20 Oktober 2009

Pengalaman saya pergi ke ibu kota Kuala Lumpur.

Tok gua itu tahun pegi haji. Seingat gua, time tu gua sekolah rendah lagi. Malam tu, gua naik hairan jugak, tengok orang kampung datang ramai2 kat rumah gua makan nasi. Beras rumah derang dah habis ke ? Lepas makan, ramai2 dok berlonggok tepi tingkap pekene rokok. Letih tahlil kot tadik. Dari sumber2 yang gua dapat, malam tu kenduri sempena tok gua nak naik haji. Mende2 haji ni, memang gempar la satu kampung. Kalau tak buat kenduri. memang nak cari pasal la jawabnya. Tak dapat nasi, meehon pun jadi lah. Mengada2.

Selang satu minggu, tok gua dah redi dengan beg besar dia. Perghh...sebijik macam nak daftar MRSM. Sekali sekala petang, gua tengok atok gua baca buku kecik berupa doa2. Ye la, sana kan sedap sikit berdoa. Mudah makbul. Terlintas jugak hati, nak order doa kat tok gua. Kurang2 dapat rezeki kereta Toyota KE pun jadi la. Senang sikit pekene Zoo Negara kat kolumpor tu nanti. Ni asyik pekan sari Maran je. Muak jugak tengok orang jual ubat kuat berkugiran tu.


"Ahad kita ke Kolumpor.!!", mak gua tenang sound itu petang Sabtu. Bermakna, kalau ikut kalendar Gregorian, esok lah. Gua pecut ke ruang tamu. Gua dongak ke atas melihat jam dinding. Gua letak masalah matematik berkenaan masa dalam kepala. Mulut kumat kumit membuat operasi pendaraban secara bersahaja.

"Yes! ada lagi 13 jam!!". Gua lompat tanda gembira. Cepat2 gua cari seluar jeans Levis palsu. Lipat elok2, letak kat baris paling bawah pada strukur susunan seluar dalam almari. Kalau kat bawah, ada berat sikit. Bila berat, nanti bila pakai ada kesan2 tajam baru lepas streka. Mana la gua tahu time tu, jeans tak payah ada side effect cam tu. Streamyx pun tak de lagi. Mana nak update sangat budaya2 songsang ni.

Tok gua itu malam macam payah nak tidur. Mungkin sebak nak tinggalkan kampung. Gua punya imsonia malam tu ibarat macam esok nak raya.

"Pergh...koi ke Kolumpor esok!!", gua senyum sambil tutup mata.

8 ulasan:

Fadh berkata...

huh bikin malu org pahang ajer...kolumpo pn nk bangge he he he

Webmaster@Echam berkata...

cheh.. koi ingat aok ke london tadi....

gunx berkata...

fadh, cilakak!

echam, london tu payah la sikit...

FIRZA berkata...

ini pengalaman owk nok bersiap2 g ke kolumpo...bkn pengalaman owk g kolumpo.......penat gua bace woi gunx.....demit.....

Amir Ariff berkata...

levi's paslu.. haha memang realiti..

kenduri haji kurang2 kena ada ayam masak merah.. huhu

wawabescoot berkata...

ye selamat datang ke kolompo!
haha

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni masih imsomnia lg ke nak ke kolumpo?

gunx berkata...

firza, ha ha ... memeng saje nak sakitkan hati lu.

amir, eleh..macam tak biasa...

wawa, macey macey...

tanpa nama, dua dua ada lagi.