28 September 2006

Review Album Xifu and The Algebra (versi sembang-lebat-tak-hengat Gunx)

album ni kira cam gabungan ustaz dan artis a aa ... dulu cam golongan ni duduk ni dalam posisi yang eksklusif. tidak dapat digabung jalin kerna tiada titik persamaan. ustaz dengan ana antanya , artis dengan gua lu -nya . dalam bahasa pun dan nampak ketara perbezaan. belum mende2 lain. pemakaian, gaya pemikiran, tingkah laku, etc.

tapi album ni seolah2 menolah myth tersebut dan membuktikan ustaz juga boleh berseloroh dengan artis dan artis pula tidak perlu berdiri keras di hadapan ustaz. segala2nya normal seperti muamalat orang lain.

lagu diselingkan dengan kata2 dari mereka2 yang revert to islam. kata2 yang berunsur sinis bisa melembut dan mengetuk kotak minda kita agar berfikir sejenak dari terus memikirkan perkara2 hambatan dunia. DAKWAH! yes, dakwah, satu yang agak asing kerna kita selama ini sudah tertanda di IC , agama=ISLAM, walau pun kita lex je berseluar pendek, membuka aluran dada utk tontonan peringkat kebangsaan , mengoyakkan seluar dan juga selambawawa mengalerkan rambut!!

lagu2 yg dihidangkan juga komtemporari dan terkini. rentak folk dan rap di ketengahkan dan apa yang paling menarik, lagu2 di gubah berdasarkan hadith2 sohih, (hadith 40 imam nawawi), begitu mengasyikkan sekali dan kow seperti kopi kapal api !!

aku ratekan sebagai 4 setengah bintang (4 and the half out of 5).
lagu track 2 dan lagu baitul muqaddis menjadi pilihan Gunx.

Selamat mendengar !!!

2 ulasan:

1kHz berkata...

Bro gunx, mana nak dapatkan album-album yg tersebut di atas?

gunx berkata...

Edisi adalah terhad, InsyaAllah sesiapa yang berminat boleh hubungi Sdr Shamsul : 019-653 2973