17 Oktober 2006

Kapten Hafiz : in person with Gunx

aku mengenali dia menerusi majalah I dan seperti biasa aku kenal dia dan dia tak kenal aku. hek eleh. so, dah lama aku meminati tulisan dia. malah saban bulan aku pasti berlari2 anak ke kedai mamak utk membelasah (baca:beli dengan duit yang halal) majalah tersebut bagi memenuhi ruang di rak bukuku.

aku pun kepingin nak jumpa dia. nak tengok in person. macam dah ditakdirkan aku ke rumah dia jumaat lepas. kawan aku ajak. tidak akan aku lepaskan peluang ini. tepat jam 5 petang, aku orang kedua yg punch out. opss... merempit pulang. membeli juadah berbuka puasa utk keluarga lalu bergegas dengan kelajuan cahaya utk menumpang kereta rakan.

rumah dia yang terletak di Shah Alam memaksa kami berbuka pose secara koboi di dalam kesesakan lalu lintas. itu tidak menjadi apa. asalkan aku dapat bertemu dengannya. wow !! rumah sudah kelihatan. begitu besar. dengan menjawat jawatan pemandu kapal terbang MAS, aku tak heran sangat rumah dia besar tak hengat nih..cuma yg aku paling kepingin nak tengok perpustakaan peribadi dia. tu aku nak tengok sngat. orang kata library dia besar.

ya! memang besar. lepas berbuka puasa, aku buat muka tak malu masuk ke ruang perpustakaan dia. barisan buku2 yang kebanyakkan nya arab bertebaran. dari sumber yg aku dapat, beliau sudah menghabiskan hampir 100k utk renovate sebahagian rumahnya menjadi library. lengkap pula dengan sistem audio home teater. perghhh....!! leh wat kursus nikah kat sini. complete giler !!

mata aku ralit memandang buku2 rujukan dia. bila masa ntah dia baca. padahal aku rasa 40% life dia kat atas langit merempit bawa boeing 747 tapi ada masa tulis buku2 berfaedah. erhmm....sendiri mau hingat aa brader...kalau aku kat tempat dia, mungkin aku hanya menghabiskan masa mengilap superbike sahaja...hehhee....

anyway, tq a lot bro ... juadah yg di sponsor cukup eksotik sekali.

Tiada ulasan: