12 September 2007

Nxt Project : Video Clip

Antara hasil kerja penerbitan video clip yang gua rasa rate terbaik setakat ini adalah Hani Osama. Antara artis yang bernaung di bawah arahan beliau adalah Sami Yusuf dan Mesut Kurtis. Sekali sekala gua berangan2 nak produce satu klip video music yang berlatarbelakangkan isu Palestin. Mungkin kita boleh ketengahkan satu lagu. Dapatkan kelulusan artis berkenaan. Then, kita brainstorm utk hasilkan storyboard. Ketengahkan latarbelakang yang agak moden dan semasa. Tidak berserban, berjubah dan berbaris skima di depan masjid atau tasik. Mungkin sahaja di court bola keranjang, KLCC atau di mana2 sahaja.

Gua tahu ini memerlukan banyak kepala (baca : otak ) dan sudah tentunya masa dan ongkos. Jika berjaya, kita lobikan supaya dapat satu slot di mana2 stesen2 TV kerajaan atau swasta utk air-kan sebelum azan atau sebelum berita (ini agak mustahil kerana perlu berlawan dengan big player seperti Petronas dan Bank Rakyat).

Namun, gua tetap mahu berangan ...

Tiada ulasan: