12 November 2008

Indie Sa-buah Pendidikan : retro SPM.

Jam dah hampir 2 pagi.

Member seme dah bersepai tidur. Ntah jam berapa bangun, gua malas nak hamek tahu. Yang gua into skang, nak kasi ekselen matematik. nak masuk U. nak jumpa budak2 metal . nak wat zine, nak pegi gig.

apa jadah punya ambisi, gua pun tak tahu. darah muda tak mengenal sempadan.
kalau orang Palestin sedang umur2 camni , dah reti bunuh israel.
kalau orang Israel, dah pandai hack website NASA dah... ceh !

"Jangan biarkan mende ni kontrol aok, biar aok yang kontrol dia, lama2 dia jadi senang", sapa guru indie wa.

"Paler hotok aok lah..aku dah nyilu nih", egois.

"Lembap la aok ni, koi dah ajor cara mudoh dah ni ". *hamek ko lawan tok guru*

Sessi tusyen indie ni bermula seawal jam 12 tengh mlm membawa ke subuh. Sebelum itu, pasti lah sessi mengeteh menbawa ke jam 12 tgh mlm. itu pun depend pada topik2 yang di utarakan. Time nak mengira la , ada la kutu petik topik yang letup2.

Raja Ema la, Shidee la, Hetty Koes Endang la. Ebby Yus Gado Gado la, paling heavy pun topik perlantikan Ketua Pemuda UMNO Maran.

"Boleh dok ?", sapa guru.
"Nanti jap, aku tgh fikir jalan pengiraan aok ni...pepalih payoh"

Pada rajah di bawah, lorekkan rantau yang memuaskan ketiga-tiga ketaksamaan y+x <= 0, y <= x - 4 dan y > -4.

pe jaddah ni ?

greng ! greng !

"lex lu , layan gitar seround..."
dari kejauhan , gua nampak kelibat guru indie memusingkan kepala. Kirk Hemmet haper , kalau takat kod A pastu G. kalau G mesti korus. hek eleh

...
...

"Maner lambat balik rumoh ?"
"gi belajo ngan Pa anak Engoh Husin nuhhhh...UPM, tengoh cuti skang..."

sebut nama Pa, memang lesen besor la. sebut nama lain, dengar kutbah la wa.

oh ya ! gua dapat c4 dalam Matematik (SPM '94)
amcam ?

3 ulasan:

alif-mikail berkata...

wah! banyak terer la bro!

pipiyapong berkata...

bila laa ebby yus nak jadi hero ni..

gunx berkata...

alif , suam2 kuku je...kalau A1, baru la riak sikit.

pp, tu la, skang dengar citer, pak cik yusop haslam tgh riki2 dia, ganti norman.