10 Ogos 2007


Apek

agak lama kami termenung di dalam kedai mamak. Melengu mencari idea yang seakan2 hening sehening malam yang tampak sentimental malam itu.

Teh Halia sudah separuh. S dengan Milo. Air wajib jika konferensi berlangsung. Sesekali mata beralih arah ke atas. Mendongak ke TV. Jepun melawan Saudi. Jika di teorikan , Jepun mempunyai kelebihan berbanding Saudi. Tetapi realiti kadang2 pahit utk di telan. Pasukan yang terkenal ketika dulu gemar memenggal kepala orang dan menyuruh orang memakan sabun serta mendongak ke arah mentari rebah ke bumi dengan permainan Saudi.

"Baru rare!!", getus hatiku.

S masih ralit melihat perlawanan.

"Apa kita kita buat scene kat kedai mamak", aku cuba icebreaking.

"
OK gak", sambut S.

Blablablablablablablablabla..... aku menerangkan storyboard. S nampak bersahaja tanda rasa suam2 kuku sahaja dengan lontaran idea tersebut.

"Apa kita kita suh apek terangkan pasal Palestin ?". S cuba melontar idea kedua. Mata kuyuku terangkat sedikit kerana ada unsur2 rare di situ.

Storyboard dapat di garap mlm itu. Teh halia selamat di khatam. Beransur pulang dengan kepuasan kerana objektif di capai.

Pffffftttttttttttttttttt !!

note : Apek yg disebut tidak ada kaitan dengan gambar . kita mahu Apek yang cintakan tanahair dan peduli Palestin. betul tak S ?

Tiada ulasan: