"Ngape ngan lengan aok nih ?????"
"Cakap orang tua , tak nok dengo !!"
Tengah hari berlalu dengan lambat sekali. Kalau dah nama Ramadhan, memang tak sah kalau tak panas. Gua selaku pemuda harapan bangsa, seboleh2 tak mahu makan nasi ayam bawah jambatan atau dalam semak bermata redup.
"hop in , dude!"
Kami lepas riang. Bernyanyian bagai burung lepas terbang. Remaja indie Kg Senggora. Berkelompok menghala ke town. Macam biasa. Saje riki2 hotspot pasar ramadhan. Dah lepas 'Rumah Kedai', apa lagi nak buat ? Lepak atas pokok kundang menimbulkan curiga awam.
Laju.
Tapi masih boleh dikawalselia. Bila sudah ramai, masing2 dah jadi syaitan bertopengkan manusia. Iklan ngeri keselamatan jalan raya di TV haram sudah lupa. Acah ke kanan. Ke kiri. Buku di depan, ruas mengejar.
Selekoh depan sudah tersedia. Memang setiap kali lalu, gua dah tahu line mana nak masuk. Mesti cemerlang. Line tu kalau masuk, mesti dapat masa terpantas. Randy Mamola pun endorse itu setting.
Amacam ?
Murtabak, air soya, roti john, ?? mana ? mana ?
"Ngape ngan lengan aok nih ?????"
"Cakap orang tua , tak nok dengo !!....."
Dan.
Mak gua memang marah itu petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan