19 November 2008

Sembang letup bersama Pipiyapong , editor zine Hilang Punca.



Sekejap keje, sekejap berenti. pastu tak habis2 ngutuk industri bola tempatan. macam la Arsenal tu hebat sangat. Item2 di atas menyebabkan gua memaksa Pipiyapong menjawab interbiu gua. Blogga kelahiran Kuala Lipis ini ternyata menyahut cabaran walaupun sibuk menjawab komen di Hilang Punca dan membaiki karburator utk menyambung nyawa.

cakap banyak tak de, jom layan. (atas ancamam dari pp, gua tak potong apa2 dalam sessi interbiu ni.)

1-Kenapa ppyapong ? kenapa tidak di panggil Firdaus atau Fir ? ada history bisa di kongsi ?

Masa gua mula-mula into blog, gua tibai je bubuh nama Pipiyapong ni. Jenis nak cepat masa sign up,main bubuh le. Nama tu pengaruh dari bekas pemain bolasepak Pahang masa gua kecil dulu, Piyapong. Terer gila dia ni. Gua pula nama Pipi. Lepas tu gua sambung laa kasi kacip. Orait tak? Tapi ingat sedap ke bunyi dia? Tak maskulin langsung..!!

2-Dengar citer lu amat anti player2 bola malaysia , kenapa lu begitu anger sekali, faktor apa yang mendorong lu mencaci maki ?

Sebenarnya gua kecewa dengan bolasepak Malaysia. Gua dulu peminat bolasepak Malaysia nombor atas atas juga. Masa darjah 3,gua hafal semua nama pemain bola liga Malaysia ni. Pasukan divisyen 2 pun gua hafal..!! Masa tu main sedap. Berterabur rumah konon-konon berlatih bola lepas tengok kelibat Dollah Salleh dalam TV. Asal loncat tinggi sikit mulalah perasan Khairul Azman Mohamad. Tapi lu tengok sekarang ni main macam mana? Macam setan. Terlompat-lompat. Marah diorang ni tanggungjawab kita juga. Bukan nak jatuhkan semangat. Tapi tu laa. Jenis babil belaka.

3-Di manakah tempat minum (tidak beralkohol) paling letup di Kuala Lipis ? mengapa ?

Bagi gua, paling sedap sekali waktu siang Kedai Aji laa. Kat situ pakej. Boleh minum, makan pisang goreng, ada cendol dan makwe ramai melintas. Kalau malam pula sedap kat masjid india. Air murah. Kalau zaman kutu, lama sikit boleh tahan duit lebih bapa gua suruh beli barang dapur. Amoi pun sedap sedap..(Kata king of drum. Bukan kata keh..)

4-Ada nasihat2 kepada pengusaha kedai makan utk kasi ekselen lagi scene menge teh ? import Gita Gutawa sebagai pengambil pesanan misalnya.

Satu je yang penting bagi gua. Air mesti solid. Ini kang minta nescafe tarik rasa entah mende rasa.Susu lebih..!! Mana ngam. Lepas tu mula tak ada mood nak melepak. Bancuh tu biar rasa standard nescafe yang lori bawa bagi minum free tu. Kalau nak pasang makwe, cari makwe tempatan. Ini kang makwe siam. Tak blah gua macam tu.



5-Kenapa lu berenti rilis zine Hilang Punca (HP) lalu terjun scene blogging ? method lama dah outdated ke ?

Gua berhenti sebab medium tu perlahan. Bila gua start tulis kadang-kadang 6 bulan lepas tu baru siap. Ada sesetengah kes sampai setahun sekali baru release. Apa cerita? Isu pun dah tak berapa ngam. Gua pula memang jenis pemalas. Lepas tu zaman tu dah lah kutu. Duit nak fotostat mana ada. Jadi itu pasal gua stop saja dulu. Gua start blogging runcit-runcit. Laju pun laju. Murah pun murah. Lama-lama seronok. Sampailah sekarang.

6-apa pendapat lu dengan Kumprinx dalam The Fury ? diktator ? endah tak endah ? pepalih garang ? wa maksud dalam aspek cipta lagu dan sound.

