22 Ogos 2008
Pengalaman ngeri gua menjadi poser fotographer.
Saiful Nang. Siapa tak kenal. Anak felda yang udah berjaya menggapai langit. Tangan yang memetik picu sudah bernilai ribuan ringgit.
Gua ? Anak kampung. Sejak dari dulu bercita2 besar. Cita2 ikutan. Ntah apa kecendurangan yang muktamad masih lagi tidak pasti. Di mulai dengan ingin menjadi He-Man, Pendekar Tanpa Nama, pahlawan Hang Jebat, ahli pasukan bomba, pakar sakit puan, ahli muzik bawah tanah, penulis majalah subversif, ahli kaji selidik teknologi maklumat, pelakon teater dan sekarang ...
Nak tangkap gambar pulok !!
Sememangnya cita2 gua cukup bervariasi. Mengikut peredaran zaman dan komtemporari. Mungkin sebab itu, gua masih tak kaya2. Ha ha ....
"Koi balik kampung ahad ni ...", gua teks Farid (memang nama sebenar), rakan sekampung yang sudah berjaya membina empayar fotografi perkahwinan.
"Moh ikut koi , hamek gmbar kawin!!... tunggu koi kat simpang Lubuk Paku jam 11 pagi.", Farid reply.
"Set!", gua yakinkan diri. Senjata gua sisip kemas. Bateri sudah maksima. Tangan sudah hilang kebas. Menandakan stamina tahap olimpik.
Kepang ! Kepung ! Kepang ! Kepung ! Kepang ! Kepung !
Efek kompang auto berbunyi di TV sebelah pelamin.
"OK, pandang kamera...", gua memberi arahan kepada mempelai.
"1 2 ...."
Tap !
Gua preview hasil di skrin 2 inci. Cantik. err...tapi ....
"Damn ! Gua seligi jugak mamat ni kang ", hati gua membengkak melihat 2 anak mata hitam pengantin lelaki rapat melihat hidung.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan