fadh, ok la tuh...

me and only me , hahaha

rizal , zaman tu tak glemer lagi minyak tu..

Webmaster@Echam berkata...

Cheh... Ko muntah dlm kete ke gunx. Huhhh.. habeh kete KE20 tu.. hahhaha