Fury ni memang Kumprinx dan Mael tulang belakang dia. Halatuju ke idea ke semua diorang set. Gua ni runcit-runcit saja. Lagipun gua baru lagi bersama Fury. Aspek cipta lagu dan sound pun memang diorang yang handle. Yang gua tahu, gua petik je. Lepas tu gua demand sikit laa kalau part gua susah ke sayur sangat ke. Gua sendiri pun sebenarnya ada band projek lain yang main berat ke post punk dan synth rock/pop. Kat band gua nama Primary ni yang gua banyak salur idea gua. Tapi apa jadah material pun tak release lagi la. Line up sibuk kerja kapal laa, projek renovate rumah laa..

Tapi King of drum memang garang.
Gua pula main rock-rock berat ni mana terer sangat. Berdebar juga awal-awal. Tapi tahu je laa king. Ajak minum teh, senyap laa dia.

7-apa posisi lu sebenarnya dalam The Fury ? kejap drummer , kejap bassist, kejap runner beli 100 plus.

Eh gua main bass saja. Yang main drum tu saja saja je lepas gian sambil belajar belajar. Mana tahu kot boleh lawan king of drum ke.

8-apa jadah komen sampai 50++ per entry dalam blog HP ? pressure x nak reply ? ke layan jek...

Hahaha..ini gua tak tahu nak komen. Memang ada perasaan seronok tengok komen berkoyan. Itu maknanya orang ada respon tentang apa yang gua tulis. Nak tak nak gua kena balas juga komen komen tu sebagai tanda appreciate gua terhadap komen komen tu. Jadi gua layan je laa sambil tangan lenguh membalas satu satu..Tak tahulah sampai bila gua mampu macam tu.

9-memang hobi ke keje lepas tu berenti pastu keje balik ? apa jadik ngan job runcit2 lu skang ? demand ok ?

Hahaha..tak ada laa hobi. Cuma gua tak jumpa kerja yang betul betul kena dengan jiwa gua.
Amacam? Duit ke apa ke gua memang tak kisah. Janji sedap. Job runcit-runcit gua skang ni slow lagi(Lu bila nak hantar keta?) Jadi gua kadang kadang mempelbagaikan bisnes gua dengan urusan jual beli keta ke, jual barang seludup ke, jual aksesori racing ke. Ikut laa yang mana dan.

10-apa lu rasa ttg isu Palestin ? he he... kasi sepam komen ....

Isu ni gua risau juga nak ulas. Bagi gua yang bukan orang-orang masjid ni, gua berpendapat isu
Palestin ni memang dah 'tertulis' dan 'ditakdirkan' begitu. Macam mana buat pun memang ceritanya dah begitu. Brader brader Israel tu pun dah memang begitu. Tapi sebagai sesama manusia, sesama islam dan sama sama percaya akan hak, habis kuat tak boleh tolong cara lain, kita kutuk sajalah.

Kalau pikir logik apa jadah palestin ni berpuluh tahun macam tu? Keliling semua dah arab dah. Kuat. Bukan tak kuat. Tapi tu laa. Ada konspirasi palat juga. Hah king of drum, aok jangan nak mengorat makwe Israel je kerjanya dalam internet tu..

huh ? amacam interbiu ni ? satu je wa nak kata, kete lu rosak atau nak bikin jadi laju tak tentu hala, wa rekemen contact kutu ni. err...takat ni , tak de bukti lagi kehandalan beliau, cuma kalau dia buat hal, cari dia dan pecahkan cermin depan kete spot dia. kalau dia nyorok pun , takat Padang Tengku je paling jauh.

4 ulasan:

Si Fakap berkata...

Pergh..kental.

Tabik, tabik.

pipiyapong berkata...

padang tengku nak menyorok kat mana? gudang keretapi?

Zaini berkata...

"Nak tak nak gua kena balas juga komen komen tu sebagai tanda appreciate gua terhadap komen komen tu"

ini memang agung

tapi jawapan #10 lagi menangkap agungnya.peh.

mae berkata...

lu orang pandai susun perkataan jadi cantik...terhibur gak sekejap tadi.....terima kasih