11 Mac 2009

Kenapa dia bagitu sombong satelah blog dia hit mencecah langit.

Dengar kabar angin bertiup kencang mengatakan dia hendak lanjut pelajaran tarikat ke Indonesia. Spesifik tempat tidak dapat di ketahui.

Jika kami melepak di kedai Aji, topik2 keakhiratan amat jarang meletus. Hanya sekitar persoalan makwe2 Lipis, kejengkelan pemuda2 tempatan terhadap golongan2 PATI yang bersepah2 di bandar Lipis serta serba sedikit kutukan2 kasual kepada Aji sendiri.

Satu hari di pejabat JAIS, gua attend satu temuduga. Utk isteri gua. Gua lepak satu port. Ye lah..isu menunggu orang interbiu gomen ni , memang gua dah prepare. Pepaleh lama, kan ?

Dari kejauhan, gua nampak dia. ye ! dia. eh ! wait wait .... kenapa setelah 2 minit setengah kami bersebelahan, dia tidak menyapa ? arghh...beginilah seleb Melayu. Tipikal !!

Gua aim kamera phone pintar . Gua preview....



Ternyata dia bukan Pipiyapong, penulis tersohor itu.

3 ulasan:

pipiyapong berkata...

woi woi nak kena tendang??

rahimin idris berkata...

ha ha ha

keh ingat dia juga tadi.

mek berkata...

er er ini bukan budak uia ke?