30 Julai 2009

Semangat pun kene kawal juga, jangan main petik je.

Kalau malam2 bawa kereta, pomen cakap sedap. Secara fiziknya, kereta akan menjadi sedikit laju berbanding di waktu siang. Di samping itu juga, ia dapat menjimatkan minyak. Zaman2 ekonomi meleset ni, akal kene panjang orang kabor. Baru tak ketat muka tengah bulan.

Gua pecut di hiway. Kereta nasional gua cemerlang mengikut arahan. Anak perempuan gua yang bongsu (so far la ...) berkeras mahu juga duduk di kerusi hadapan. Malas gua nak larang. Budak2 kalau larang, lagi dia mahu. Gua biarkan sahaja dia menikmati pemandangan malam dan kecekapan pemanduan gua. Kalau dia tak kenal pemandu2 F1 , sekurang2nya dia dapat lihat secara dekat cara pemanduan ranggi gua ini.

Tangan kanan gua bersahaja mengawal stering. Tangan kiri mencari siaran radio. Cilakak! Tadi sedap sangat bunyi. Kenapa tiada kedengaran lagu pula? Hail Amir tak habis lagi nyanyi.

Oh... dalam terowong.


Opssss....ada selekoh sedap di depan. Gua tersengih perlahan tanda mahu meratah selekoh. Kemahiran gua memang tak dapat di sangkal lagi. Kuda2 gua perkuatkan.

Pap! gua turun kan gear tanda mahu menawan selekoh. Gua tekankan sedikit brek. Pap! kereta nasional gua meluncur dengan bergaya.

"Adeehhh...", hampir kebas peha gua kena cubit.

"Bukan dia tak nampak budak kat sebelah, main pecut je...", rungut awek gua di belakang sambil meredakan tangisan anak perempuan gua.

Gua syak kuat jugak dia kena kesan tarikan graviti kat tingkap tadi. Semenjak malam itu, gua pecut maksima 60km/j sahaja dan memandu dengan berhelmet.

Maran tidak kemana, Lipis pun tidak kemana. ye dok ?

6 ulasan:

beemer berkata...

60 km sejam aok?
bapa jam sampai maran kota metropolitan?

Unknown berkata...

keluar pagi2, agak2 mak wa tengah senduk nasi tengah hari, ngam2 kete gua parking dpn rumah.

param berkata...

Amaran!!
memandulah sambil membuka tingkap..

Unknown berkata...

buka tingkap kasi keluar sikit siku memang stylo.

Tanpa Nama berkata...

ingatlah orang tersayang...penat gomen wat kempen

Unknown berkata...

tanpa nama ,

baik enche'