09 Julai 2008
Jilat ? Haper kes ?
Itu petang, programnya adalah bersantai dengan AY. AY bikin hal. Mahu cuci kereta bersama ibunya. Pesal rajin lak ni ? Sejak bila lu pro kepada feminisme ni ?
"Nak ikut ayah x?", bernada tegas.
"Tak mahu, nak cuci kereta.", rajuk sang anak muda.
Dengar kabar nun di sana , ada perarakan merah. Merah tanda marah. Orang Cina suka dengan ini warna. Lihat sahaja kerusi2 di kedai2 mereka. Mungkin mereka telah lama marah. Marah dengan apa , gua tak tahu.
Sudah sampai. Kelihatan suara2 garang di pentas sana. Marah. Minyak melambung. Ini perkara sensitif. Minyak bikin orang gila. Minyak bikin orang merana. Gua , insan marhaian turut terasa. Cilaka itu ;'orang'. Senang2 kasi up itu haraga.
Gua dekat stage. Macam biasa. Keluarkan senjata. Mahu tembak orang.
Hmm...ada band. Tahi Karburator namanya. Pentas sudah bertukar warna. Bunyi menusuk ganas di telinga. Insan2 berhanguk2 kepala. Marah gamaknya.
Lagu 'Jilat' bermula. Alak si penyanyi memulakan serangan. Serangan satira kepada Hantu Putrajaya. Lirik2 beterbangan. Gua masih galak menembak macam biasa.
Tiba2, punggung di tala. Manusia2 terpaku tak terkata. Haper kejaddahnyer ini cerita? Marah gamaknya. Lalu, botol2 di layang ke udara. Serentak bagai orkestra. Kaget gua seketika.
Kelana Jaya sudah gegak gempita. Hahhaha.....marah! marah!
Sama itu punggung penyanyi pula. Harga minyak tetap di udara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
takde gambar dia kena blasah ke? haha
gua lari itu jam, selamatkan kamera. takut kene air orang baling....hahahah....
Catat Ulasan