07 Ogos 2007


Satu Injeksi Ke Kota Suci

Sudah lama tidak berurusan dengan pegawai kerajaan. Kali terakhir pada awal bulan April lalu kerana membantu adik mendapatkan pekerjaan. Memang memenatkan dengan pelbagai aliran proses. Buat muka lali sahaja.

Kali ini, diri terjebak lagi. Injeksi ini sudah berstatus wajib. Perlu di pancut masuk ke dalam tubuh agar tegar kelak di sana. Kota suci menjanjikan ketenangan jiwa jika mereka yang ke sana pasrah akan segala ujian.

"Hey ! Awak terlalu kurus!!", sapa Dr Adilah Bt Abu Bakar di salah sebuah klinik di Putrajaya.

Diam dan hanya mahu mendengar sahaja celotehnya. Sudah malas hendak berpidato di saat2 jasadku sudah lemah longlai menunggu giliran belasan pesakit2 dan err.... Jemaah Injeksi Ke Kota Suci (JIKKS).

"Senang berurusan dengan orang muda"
"Tak banyak penyakit"

Aku senyum tanda suka akan hujahnya.

"Kalau kat kampung, grrr....... macam2 hal... nyanyuk la ... pelupa laaa"
.
"Umur 30 boleh aa... kalau umur 50 60 ... ntah laaa saya ini ". Cuba manis mulut.

"Hehehehhe....", ketawa kecil dari Dr Adilah Bt Abu Bakar.

"OK , encik Rizal, Lulus.... awak boleh pergi ke belakang ambil suntikan"

Akur dan pergi.

Pffftttttttttt !!!!!!!!!!

1 ulasan:

salman ® berkata...

dia injek kt mana? pusat ke? kui kui