23 Oktober 2007


Kisah Malam Raya - Ijat

"Pak Anjang, dah masuk isyak ke ?"

Ijat nama diberi. Seorang yang mudah di lentur. Dewasa diri tanpa bapa di sisi. Barah di beri meninggal jua. Kini Ijat bersama adik beradik membesar dengan hanya kasih sayang sang ibu. Tanpa nakhoda.

Malam raya kami bertemu. Bergurau senda bertanya khabar. Anak kecil memang telus mulus. Tidak ada lagi perasaan ingin manis di depan , pahit di belakang. Apa yang tidak kena, di luahkan sahaja. Itulah keistimewaan kanak2 ribena.

Sedang asyik bergurau senda, waktu Isyak sudah memasuki atmosfera. Ijat tidak ketaruan. Ingin terus menunaikan kewajiban. Di terjahnya gua sedang keasyikan. Wah....gua tidak ketaruan.

Wuduk sudah di ambil. Gua di posisi imam, Ijat apit di kanan menjawat sebagai makmum. Gua takbir, Ijat Takbir. 5 minit sempurna rukun. Gua panjatkan doa, Ijat mengaminkan. Moga2 di makbul Maha Esa di malam Syawal pertama.

Sejadah di lipat, Ijat terpinga.

"Kenapa masa tahiyat, pak Anjang tak lipatkan jari kaki ?", soalan diberi.
"Apa laa , tak baik tanya cam tu", Abang Ijat menerpa.
Gua senyum.
"Tak pe..memang pak anjang silap, sebetulnya jari kaki kene dilipatkan...baru ngam!", gua sudah kemaluan.

Hehehee...sendiri mahu ingat .....

Tiada ulasan: