15 Mac 2007


Fly In The Sky

"Meh, meh makan! Karang karang aa baca buku tuh ", perintah biasa seorang ibu mengajak anaknya makan. "Sekejap lagi mak", sayup suaraku menjawab.

"Cepatttt...........!!" tone ibu sudah tinggi.
Kaget aku dengan suara sebegitu. Itu tandanya urgent. Makan bersama memang acara wajib. Tidak seronok jika makan secara solo. Berebut gulai, bersilang tangan, berderai hilai ketawa. Satu hiburan tidak ternilai. Itu saja pengikat hati.

Sudah 2 bulan aku tidak keluar malam. Acara menge'teh tidak dapat lagi diteruskan. SPM makin menampakkan diri. aku makin takut. Tradisi keluarga harus dipecahkan. Keluarga Mohd Ghazali tidak pernah menggapai langit. Aku ingin mencuba. Meskipun tidak tercapai, namun kakiku perlu berada di bukit atau busut menandakan ia tinggi sedikit dari kadar biasa.

Ayahku diam sahaja. Kaki kanannya tetap kaku. Hanya bertongkatkan kaki kiri. Ibu tetap setia membuat karipap hingga larut malam. Helaian demi helaian buku ku selak. Mata kuyuku terus ku tongkat. Teh setia di sisi sebagai steroid menghalang otak menerima isyarat mengantuk.

SPM tetap datang. Aku ingin menggapai langit. Maafkan aku SMA !! Aku melalaikanmu. Apakan daya. Otakku hanya 128mb.

SMA=sijil menengah agama

Tiada ulasan: