15 Julai 2008
Misteri Bau Hanyir.
Dulu, lepas mengaji, sebelum balik rumah, gua akan singgah di rumah Kak Ros. Suami Kak Ros garang orangnya. Gua secara auto akan berkelakuan sopan pabila datang bertandang. Mode pijak semut tak mati. Mode macam mengadap YB.
Kak Ros peminat filem indon bergenre seram. Pantang sekali jika berborak tanpa unsur2 mistik. Biasalah , orang kampung, itu sahajalah penghibur di kala letrik masih lagi mode 12 jam. Rumah Kak Ros ada mesin generator. Zaman tu, kalau ada menatang tuh , memang tak menang tangan nak mengadap tetamu. Tetamu pula datang dari pelbagai lapisan. Mula2 datang berborak, modal dah kering, apa lagi ... pasang la video Sundel Bolong. Citer ni memang rating tertinggi. Ntah la .. dengar citer macam legend kat Indon sana.
Selesai menonton, gua akan segera bergegas pulang. Di saat, gua akan memikirkan 20 alasan2 yang munasabah kenapa balik agak lewat tidak seperti hari2 biasa. Dada tak usah kiralah berombak macam mana. Langkah kaki gua atur sepantas mungkin. Takut di cekik Sundel Bolong agaknya. Kempunan nak makan malam nanti.
Itu dahulu. Sekarang gua dewasa mumayyiz.
Apa kes kat meja tempat gua selalu menaip ni berbau busuk?. Gua hidu stokin. Mantap lagi. Nak kata terpijak tahi kucing. Mustahil juga. Gua sangsi.
Peristiwa ini berlanjutan sehingga satu minggu. Gua syak ini mesti Sundel Bolong sudah buat come back. Mungkin ada salah laku gua 20 tahun yang lalu. Ini tidak boleh jadi.
Tatkala itu, gua hidu lagi secara intensif. Kelihatan sebuah cangkir. Gua rapati serapat mungkin.
"Sundel Bolong apa kejadah ?? Minum nescafe tak basuh seminggu, memang inilah tahapnya....bau longkang....". ngomel sendirian.
Sia2 je gua kutuk Sundel Bolong. Dengan pantas gua ke pantry membuang sial.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan