28 Ogos 2006

Kapur dan Kasut
Zaman sekolah rendah dan menengah memaksa aku memakai kasut di attach-kan dengan kapur. kebiasaanya, lepas main bola, petang jumaat , kasut akan direndamkan didalam baldi.

pagi2 sabtu, aku akan ke bilik mandi membongkok selama sejam mengadap kasut setelah dileteri ibu tercinta selama 15 minit agar bertanggungjawab menjaga kasut Bata BM2000 itu.

Setelah itu, proses mengapur dijalankan. keje dia agak rumit dan memerlukan kosentrasi tahap tegar sekali. kerna kebiasaanya tatkala aku mengapur , ayah tercinta aku menyuruh aku membancuh teh setelah penat ke bandar membeli barangan dapur stok seminggu. aku turut teruja menghirup sedas dua teh buatan aku sendiri. tapi memandangkan tugas mengapur tidak lagi selesai, ku kapurkan jua.

setelah itu, barulah kasut itu diletak atas atap jamban dengan harapan cuaca tidak merbahaya pada bot2 kecil. itu cerita dulu aaa.. skang aku tak pakai dah kasut berkapur..... huhuhu....

Tiada ulasan: