18 Mei 2009

Selamat ari cikgu!

Pelbagai pengalaman. Masing2 ada cerita tersendiri. Cikgu baik tapi tidak ditakuti. Cikgu garang menikus pabila dehem didengari. Pahala dan dosa sama2 di raih ketika di sana. Zaman belum mengenali kepahitan dunia. Dunia ketiak ibubapa. Subsidi segala. Pakaian mahu berjenama, keputusan periksa macam celaka. 

Gua dedikasi kan entry ini kepada bekas2 ustaz2  dan guru gua.

Cikgu Salleh, peha gua lebam.
Cikgu Lau, sideburn gua lari allignment.
Ust Salleh, tanpa tamparan mu pun , gua menitis air mata.
Cikgu Rohana, cantik berpakej tapi sudah berkahwin. *karate meja*
Ustazah Zainab, walkman gua kene rampas.
Ustaz Yusof, gerun dengan tampar Jepun mu.
Cikgu Bad, motor KIPS lu , selalu gua lenjan 'menyamar'.
Ust Yap , terima kasih kerana merepair kap chai gua dengan percuma.

Cikgu Zulfa, bekas cikgu Maths dan rakan penge'tehan sehingga kini.

akhir kata...

"Guru jgn jd pelita..nanti derita. JADILAH...ikut suka hang...jnji bahgia dan  dpt gaji dan  bleh buat loan bank. 
Slmt ari cikgu!"

4 ulasan:

bokbon berkata...

abis tu, walkman lu apa cerita?

gunx berkata...

start cuti sekolah , dia pulang balik...heheh

Tanpa Nama berkata...

dah repair balik sideburn?

gunx berkata...

memakan 2 hari jugak nak stabil.