15 Ogos 2008
Mendapat bodoh pertama di sebuah kilang di Padang Lalang.
Sejurus selepas SPM, gua merantau ke Kuantan. Seperti pemuda2 kampung yang lain, ingin membina kehidupan sendiri , berdikari dan membantu ibu bapa. Konon nya lah ...
Jasad gua sarat dengan ideologi punk, DIY, death metal, nirvana, seattle-sound dan segala macam unsur2 rebel dan anti establishment. Konon nyer la...
"Nak wat mende kat Kontan tu ?", mak gua sound.
"Keje kilang la mak .."
"Ikut awok la , jangan buat mende2 tak senonoh , sudah...", green light di beri.
Yeahh! Dunia persekolahan sudah tamat. Tinggal masa untuk menunggu keputusan. Rakan2 kampung kebanyakan sudah bekerja. Tradisi kampung gua, paling cempion pangkat 2 SPM, lepas tu apply keje majlis perbandaran Maran. Selang beberapa bulan, sudah dapat tangkap RXZ. Vrooomm sana...Vrommm sini....
Damn! hati mana tak panas ? Kalau ikut dalam bilik darjah , gua selalu top 5. Apa kes gua masih merempit dengan Honda lampu bulat ekzos kiri ?
Padang Lalang menyaksikan gua register keje satu kilang elektronik. Nawaitu ingin merembat satu motor bagi menyamatarafkan status sosial gua di mata rakan2.
Hari pertama kerja. Mcam biasa la. Terhegeh2. Supervisor garang tak hingat. Hangin dengan kelembapan maksima gua, dengan tak semena-mena...
"Hoii ....! macam tu tak leh buat ke ? Bodoh !!", laung dari jauh melihat gua terhegeh2 mengikat kotak2 berisi alat elektronik utk di angkut ke lori. Sayup2 gua lihat , kiri kanan orang berbisik geli hati melihat sessi orientasi gua di buli.
"Damn la lu !", getus gua.
Selang selepas result keluar, gua berenti keje. Tapi itu "Bodoh" sampai sekarang bersarang di hati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan