22 Ogos 2007


Sony Mp3 Player Review

Wa ada pengalaman pahit dengan mp3 player pada tahun lepas. Dek kerana meroyan hendakkan sebuah iPod keluaran Apple, wa sanggup cari sebuah mp3 player yang bentuk seakan2 iPod (baca: Made In China).

Ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Intan dan kaca tidak dapat ku lihat. Bila hati sudah cinta, mata jadi buta, akal merudum keintelektualannya. Nah! bila sudah di ijab kabul , baru ku tahu intan yang ku puja hanyalah fatamorgana semata. Bikin hati wa panas. Sistem audionya tersangat lah hampes sekali performance-nya. Hajat hati ingin berlibur dengan motor sambil berhibur tidak kesampaian, bunyi seakan2 tidak kedengaran. Headphone yang terlekat di telinga seolah2 halimunan. Hati wa bertambah panas. Pelaburan wa tidak berbaloi.

20/8/2007
Rakan meng-offer utk menjual mp3 player. Wa masih trauma. Tetapi sedaya upaya cuba menge-test.

Wow! Superb !!

Inilah Sony. Feel It !!. Tagline iklan dia memang benar sekali. Telinga wa seakan2 tidak percaya bende sekecil ini bisa mengeluarkan bunyi yang begitu menakjubkan. Harga yang ditawarkan seakan2 mampu beli. Wa tidak menunggu lagi.

"Kali ini pisang tidak akan berbuah 2 kali", getus hatiku.

In-Dept Analysis

Menu agak ringkas. Senang sahaja utk di-config. Ada Playlist, Radio dan Setting. Butang agak ringkas. Memang taste wa. Keep it simple !! Ada pelbagai setting equalizer . Bunyi memang superb beb! Untuk mengecaj bateri, hanya perlu cucuk kepada port USB kompiter dan tunggu dalam 3 jam utk penuhkan bateri dan selepas itu anda boleh pecahkan gegendang telinga selama beberapa jam.

Cuma ...

Utk menghaplod lagu agak leceh. Sony mengepilkan satu aplikasi utk proses tersebut. Wajib di install dan drag and drop sahaja. Sony secara auto akan meng-convert mp3 ke format Sony sendiri. Boleh di buat folder dan sub folder utk mengemaskan lagi susunan lagu anda. Superb !!

Nah! Sekarang apa tunggu lagi ??

Press the play button and enjoy the ride , dude !!

Tiada ulasan: