18 Februari 2008

Tahniah Ummu Yassin !

Tanggal Sabtu lepas, setelah berpenat lelah mentelaah buku , akhirnya isteri tercinta berjaya lulus pada peringkat pertama.

Gua di rumah melayan AY dengan hati berdebar. Jika lulus bermakna wang saku wa akan terbang dengan kuantiti yang agak banyak. Masakan tidak, wa gatal2 berjanji manis utk berbelanja makan tengah hari di salah sebuah restoran ternama di Kota Damansara, jika Ummu Yassin (UY) lulus.

Ternyata wa under estimate.

"Abang kene belanja hari ni .. yeay yeah ", dialaog pertama UY sebaik daun pintu di buka.
"Ye la ye laa..tahniah la yek ..."

Maka, tengahari itu, kami sekeluarga pergi "lunch versi premium". AY macam biasa. Menjadi tarikan pengunjung restoran dengan telatahnya yang hyperaktif. Asma' hanya diam memerhati gelagat si abang. UY tidak habis2 bercerita tentang pengalaman sewaktu ujian. Setiap angle di cerita . Berbeza dengan lelaki. Bercerita dari sudut makro.

Tahniah UY !

1 ulasan:

nhusna berkata...

tahniah buat UY..lpas ni kalo lulus P, mntk Gunx beli Honda plak..haha