26 November 2008

Sembang Letup Bersama Saiful Nang. Clik ! Clik !



Saiful Nang, dari biasa ke luar biasa. Dengar khabar, dia dah menjelajah dunia dengan kameranya. Gua paling cempion pun snap gambo abg Mamat Khalid. tu pun dah bersepai sembang ngan orang kampung. Justeru, gua pun riki2 slot kosong beliau, dan nasib menyebelahi gua. Emel gua mendapat reply walaupun membalas email gua ni tidak mendatangkan apa2 laba keuntungan.

Hahh...layan je la interbiu gua ni

1-leh citer skit asal usul ko? dengar citer dari felda kat Pahang. mesti seronok kan life masa kecik2 kat sana? kalau bisa di kongsi. curi durian ke haper ke . he he


Suka jala ikan. Paling best menggagau, selalu dapat ikan keli. Pernah juga dapat ular air. Ehh..jap, ni masuk TV tak? (tak de , masuk blog ni jek. :) - ed)

2-apa kenangan masa kecik tak leh lupa sampai sekarang ? tak kisah la pahit ke , manis ke , Macam yang kat atas.

Yang pahit masa kecik2 tadek, tapi masa besar...ada banyak . Ni masuk paper ke masuk TV? (sekali lagi , tak de la bang, kita bikin interbiu ni , runcit2 jek..-ed )

3-dengar citer masuk MMU, apa bidang ambil kat sana ?

Kejuruteraan Elektronik. Gara-gara kecewa kerana gawat, sponsor tak hantar pegi Imperial College of London, saya terus nekad tukar bidang kepada ARTS. Sampai dapat sekeping ijazah dalam Media Filem (dengan kepujian) <--- Emak puji

4-Maskara Shorties baru2 ni, ko ada bikin short sedih ala2 iklan petronas. kenapa tergerak membuat genre itu ? kenapa tidak bikin short2 yang kelakar , sci finction atau cintan2 ?


Ada hajat jugak. Tapi ini bukan niat nak buat shortie pun. Tolong Rumah Pengasih Warga Prihatin kat Sg. Ramal Baru. Dia nak buat tapi semua nak caj ratus-ratus ribu, diorang pun bukan banyak duit. Kalau ada pun nak bagi anak-anak yatim belajar, sekolah beli buku, beg sekolah, kasut sekolah, tali kasut, stokin putih, nametag, tambang bas, beli selipar dan macam-macam. Jadi saya pun buat lah secara percuma, pasal saya pun anak yatim. (waah....wa respek sama lu - ed)



5-pendapat ko tentang perkembangan filem tempatan skrang ? citer P Ramlee yang paling ko minat ?citer tempatan paling minat , dan kenapa ? apa kekuatan filem itu ?

Memang best! Banyak indie yang hebat tapi tak laku kat panggung. Orang suka tengok citer lawak mamak kat Malaysia ni. Honestly, saya tak suka filem Yasmin Ahmad (walaupun 6 bintang untuk iklan-iklan beliau). Citer P. Ramlee semua suka. Citer yang saya boleh tepuktangan sambil berdiri ialah filem "Sepi" arahan Khabir Bhatia dan seriously...tahun ni utk filem terbaik Malaysia yg Mamat Khalid buat tu...saya betul2 feel...JURI adalah orang tak buta dan pekak (macam kebiasaan)

6-berbalik kepada minat dan kerjaya ko skarnag ? kenapa di namakan candid syndrome ? ada history ?

Dia penyakit berjangkit

7-citer sikit kesilapan/kegagalan ko selama menjadi jurugambar ni ? lupa bawa kamera ke , bateri habis time tgh ngam2 nak snap , atau apa apa


Silap bodo mcm tu tak penah lah. Biasa silap bijak lah. Contohnya...silap nak beli buku photography , terbeli buku panduan menjahit Cik Kiah.



8-pendapat ko ttg Siti Nurhaliza ? adakah dia sudah menyamai Sudirman utk menjadi legasi ?

Legasi MESTI mati. Bila Siti mati baru dia boleh jadi legasi.
Ada ke legasi yang masih hidup?

9-selebriti/tokoh mana impian ko utk jadik official photographer ? kenapa ?

Khritik Rosyan

10-soalan optional (terpulang nak jawab ke tak ), apa pendapat ko ttg isu Palestin ?

Jawapan seperti dalam no. 11 (huh ? -ed)

tahniah kerana baca sampai habis...pepehal lu tak puas hati , kasi up kat komen di atas... macey !

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kenapa dia byk kali tanya masuk tv ke tak? dia takut org tahu dia org kg ke?

Tanpa Nama berkata...

3sya, hang ni stupid dam dam betul. Tak faham itu lawak ke? Kalau dia malu dia orang kampung, dalam blog dia takde lah bersepahhhhhhhhh dan beribuuuuuu kali dia cakap dia orang kampung. Sengal jugak ek awak?

Unknown berkata...

fuh ... sudah2 ... he he