13 November 2008
Pkini ... Pkini ... Pehal ?
Pada malam tu, cam biasa gua ngeteh ngan dia. Sembang letup cam biasa.
"Gunx! ada branik kita bikin satu website Palestin ?"
Gua dah tak jadik meneruskan proses menghirup . Perlahan2, cangkir gua tolak tepi.
Dum! Dam punya discuss, dah up pun. Itu citer tahun 2004.
Pkini masih lagi survive walaupun ada Mawi dan Norman Hakim.
[fakta menarik : banner Pkini masih lagi digantung di Kumprinx dot com]
zass....jom layan interbiu wa ngan bro Maszlee.
gunx: apa beza pkini dgn yg lain ?
gunx: apa masalahya dengna media lain ?
maszlee: nak merakyatkan isu Palestin
gunx: adakah ada impak ?
maszlee: tanggungjawab sebagai manusia bertamadun, Muslim dan juga rakyat prihatin
maszlee: media lain hanya menjadikan isu Palestin sebagai bahan berita semata-mata
maszlee: kami nak isu ini dihayati
maszlee: dan dilihat dari sumber2 dalaman
maszlee: HAMAS - kerajaan paling autoriti dipilih secara demokratik
maszlee: Fatah, hanya disokong AS dan Israel
gunx: kenapa anda prejudis dgn sumber2 dari cnn, bbc ?
maszlee: berat sebelah
maszlee: dan tidak mencerminkan suara dalam Palestin
maszlee: kami sampaikan suara dalaman palestin
maszlee: melalui sumber2 dalaman
maszlee: dan alternatif
gunx: adakah anda berfikir media2 malaysia tidak selari dengan perjuangan rakyat palestin ?
gunx: dan sebab itu anda menubuhkan pkini ?
maszlee: setakat ini, laporan dari media2 Msia hanya bermusim
maszlee: kami inginkan maklumat yang berterusan
maszlee: dan konsisten maszlee: day to day basis
maszlee: jika dapat sebelum media2 di Msia keluarkan lagi
maszlee: pkini = berita2 Palestin terkini
gunx: anda menyokong hamas ,? dan tidak menyokong fatah ?
gunx: kenapa ?
maszlee: kami tidak sokong, tetapi menyampaikan maklumat2 dari sumber mereka yang tidak mendapat tempat di media2 lain
gunx: anda menyokong suicide bombing ?
maszlee: Kami hanya menyampaikan berita dan maklumat
gunx: apa yang anda harapkan dari pengunjung ?
maszlee: dan menyokong usaha2 pembebasa sebuah negara yang merdeka
maszlee: supaya mereka dapat menghayati isu ini dari kacamata rakyat Palestin
maszlee: dan bagi manusia2 bertamadun sedar tanggungjawab mereka untuk menegakkan keadilan
maszlee: dan agar para Muslim sedar tanggungjawab mereka untuk membantu saudara2 mereka yang dizalimi
maszlee: dan agar mereka dapat melakukan usaha2 unuk membebaskan masjid al-Aqsa
gunx: jika di lihat, anda hanya copy paste sahaja maklumat dari laman web lain ?
kenapa anda tidak mempunyai maklumat tersendiri ?
maszlee: yang merupakan kiblt pertama mereka, dan masjid ketiga suci
maszlee: kerana kami bukannya badan berita
maszlee: kami menterjemahkan berita
maszlee: dari sumber2 yang alternatif
gunx: jika di lihat, sumber anda adalah dari UK dan Indon, kenapa tidak ada sumber dari malaysia ? atau anda juga turut prejudis dengna sumber dari malaysia ?
gunx: apa pelan jangka panjang saudara ?
maszlee: sumber dari Msia mengambil dari reuter, CNN dll yang sudah dapat diakses dari media2 biasa
maszlee: kami ingin memberikan alternatif
maszlee: maltalmat jangka panjang?
maszlee: nak usahakan pkini jadi badan berita
gunx: apa yang anda harapkan kepada OIC dalam isu palestin ?
gunx: adakah anda pesimis dalam isu palestin ?
maszlee: itu diluar ruang kerja kami
maszlee: kami optimis, sebab itu kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan isu2 terkini dari sumber rakyat Palestin sendiri
gunx: tidakkah anda bimbang , jika perbuatan meletupkan diri ini berlaku di malaysia ?
gunx: kenapa anda melabelkan askar Israael sebagai rejim zionis ?
maszlee: bila masa pula Israel menjajah Msia?
maszlee: kerana mereka merupakan sebuah rejim penjajah
gunx: pendapat anda , isu pengepungan rejim zionis di gaza ?
maszlee: sesuatu perbuatan terdesak dan bertentangan dengan semua undang2 antarabnagsa
maszlee: memerlukan tindakan tegas dari masyarakat dunia
maszlee: perlu proaktif negara2 Islam
maszlee: dan masyarakat sivil di selruuh dunia
gunx: kebanyakan berita anda adalah pro hamas , anda ada masalah memasukkan berita pro fatah ?
maszlee: berita2 seumpaa itu telah pun mendapat liputan oleh CNN, BBC, reuters dan lain2 agensi berita antarabangsa maszlee: yg pro-barat
gunx: anda optimis kerjasama antara hamas - fatah ?
maszlee: setakat ini belum nampak serius Fatah
maszlee: hanya nampak langkah2 Abas untuk melewatkan pemilihan presiden
maszlee: kerana beliau sepatutnya telah tamat tempoh
END.
amacam ?
nyesal tak baca ? ha ha
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan