21 Ogos 2006


Siri Bercakap Dengan 'Jeans'

satu zaman dulu, seluar jenis ini amat digemari kendatipun mendapat tentangan. awal 80-an merupakan kemuncak aliran2 barat menyerang tanah2 Melayu. anak2 melayu terkulai layu dengan rocking di pesta2 funfair dengan hayunan rambut mengerbang.

agak memalukan jika rocker mengenakan seluar yankie ketika itu. tidak kira di mana jean dibeli, bundle, butik, pasar malam, pekan sari, pemberian bapa saudara, etc, namun pemakaiannya dikatakan secocok dengan aliran muzik yang di bawa.

fenomena jean terus menular sekarang, sehingga penulis sendiri di satu malam yang hening, telah memboroskan wang bonus pemberian majikan untuk membelasah satu helai jean yang dibeli buat pertama kali ORIGINAL kerana sebelum ini semua bertopengkan tiruan semata-mata.

dapat lah juga merasa bahana jean original walaupun rakan2 menentang sepenuh hati dan menyarankan penulis membeli jenama Levi;s yang di katakan haptodet !! hek eleh ... tak minat aa bro !! wa minat GA Blues !! huk huk !!

Tiada ulasan: