08 September 2008
Kita mandi kolam yah !! - Dialog Rally Sejauh 100km.
Teruna kecil layu di belakang.
Gua stedi pegang stering. Check itu ini lebih kurang.
Jarum minyak sentuh tak sentuh abjad F. Setakat turun 15 sen, tak berapa nak dapat impak maksima waima kancil comel gua ni.
"Yah !", (baca: kata singkatan bagi ayah, apa ? tak reti2 !!)
"Balik Maran, kita mandi kolam ek? "
"OK", mata dah rabak memprotes perjalanan tanpa Ali Cafe di sisi. Bulan pose kalau trip hari siang memanga tak kacip. Lebih2 lagi , langit tak berapa nak mendung. Otak tak berapa cergas nak menjawab soalan2 matematikal dan ilmiah tahap Profesor kang kung UUM. Sedikit topik luar tajuk, tahap U peninggalan gua jatuh sedikit akhir2 ni, dek kerana dia. Haishhhh !!
"Balik Maran, kita mandi kolam ek? "
"Balik Maran, kita mandi kolam ek? "
"Balik Maran, kita mandi kolam ek? "
"Balik Maran, kita mandi kolam ek? "
"Balik Maran, kita mandi kolam ek? "
selang 2 km ia berbunyi. Dah macam alarm clock yang tak di off kan snooze-nyer.
Hati dah hangat2. Syaitan mana pulak terlepas ni?
“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr).
sedut dari Dr Maza
Gua syak AY terpengaruh dengan ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan