20 Mac 2009

Hell Trip saya ke Maran.



Perjalananan ke Maran dari Kuantan terasa begitu hell sekali. Kereta Toyota usang menyusur tenang. Perjalanan tidak lah selaju mana. Hanya sekitar 50-60km/j sahaja.

Jantung gua seakan2 mengecut perlahan. Dah rasa masuk cenel AXN. Pepaleh debor. Jumpa mertua first time pun tak lah debor tahap ni.

"Aok dah kawin esok, jaga baik bini aok tuh...", nasihat abang gua (lain ibu) perlahan2. Sambil2 itu, anak mata dia beralih ke arah cermin atas. Pergerakan kerata Toyota usang kami yang agak perlahan kekadang mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Ada yang membunyikan hon bertalu2, ada yang memberikan lampu tinggi berkali, arghh...

Serta merta gua ingat dosa karate sampai pecah cermin solek mak gua hanya kes tak dapat pergi kenduri. Ayah histeria cari gua. Kalau dapat time tu, berat gua jadik OKU. Dengan penuh kudrat meredah malam, gua panjat pokok rambai menyorok ala John Rambo Part 1 (Vietnam).

Abang gua terus memberikan nasihat. Sambil2 tu tangan kiri dia terus melekat pada tuas handbrake. Akal terakhir beliau utk memperlahankan kelajuan. Kadang2 terlebih tengok McGyver pun jadi satu malapetaka juga.

Tiada ulasan: