01 Ogos 2007

Persoalan2 Asas Tentang Baju Pkini.

Kenapa tak buat V-neck ?
Menurut kajian gua , rata2 rakyat Malaysia tidak memiliki tubuh badan yang normal , yakni ketulan2 di bahagian perut. Secara puratanya, sama ada terlalu kurus atau obes. Jadi, amatlah tidak munasabah gua membuat versi V-neck kerana demand adalah terlalu kecil. Apa barang obes pakai V-neck !!!

Design lu terlalu meriah utk sesuatu yang serius !
Hmmm...camne ek nak jawab ?
Memetik kata2 Kumprinx,"menyampaikan mesej biar stylo dan jangan jadi macam Kementerian Penerangan." So, gua sependapat dalam hal ini. Budak2 remaja sekarang , setakat yang gua tahu tak de lah nak sangat design yang rapu2. Exception kepada mat2 indon dan mat2 bangla. Helloo....!! sebelum gua mengambil keputusan meletakkan design ini , gua telah mengadakan kaji selidik selama sebulan di blog gua. Melihat kepada komen2 yang positif, gua bulat hati melaburkan suku dari gaji wa dan mengikat perut sebulan untuk melancarkan mini projek ini. Satu perkara lagi ... meriah sangat ke design ni ? Eer....maksud wa...hasil plagiat nih ??

Untuk perempuan tak de ke ?
Fasa pertama, utk golongan adam dahulu. Jika ada demand dari golongan hawa, gua tidak teragak2 utk mengikat perut lagi.

Note : Sempat berposing FREE PALESTINE dengan SAIFULISLAM.COM

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

err.. baju yg sekrg tak sesuai utk kaum hawa ke?... leh pakai stokin tanga...hehehe