03 Mac 2009

Kisah malam yang panjang. Pengalaman berharga saya ke kota Kuala Lumpur.

"Hah, dah siap ke baju sluwo seme ??" , sergah mak gua. Masa tu mak gua gagah lagi. Jalan je slow, tapi buat keje seme ekselen.

"Dahhh!!!...", sambil2 tu gua jeling persiapan gua paling ultimate tahun tu.

Kalau tajuk berjalan ke Kolumpo ni bukan perkara main2. Member ajok main bedil pun, tak berapa nak masyuk dah. Hati dah berat nak lalu terowong kat depan Genting Sempah. Dah rasa urban. Rasa dah tak stended kawan ngan derang seme. Sambil2 tu gua cuba ingat sikit2 vokeb2 KL yg penah gua dengar.

"Kitaorang..."
"Siallll...!!."
"Perghhhh !!"

"Aok aok ni " gua reserve kejap. Punyalah egois gua time tu. Orang Maran gelor Nyongket .

Seluar Lasis (evolusi Levi's dari negera jiran) , gua simpan rapi. Masih hangat kesan sterika. Baju petak2 ala koboi pun begitu. Selipar pun baru. Semua pakej ni gua henjut beli kat pekan sari Maran. Simpanan duit raya apa gunanya , kan ?

Tapi, malam tu... gua letak dua tangan kat belakang kepala. Memandang atap zink berkarat. Masih tiada kokokan ayam. EL ke ayam2 ni seme ????

PEPALEH lambat nyer siang !!!!!

2 ulasan:

Awanama berkata...

kawan dulu tok reti nok order mende kat fast food restoran weh

bayam berkata...

dulu2 asal g KL je mesti mau makan kentaki... hehe