02 September 2008
Malam ramadhan , apa kes gua ngan kumprinx kat alamanda ??
Terawih dah sampai seken round. Crowd masih bertahan. Gua perasan gak ada kutu2 tak berkupiah, baju ketat berkain pelekat sudah mula jeling2 belakang. Tak tahu sama ada nak tengok2 kan motor takut kene rembat atau ushar muslimah2 di belakang tabir.
Imam muda tempatan hafiz mula bangun tanda tarawih mahu mula. Crowd buat2 liat nak bangun tanda esok nak jihad tahan ciggarating.
Gua pun leh tahan kucar kacir. Seperti ada tertinggal satu perkara mandatori.
"Lepas tara , jom ngeteh...", gua teks kumprix lepas kasi salam round 2
"Boleh". gua buka jawapan lepas round 3.
"Mana port ?", gua teks sebelum takbir round 3.
"Alamanda...gua bersiram jap", gua buka reply selepas round 4.
Imam mulakan round 5. Gua dah start motor.
Bukan main punctual kalau dalam perkara tak berfaedah. Bersidai mengambil feel. Anak2 muda Lipis segerombolan merempit ke dalam town. Hingar bingar. Hon di bunyi. Mungkin niat mereka memberitahu warga Lipis, esok jangan beli nasi ayam kat kedai Cina. Beli nombor ekor pun tak leh. Nanti kene sambar petir. Tak sempat merasa lemang dan pakai baju jalan TAR.
Kumprinx sampai. Uniform hitam dengan logo Decepticon di sisip kanan mesin Kawasaki.dah macam Satria Baja Hitam.
Pung! Pang! Pung ! Pang!
TQ dude, belanja gua. Hik hik!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan