24 September 2007


Majalah, Surat Khabar, Radio dan Kini .......

Hati mana pernah puas. Itu sudah lumrah setiap insan. Selagi belum tutup mata, gua ingin sekali menggapai impian untuk melonjakkan isu ini ke persada domestik.

Gua tidak bersendirian. Tidak elok bergerak bersendirian. Jika dalam berbuka puasa, kita di suruh berjemaah waima dalam mana2 perkara sekali pun. Kerja berkumpulan selalu mendapat impak maksima.

Justeru, dalam minggu ini, team kami akan terus menerus mencari idea2 segar utk projek ultimate-yang-paling-tak-masuk-akal kali ini iaitu iklan tv.

Setakat ini, pelbagai idea telah dilontarkan dan sedikit demi sedikit kita ejas dan tambah utk proses draft kasar.

Dalam pada masa yang sama, pihak Palestinkini telah meriki para producer filem dan telah pun mengenalpasti beberapa nama dan hasil perbincangan telah membuka mata kami bahawa bikin filem merupakan kerja yg rumit. Namun, ia tidak menjadi penghalang. Jika kami gagal, ramai lagi di luar sana yang akan menyambung nya....hhhehehe...

so, ready for kopitiam's session this week , guys ?

Tiada ulasan: