21 November 2008

Sembang Letup Bersama Tok Rimau. nghaummm !!



Gua tekan Astro. Gua layan Nabil. owhh...Nabil ada shooting di UTM, Skudai.
"Mengait Bintang" namanya. Filem pendek. Ntah la cerita apa , tapi gua tertarik
dengan pemuda berkupiah semasa sessi The Making Of. Macam AJK masjid
ttp berkebolehan mengarah filem. Ini rare !

Gua lantas terus.....

oh ! nama dia Tok Rimau si blogger private .
lu tak kenal ? lu memang felda. ayuh ! ikuti ....

1-citer sikit kalau boleh latarbelakng tok, dengar citer belajar sampai Amerika ? perghh.... mesti excel SPM ni. leh kasi kata2 perangsang (baca : kata2 sahaja) pada adik2 yang bakal ambil SPM ni ?


TOK dari keluarga yang sederhana. Belajar pun biasa-biasa je.
Keputusan pun cukup makan. Cuma bernasib baik hidup pada zaman yang
betul. Zaman itu tidak semua orang boleh terbang seperti kata Airasia,
maka cita-cita untuk terbang itu cukup memberi perangsang. Bila Tok
jejak kaki je kat bumi Amerika, Tok dah TAK tau nak buat apa kerana
matlamat Tok untuk terbang dah pun tercapai.

Untuk adik-adik yang bmembaca blog ini dan bakal menduduki SPM, ingat,
usaha tangga kejayaan. Tawakkal pula adalah lif kejayaan. Sila pasang
niat dan matlamat yang betul.

2-pendapat tok dengan sistem pendidikan kat Malaysia ni ?
sistem mengejar
bilangan A dalam sijil. Apa jadik mereka yang mungkin ekselen dalam bidang lain. repair kete misalnya.

SISTEM pendikan malaysia terlalu exam centric. A itu macam berhala
yang dipuja-puja. Untuk dapat A, mereka korbankan waktu Senilukis dan
PJ. Pula tu cuti hujung minggu pun belasah tuisyen. Cuti sekolah pula
ada bengkel dan kem motivasi cara menjawab soalan ramalan. Modal Insan
yang sempurna perlu bagus dalam jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Fokus keterlaluan kepada intelek akan melahirkan manusia yang tahu
banyak tapi cakap tak serupa bikin.

Kepada para menteri yang membaca blog ini, tanamkan "political will"
bahawa perlu ada alihan paradigma untuk memberi ruang kepada mereka
yang tidak punya bakat untuk mengasah pensil 2B utk jawab soalan SPM
tetapi cermelang dalam bidang yang tidak memerlukan pensil 2B.
Contohnya bikin magic, muzik, bisnes, melukis dan lain-lain.

3-aku tahu tok into ngan film2 .. nanti2 , jap lagi kita tanya .. he he ...
apa ciri2 blog yg tok suka dan akan selalu kunjungi ? he he

TOK lawat blog kawan-kawan. Tok suka entri pendek yang mencuit hati,
mencabar minda, atau merangsang emosi. Tok paling tak suka blog yang
ada lagu auto-play. Kalau tok buka blog ni masa meeting, mesti kantol.

Untuk pelawat blog Pengeteh Tegar, anda membaca blog yang betul.
Nak baca blog tok tak boleh. kan? Blog Tok Rimau adalah untuk bacaan
terhad buat masa ini.

4-pendapat tok dengan industri cerai berai di kalangan artis.
apa yg tidak
kena ? seks ? agama ? education ? goyang ngan artis baru yg licik ?

KASIHANNNN. Kalau orang tanya, jawab, "kasihannnn." Jodoh. Maut.
Rezeki. Kita hanya mampu merancang. Kita tak mampu lawan takdir, qada
dan qadar. Yang baik jadi teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tak
gitu. Poligami itu tidak haram. Jatuhkan talak pun tak haram. Mungkin
lepas bercerai, artis itu dapat kpasangan yang lebih baik. Mana tahu
kan. Janganlah kita membeci sesuatu yang halal. Kita kena selalu
ingat, kita biasanya diuji dengan sesuatu yang kita benci.



5-mengapa tok join geng Sol Jah ? apa faktor ?

BAK kata orang lama, bersekutu bertambah mutu. Lebih-lebih lagi jika
persekutuan itu dengan mereka yang sealiran pemikiran. Biri-biri yang
sendirian senang dimakan serigala. tak gitu.

6-pendapat tok dengan industri filem di Malaysia ?
ada peningkatan ?
lambakan filem cinta karat ?
adakah mereka kontang idea atau terpaksa
mengikut selera pasaran ?

TERIMA sahajalah. Suka hati merekalah mahu bikin filem camna pun. Seni
tidak boleh dipaksa-paksa. Orang letih, perang cara orang letih. Orang
pandai, perang cara orang pandai. Orang terer, perang cara orang
terer. Jangan menyusahkan kita udah la.

Dah itu je yang mereka mampu, itu jelah yang mereka bagi. Kita pula
terus komen. Itu je la yang kita mampu. Kan? Nak bikin filem sendiri
tak ada duit pula.

7-setuju tak , kita perlu suntik unsur kontreversi untuk lariskan filem ?

KALAU tujuan kontroversi itu untuk duit, maka bikinlah kontroversi itu
dengan efektif. Jangan sampai backfire dan orang jadi menyampah. Sama
ada perlu atau tidak kontroversi sebagai alat pemasaran bergantung
kepada pegawai pemasaran dan strategi penerbit. Tok tidak boleh jawab
untuk mereka.

8-filem saudara Mamat Khalid, pendapat tok ? best atau suam2 kuku ?

DEWASA ini Tok suka banget karya Mamat Khalid dan Yasmin Ahmad. Human
drama mereka menyentuh dan komedi mereka segar. Kenyataan naskah
mereka nampak mantap. U-wei pun Tok suka tapi kebelakangan ini dia
kurang prolifik.

Tapi pun. Itu selera Tok. Lain orang lain lauknya.

9-apa definasi filem terbaik bagi tok ?

FILEM terbaik adalah filem yang dibikin oleh karyawan yang
bersungguh-sungguh dengan seni mereka. Well researched. Well
developed. Well designed. Well executed. Inilah kekangan untuk
cermelang. Sama ada kita ada stamina atau tidak.

10-apa pendapat tok dengan isu Palestin ?
he he he .. hurai je dari sudut
apa apa pun ... tak kisah ...ini kan indie....

TOK dah agak soalan ini akan keluar memandangkan Pengeteh Tegar juga pejuang (apa jadah pejuang ? -ed). Tapi, setakat ini media Malaysia memainkannya secara bermusim untuk tujuan agenda setting. Tiada komitmen yang jitu untuk Malaysia menyumbang kepada kedamaian. Maka Tok tuduh Malaysia mengambil pendirian - perang mereka bukan perang kita. Setakat simpati je la. Setakat tambah kata sifat Regim depan katanama Israel tidak cukup. Pelan damai yang menyeluruh perlu ada.

soalan offline : tok kasi kepil gambar2 relevan utk interbiu ni.

Taip je "tok rimau" kat google, bersepah . Tok tak mahu tambah 'sampah' dalam internet.
(ferr....amcam ? -ed)

dah. sebarang urusan kutukan emo hyper, sial sila tampal di ruang
romen komen. sekian. wa tammat.

2 ulasan:

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

kemain lagi dia punya layan mekap tu..

Unknown berkata...

ha ha....
puas keh mujuk , baru nak kasi gambo ni...