04 Julai 2008




Ketam


Pepatah Melayu cukup popular. Mengajar orang mesti bermula dengan diri sendiri. Di suruh berjimat , tengok dulu batang tubuh empunya lidah. Di suruh berdisplin, di suruh segalanya. Semua orang ingin dijadikan sepositif mungkin. Biar di kertas kaji selidik, nampak murni dan suci.

"Yassin! ", arah si ketua.
"Pergi tidur , esok kat school mengantuk plak..."

AY melihat si ketua. Ralit melihat siaran. Tangan sekali sekala , menekan alat kawalan jauh. Mungkin bosan dengan aksi biasa pasukan CSI : New York. Mungkin kes2 siasatan tidak rare langsung.

"Yassin!!!", gertak si ketua lagi.
"Pi tidur cepatttt !!", nada sudah berubah.

"Dah suruh anak tu tidur, awak tu tidur la sekali...tadi bukan main cakap pasal Kepimpinan Melalui Tauladan...", bersuara timbalan ketua.

Si ketua membetulkan kain pelekat. Muka sudah ketat.

Off Tv. Off Decoder.

"Tidur! Tidur !! ....", arahan diberi. Macam keluar tak keluar.

AY tersenyum sinis.

Tiada ulasan: