27 Ogos 2007


Atas Udara, Hope so.....

Gua antara insan yang dilahirkan dengan mempunyai tahap khayalan yang boleh tahan tingginya. Sejak kecil wa suka duduk diam2 dan akal akan mula memanjang sedikit demi sedikit dan kemudian berakar dan tiba2 sedar tak sedar , sudah hampir mencecah langit.

Tabiat ini berterusan sampai ke usia sekarang. Justeru, utk projek kali ini, wa cuba melakukan sedikit kolaborasi dengan member wa yang dah biasa dengan kerja2 pengiklanan. Ini dunia baru bagi wa, justeru memerlukan sedikit kajian dan "sedikit belasah_saje_la" attitude .

Draf utk iklan sudah siap dan pihak yang bertanggungjawab sudah pun melakukan review dan berasa sedikit puas hati dengan draf wa dan S. Mengikut jadual, projek ini sepatutnya akan dilancarkan pada bulan puasa nanti. Justeru, wa dan S sedang bertungkus lumus utk menyiapkan kerja2 logistik termasuk pengemaskinian skrip , rehearsal, mencari suara2 komersial, jadual rakaman dan sudah tentu ongkos yang mencukupi.

Wa yakin, jika projek ini berjaya, hit Palestinkini akan meningkat dan jika gagal....err....wa dan S tetap berpuas hati kerana kami sudah bergerak setapak cuma tidak sampai ke garisan penamat. Hik hik !!!

24 Ogos 2007


Sudut Mistik : Wifi

Rambut sudah panjang. rasa geli2 di bahagian tengkuk. Ini boleh mengundang ketidakkosentrasian dalam setiap aktiviti harian gua.

Justeru, gua beransur2 menyusur kota Lipis bagi meriki kedai gunting rambut yang rata2nya dimonopoli oleh kaum Hindia. Dengar kata, ada barber Melayu di Padang Tengku. otai dan murah kadar bayarannya. Namun, mengenangkan gua ingin segera, berhenti sahaja di sabuah kedai berhampiran kedai menjual telefon bimbit.

Melihat pada kondisi kedai yang mempunyai air cond serta kurangnya jumlah pelanggan, nekad sahaja utk beratur.

Sementara menunggu, secara default , gua akan mencapai majalah2 bertaraf rare yang berselerakan. Nampak seakan2 Mastika, tapi bukan. Namun, content dia memang begitu ke-Mastika-an sekali. Mistik , seks dan sedikit soal jawab agama. Itulah rukun bagi majalah2 sebegini dan gua hairan barber India ini tahu akan taste orang Melayu. Mungkin beliau telah melakukan sedikit kaji selidik sebelum membuka kedai tersebut.

Wa buka helaian demi helaian...sehingga wa tertarik dengan tajuk seperti dalam kepilan gambar. Wa rasa budak ni tentu dah kaya raya hasil pendapatan rawatan jarak jauhnya. Namun, sebagai seorang yang begitu menitikberatkan soal2 logistik, lama wa termenung bagaimana rawatan jarak jauh ini terjadi. Jika boleh di lukiskan flow chart dia , alangkah bagusnya dan boleh di pattern-kan.

Tentu budak ini bisa membantu pejuang2 di Palestin yang sering tercedera dan terluka. Lama wa termenung sehinggalah ....

"Deyyy.....mari sini duduk !! Apa fesyen mahu bikin ???

23 Ogos 2007


Mengemis auramu

Wa tatap sms dari kawan. Kabarnya geng2 dari Palestin mahu datang KL. Mahu jumpa kengkawan. Tanya khabar berita. Wa sudah sasau. Ini peluang mesti kene rembat. Tak boleh miss. Sekali seumur hidup beb !!

Itu jam, wa mesti bulat hati. jauh mana pun lokasi, wa pastikan mental dan fizikal mampu ke sana. Selama ni wa dapat baca berita sahaja dan kini wa hingin bertemu orangnya.

Seawal jam 8:30 mlm , wa sudah terpacak di lokasi. Hadirin beransur2 masuk ke dewan. Wa pastikan seat wa bertaraf premium agar penglihatan dan pendengaran jelas dapat di tangkap seterusnya dapat di hadam di dalam hati. Biasanya, orang yang tegar hidup di dalam tekanan, kata-katanya mampu menaikkan semangat yang layu. Ini bukan magik. Bukan zikir laga lutut. Itu normal. Para pejuang Jepun dahulu bisa melakukan aksi kononnya syahid pabila berperang. Amerika takut dengan aksi ini. Giler hang ... peluru berpandu boleh dibeli. Nyawa ??

Tapi aksi ini sebenarnya valid di Palestin. Hang dah tak de choice. Hampir seluruh dunia hanya mampu mengutuk Israel dan Amerika. Tetapi empunya badan di sana , suka tak suka , kene hadapi juga peluru dan mortar Israel ? What to do man ????

So, Aksi bom berani mati adalah satu2 pilihan yang praktikal dan mendapat full endorsement dari Prof Yusuf Qardawi. Tapi janganlah hang memandai2 pi letup kat sini pulak. Sekeh kepala baru tahu. It's just valid in Palestine, dude !!.

Berbalik kepada brader Palestin ni. Umur sama ngan wa ttp dah jadi ahli Parlimen. Dah matang untuk menggalas misi berat. Aku ? cakap pun masih gua lu gua lu . Pagi petang siang malam , mengeteh ajer kejenyer ... Erkk...nak compare ngan dia, wa rasa tersangat inferior sekali. Huhuhuh....

Tapi , malam tu wa sangat puas hati walau pun hajat wa nak bergambar dengan dia tidak kesampaian. Mesej yang berapi2 bikin wa menjadi muda kembali.


Errkk...lagi satu ..
S.
Lu lugi tak pegi maaa !!!

22 Ogos 2007


Sony Mp3 Player Review

Wa ada pengalaman pahit dengan mp3 player pada tahun lepas. Dek kerana meroyan hendakkan sebuah iPod keluaran Apple, wa sanggup cari sebuah mp3 player yang bentuk seakan2 iPod (baca: Made In China).

Ku sangka panas ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Intan dan kaca tidak dapat ku lihat. Bila hati sudah cinta, mata jadi buta, akal merudum keintelektualannya. Nah! bila sudah di ijab kabul , baru ku tahu intan yang ku puja hanyalah fatamorgana semata. Bikin hati wa panas. Sistem audionya tersangat lah hampes sekali performance-nya. Hajat hati ingin berlibur dengan motor sambil berhibur tidak kesampaian, bunyi seakan2 tidak kedengaran. Headphone yang terlekat di telinga seolah2 halimunan. Hati wa bertambah panas. Pelaburan wa tidak berbaloi.

20/8/2007
Rakan meng-offer utk menjual mp3 player. Wa masih trauma. Tetapi sedaya upaya cuba menge-test.

Wow! Superb !!

Inilah Sony. Feel It !!. Tagline iklan dia memang benar sekali. Telinga wa seakan2 tidak percaya bende sekecil ini bisa mengeluarkan bunyi yang begitu menakjubkan. Harga yang ditawarkan seakan2 mampu beli. Wa tidak menunggu lagi.

"Kali ini pisang tidak akan berbuah 2 kali", getus hatiku.

In-Dept Analysis

Menu agak ringkas. Senang sahaja utk di-config. Ada Playlist, Radio dan Setting. Butang agak ringkas. Memang taste wa. Keep it simple !! Ada pelbagai setting equalizer . Bunyi memang superb beb! Untuk mengecaj bateri, hanya perlu cucuk kepada port USB kompiter dan tunggu dalam 3 jam utk penuhkan bateri dan selepas itu anda boleh pecahkan gegendang telinga selama beberapa jam.

Cuma ...

Utk menghaplod lagu agak leceh. Sony mengepilkan satu aplikasi utk proses tersebut. Wajib di install dan drag and drop sahaja. Sony secara auto akan meng-convert mp3 ke format Sony sendiri. Boleh di buat folder dan sub folder utk mengemaskan lagi susunan lagu anda. Superb !!

Nah! Sekarang apa tunggu lagi ??

Press the play button and enjoy the ride , dude !!
Don't Cry Baby ....

21 Ogos 2007


Sudut Mekanikal : sepetang bersama gunx fujiwara

Bagi pengguna kereta, selain memerlukan pemanduan yang cekap dan berhemah, duit poket perlu di awasi setiap masa kerana jika kedapatan kerosakan kepada kereta tunggangan anda, dahi anda tidak berkerut terlalu lama . Perlu di ingat, kereta kita bukan hamba yang sesuka hati di perah keringat tanpa perlu di ambil tahu indeks kesihatanya.

Salah satu komponen penting bagi sesebuah henjin adalah timing belt. Apa kejaddahnyer timing belt ? Gerangan tali pinggang pe pulak ini ? Kenapa begitu signifikan dalam menentukan faktor kesihatan sesebuah henjin ? Why ? Why ?


Enjin bergerak begitu harmoni. Ibarat muzik orkestra. Jika salah satu tempang, akan hancur keseluruhan persembahan. Dalam konteks kereta, alamat beribu2 lah rabak dek kerana kita abaikan penyelenggaraan timing belt. Jika anda perhatian meter mileage anda telah mencapai 60,000km ++ , ini bermakna anda perlu membelek akaun bank anda, dan bersedia utk laburkan barang 2-3 ratus demi untuk menyelamatkan ribuan duit anda pada masa akan datang.




Selain itu, alang2 henjin telah dibuka, apa salahnya anda menggantikan sekali water pump kerana bende alah ini harganya agak murah ttp upah pasang sendiri mahu hingat. Jadi, Gua sajes anda laburkan sedikit ongkos anda untuk menggantikan sekali water pump. Lupakan sebentar utk membeli seluar dockers atau baju cap payung. Selepas itu, tauke kedai akan menyuruh anda memilih jenis coolent. Ia adalah sejenis cecair yang dimasukkan ke dalam radiator. Itu untuk proses penyejukan. Pilihlah mengikut nafsu masing2.

Secara puratanya, anda akan kehabisan 3 hingga 4 ratus. Jangan bimbang, ia berlaku hanya dalam 60,000 km sahaja. Justeru , ia bergantung kepada jarak pemanduan.

Tetapi yang penting di sini , adalah pandulah secara cermat. Hormati orang lain. Nak langgar lampu isyarat pun, tengok aa , agak2 line clear, redah je aaa...tetapi better late than never !!

Selamat memandu-Gunx Fujiwara

20 Ogos 2007


3 tahun bersamamu .. dan sekarang ....

Idea terlontar hasil dari kawan wa, Lee. Dah terbang ke UK. Dengar cerita nak sambung phD. Bagus, wa suka orang Melayu cum Muslim, pakat ramai2 jadi Doktor.
Wa dah bosan dengar orang kita ramai jadi "doktor cucuk sendiri". Bikin hati wa panas.

Indon dah ke depan. Kita masih lagi sibuk nak bikin website fan club artis AF dan torrent. Macam mana dengan nasib member wa kat sana (baca : Palestin). Kita baca surat khabar, hati pun rasa baran. Surat khabar pun paste dari muntahan media barat. Mana wa tak baran ? Berita betul2 dan terkini banyak tersirat. Berita tersurat banyak tidak memihak kepada member wa.

Daddy tak bias !!

Justeru , Lee dan wa dan rakan2 lain sajes kita up-kan satu laman web berbahasa Melayu utk market Malaysia. Macam biasa, pabila idea di lontar, akan ada pro dan kontra. Mende2 ni wa dah lali. Pada malam itu, kami bersepakat menamakan projek ini sebagai Palestinkini. Biasalah, malam pertama semua bersemangat. Macam nikah kawih gak. Hik hik !

Daddy tak bias !!

Tahun berganti tahun, rakan seperjuangan silih berganti. Wa masih cuba sedaya upaya menaik kan nama Palestinkini. Ada satu saat, wa dah sampai nak hangkat bendera putih tanda givap. Tetapi , Lee cuba menaikkan semangat wa untuk terus ke hadapan. Just Do it !! Itu sahaja kata keramatnya , yang membuatkan wa bangun dari lumpur dan terus ber'perang'.

Daddy tak bias !!

Masuk tahun ke tiga. Palestinkini sudah harum namanya. Ramai orang sudah membuat pautan. Wa sudah mampu tersenyum. Hit sudah ratus-ratusan berbanding zaman awal2 dahulu boleh dibilang dengan jari. Wa sudah mampu tersenyum. Semua ini hasil dari teamwork. Tulang belakang projek ini adalah para penterjemah yang wa rasa nak kasi satu tabik spring sekali . Saluuuuuuuuuuuuuteeee !!!!!!!!!! Kini, berita2 sebenar dapat di salurkan kepada warga Malaysia. Bukan lagi berita muntahan. Lokal dan Neutral !!

Daddy tak bias !!

Kini, wa sangat sedih. Wa terpaksa tinggalkan Palestinkini. Rakan wa , S sudah menggalas tugas sepanjang ketiadaan wa. Palestinkini ibarat anak wa. Sudah 3 tahun wa didik dan wa belai. Kini wa terpaksa tinggalkan. Hati wa hiba. Wa mahu tangkap nangis.

S. Wa harap lu jaga anak wa baik2. Huwaaaaaa !!!

15 Ogos 2007

Jegil

Pffftttttttttttttttttttttttttt !!!

hela panjang. tanda rengusan hasil dari peristiwa hitam. the black day. Gua personally memang dah mentally-prepared dengan cacian dan makian orang hasil dari perbuatan gua ini.

Namun....

Gua sebagai manusia yang bergelar mentor telah di assign utk melatih downline gua agar menjadi manusia yang baik. Sekurang2 nya tahu menghormati azan maghrib dan tahu apa itu fungsi masjid.

But, reality's bite, man !!

Setelah 2 malam gua berjaya meng-introduce-kan AY apa itu surau, kali ini wa di uji ....
Sebelum itu wa ingin memberitahu , Secara teori, surau adalah tempat mesra pelanggan. Pelanggan boleh datang dari pelbagai golongan. Kanak2, remaja , orang tua, orang kufur , orang soleh , kaki dangdut, kaki minum arak, kaki perempuan, kaki judi, rockers, mat skate, pembangkang, penyokong kerajaan, artis, drebar bas yang mempunyai waran tangkap, ahli politik yang terlibat dalam rasuah, artis cina yang menyanyikan lagu kebangsaan dalam irama rap serta banyak lagi. Ia tidak terhad kepada mereka yang telah pencen yang hanya tahu menyandar di tiang menanti azan isyak sambil mengulas isu di Harian Metro.

But, reality's bite, man !!

Budak berumur 3 tahun , gua tak leh imagine kita boleh arah dia supaya duduk diam tersimpuh sambil menanti ayahnya selesai bersolat. Itu rare beb !! Gua tak nafikan memang wujud spesis seperti itu, but it's rare man !!

Justeru, jika kelihatan anak2 berlari sambil berteriak seolah pelumba F1 di kala jemaah bersolat, itu normal aa bro !! Lu pelik apa ?? Itulah dunia mereka. Gua pun tak amek port sangat aa...tapi gua heran la ngan "geng pencen yang hanya tahu menyandar di tiang menanti azan isyak sambil mengulas isu di Harian Metro" ini ? Lu amek port sangat ngan budak2 ni apa kes bro ??? Lantaq aa depa nak berlumba2 dalam surau ? Lu solat aa cam biasa ... buat2 lali jek ... dah aaa...

Tak yah aa nak sound2 wa tgh orang ramai kata wa tak reti jaga anak !! Gua tahu aa wa ni pun bukan pandai sangat bab2 parenting ni , tapi setahu gua, anak sekecik ni kene introduce dengan surau awal2 usia lagi...Tak yah tunggu sampai bulu kaki dah sejengkal tumbuh baru terhegeh2 nak heret ke surau. Time tu wa rasa depa dah sibuk isi borang nak masuk Ikon Malaysia !!

But, reality's bite, man !!

Pftttttttttt !!!

Perlahan2 wa tinggalkan surau. AY lena di sebelah tanda puas berlumba di dalam surau.

14 Ogos 2007


Krisis Dalaman : AY

AY semakin tertekan, status quo semakin terhakis dek kerana datangnya pencabar terbaru bernama Asma'. Hari mendatang terasa begitu pahit. Pelbagai cara diguna utk menarik kembali 100% kasih sayang ibubapanya agar dapat ditumpahkan seperti dahulu.

Namun, oleh kerana kecomelan Asma' mengatasi rupa paras AY yang tampak macho, sekali lagi AY kalah.

Di sakiti Asma' , dibaling objek, digomol dengan ganas agar hatinya puas melihat raungan Asma' namun ....

rancangan tersebut ternyata gagal malah menambahkan lagi sayang ibubapanya kepada si comel Asma'. AY semakin resah... hari mendatang terasa begitu gelap dan gothic.

Apakah rancangan AY seterusnya demi mendapatkan lagi kasih sayang ibubapanya seperti dahulu ?

13 Ogos 2007

Seminggu Tanpa SaifulIslam

Antara site yang menjadi rutin lawatan gua hari2 adalah www.saifulislam.com.

Antara faktor yang menggerakkan gua adalah content di dalam nya ...tidak stereotype , terkini dan semasa sekali. gua sangat into sekali. Ye lah, hidup tanpa agama walaupun setebal mana duit di poket, tak de pekdahnya....

Sudah banyak contoh cuma mata dan hati tidak menghadami.

Elvis Presley, Marilyn Monroe dan err... Kurt Cobain ... insan2 yang berjaya menggegarkan dunia ttp ending sangat sedih sekali ... dunia berjaya di gapai ttp jiwa .... huhuhh.......

Wa dengar citer, SaifulIslam ada masalah dalaman dengan pihak hosting dari US. Hari ni wa buka sudah berada di atas talian meneruskan bit2 dakwah kepada antero alam. Wa harap site ni terus alive and kicking !!.

10 Ogos 2007


Apek

agak lama kami termenung di dalam kedai mamak. Melengu mencari idea yang seakan2 hening sehening malam yang tampak sentimental malam itu.

Teh Halia sudah separuh. S dengan Milo. Air wajib jika konferensi berlangsung. Sesekali mata beralih arah ke atas. Mendongak ke TV. Jepun melawan Saudi. Jika di teorikan , Jepun mempunyai kelebihan berbanding Saudi. Tetapi realiti kadang2 pahit utk di telan. Pasukan yang terkenal ketika dulu gemar memenggal kepala orang dan menyuruh orang memakan sabun serta mendongak ke arah mentari rebah ke bumi dengan permainan Saudi.

"Baru rare!!", getus hatiku.

S masih ralit melihat perlawanan.

"Apa kita kita buat scene kat kedai mamak", aku cuba icebreaking.

"
OK gak", sambut S.

Blablablablablablablablabla..... aku menerangkan storyboard. S nampak bersahaja tanda rasa suam2 kuku sahaja dengan lontaran idea tersebut.

"Apa kita kita suh apek terangkan pasal Palestin ?". S cuba melontar idea kedua. Mata kuyuku terangkat sedikit kerana ada unsur2 rare di situ.

Storyboard dapat di garap mlm itu. Teh halia selamat di khatam. Beransur pulang dengan kepuasan kerana objektif di capai.

Pffffftttttttttttttttttt !!

note : Apek yg disebut tidak ada kaitan dengan gambar . kita mahu Apek yang cintakan tanahair dan peduli Palestin. betul tak S ?

08 Ogos 2007


Draf Tshirt Anti-Zionis, Minta Maklum Balas, Jika Setuju.

Berikutan permintaan tshirt Palestinkini edisi terdahulu, yang semakin menggalakkan, gua telah cuba mencari idea2 plagiat berikutnya demi meramaikan lagi remaja2 memakai tshirt yang mempunyai mesej yang boleh menggegarkan dunia.

Ya! kita orang muda bisa melakukan.
Kita tidak dapat berucap di podium utama, kita tidak dapat mendapat liputan RTM (hek elehh!!) , kita tidak dapat penaja...namun sebagai jiwa muda tetap jiwa muda. ayuh kita penuhi jalanan dengan mesej2 keramat.

Ya.. dengan itu gua sekali men'disclose' draft tshirt terbaru. Jika gua dapati lu orang suka hati memakainya.... gua akan melancarkan projek ini pada tahun depan. insyallah.

07 Ogos 2007


Satu Injeksi Ke Kota Suci

Sudah lama tidak berurusan dengan pegawai kerajaan. Kali terakhir pada awal bulan April lalu kerana membantu adik mendapatkan pekerjaan. Memang memenatkan dengan pelbagai aliran proses. Buat muka lali sahaja.

Kali ini, diri terjebak lagi. Injeksi ini sudah berstatus wajib. Perlu di pancut masuk ke dalam tubuh agar tegar kelak di sana. Kota suci menjanjikan ketenangan jiwa jika mereka yang ke sana pasrah akan segala ujian.

"Hey ! Awak terlalu kurus!!", sapa Dr Adilah Bt Abu Bakar di salah sebuah klinik di Putrajaya.

Diam dan hanya mahu mendengar sahaja celotehnya. Sudah malas hendak berpidato di saat2 jasadku sudah lemah longlai menunggu giliran belasan pesakit2 dan err.... Jemaah Injeksi Ke Kota Suci (JIKKS).

"Senang berurusan dengan orang muda"
"Tak banyak penyakit"

Aku senyum tanda suka akan hujahnya.

"Kalau kat kampung, grrr....... macam2 hal... nyanyuk la ... pelupa laaa"
.
"Umur 30 boleh aa... kalau umur 50 60 ... ntah laaa saya ini ". Cuba manis mulut.

"Hehehehhe....", ketawa kecil dari Dr Adilah Bt Abu Bakar.

"OK , encik Rizal, Lulus.... awak boleh pergi ke belakang ambil suntikan"

Akur dan pergi.

Pffftttttttttt !!!!!!!!!!

06 Ogos 2007

Terkenang Jaman Dahulu.....

ramai peminat kawan teringin nak tengok rambut lamaku sebelum aku megambil keputusan drastik pada awal 2000 utk terus mem"skin head" kan kepala buat selama2nya. Perlu di hingat , bahawa ketika itu tidak ada lagi rancangan Akademi Fantasia dan bermakna juga Mawi masih lagi tinggal Felda Taib Andak sebagai pemuda yang bakal menjadi modal insan yang cemerlang. Lalu ini menguatkan lagi fakta bahawa fesyen skin head versi Gunx ini tidak ada kaitan sama sekali dengan fenomena Mawi atau anggota Ma'unah ttp lahir dari ekspresi kudus ku.

Utk tatapan semua, aku lampirkan fesyen rambut lebatku ......

Fakta Menarik :
Fesyen Botak ini bisa menjimatkan beberapa wang anda setiap bulan dan juga mencepatkan masa utk berkemas serta menghilangkan kesan2 bahawa anda tidak mandi pagi. Selamat mencuba !!

01 Ogos 2007

Persoalan2 Asas Tentang Baju Pkini.

Kenapa tak buat V-neck ?
Menurut kajian gua , rata2 rakyat Malaysia tidak memiliki tubuh badan yang normal , yakni ketulan2 di bahagian perut. Secara puratanya, sama ada terlalu kurus atau obes. Jadi, amatlah tidak munasabah gua membuat versi V-neck kerana demand adalah terlalu kecil. Apa barang obes pakai V-neck !!!

Design lu terlalu meriah utk sesuatu yang serius !
Hmmm...camne ek nak jawab ?
Memetik kata2 Kumprinx,"menyampaikan mesej biar stylo dan jangan jadi macam Kementerian Penerangan." So, gua sependapat dalam hal ini. Budak2 remaja sekarang , setakat yang gua tahu tak de lah nak sangat design yang rapu2. Exception kepada mat2 indon dan mat2 bangla. Helloo....!! sebelum gua mengambil keputusan meletakkan design ini , gua telah mengadakan kaji selidik selama sebulan di blog gua. Melihat kepada komen2 yang positif, gua bulat hati melaburkan suku dari gaji wa dan mengikat perut sebulan untuk melancarkan mini projek ini. Satu perkara lagi ... meriah sangat ke design ni ? Eer....maksud wa...hasil plagiat nih ??

Untuk perempuan tak de ke ?
Fasa pertama, utk golongan adam dahulu. Jika ada demand dari golongan hawa, gua tidak teragak2 utk mengikat perut lagi.

Note : Sempat berposing FREE PALESTINE dengan SAIFULISLAM.COM