11 Julai 2008

Terima Kasih Si Pencuri , Tanpamu Ukhwah Tidak Termetrai.



Sepatutnya, waktu2 embun jantan bakal keluar, gua akan perkemaskan rupa diri agar kelihatan seperti manusia. Masakan tidak, ini hari gua perlu berlibur aka mengeteh bersama rakan2 sejenis. Rekreasi bersifat mingguan sebegini mesti konsisten bagi membentangkan isu2 sejagat.

Sejurus langkah pertama, alat penggera rumah kontraktor Cina berkereta Storm berbunyi bingit. "Ini tidak boleh jadi", getus jantungku.

Gua mengorak langkah ke tempat kejadian. Sedikit demi sedikit berbondong2 manusia pelbagai ragam meniru gerak langkah wa. Selang beberapa minit, kereta polis sudah berlegar2 mencari parkir.

"Hai yaa....itu olang sudah panjat atas maa...dia buka itu atap", apek selang satu rumah wa bersuara. Serkap jarang agaknya. Tapi air muka nampak konfiden.

"Tak boleh tidur , bising laa", berbunyi abang yang dah 2 bulan setakat senyum2 ayam. paling champion pun , angkat kening.

Haahhh....sudah ... dah jadi family day. Hidup berjiran mmg into kalau dapat kenal2.

"Eh!! Bang ! saya balik dulu ek... ada hal laa...", permisi di minta.

Engkol di tendang. Padang Kota!! Gua datang !!!

Tiada ulasan: