28 Julai 2005

VCD Player Cabuk


VCD Player Cabuk
oleh Gunx

Satu ketika dulu, rumah penulis tidak ada apa. Hanya TV hitam putih dan tiada radio. Siaran yang boleh di ikuti adalah RTM TV1 itu pun setelah melangit ariel TV di sangkut di pohon bacang hadapan rumah. Filem2 terhangat ketika itu langsung tidak dapat ditelingai. Hiburan yang paling top adalah polis sentri di pagi hari dan terjun tiruk di sungai jernih di petang hari. Itulah rutin harian anak kampung jati.

Namun sekarang, aksi2 sebegini jarang lagi dapat di praktikkan. VCD dan DVD Player telah menjadi imam dan khatib kepada anak2 muda 'hijau' ini. Ia ibarat syabu dan ganja kepada minda2 mereka agar terus mabuk dan 'high'. Kesannya , penulis rasa amat merbahaya sekali. Gerai2 VCD2 ini akan di hurung oleh semua golongan. Golongan otai yang malu utk membeli vcd biru akan memikir 1001 cara utk mendapatkan juga vcd biru ini utk santapan nafsu mereka.

VCD Player peranannya amat mudah ! Suapkan sahaja disc dan dia akan menyalak sampai akhir kalimah. Di kala sang penonton akan ternganga dan ada juga yang melentok kerana dek bosannya cerita. Di tambah lagi akan sang protagonisnya tidak seksi dan kayu sungguh lakonannya.

Cuba perhatikan khutbah jumaat! adakah terdapat persamaan khatib ini dengan VCD player ? Cuba pejam mata dan panjangkan sinaps anda !!! Khutbah jumaat sekarang tidak lain hanya sebagai VCD player yang hanya disuapkan disc khutbah dan selepas itu akan berkumandanglah suara khatib. Penonton yang baru sahaja melantak nasi beriani lena di ulik mimpi di kala 'VCD Player' sedang on.

VCD yang diberi pula, cerita yg dihidangkan SUNGGUH tidak relevan.

Di kala virus Islam Liberal, AP (Ayah Pin), Rasul Plagiat, Tarekat HeadBanging, etc galak menyerang, khutbah masih berdongdang sayang , cak pung! cak pung !

Ketika umat Islam Palestin seronok di bantai, di robek, di rogol, di raba, di pijak, di ludah, di maki , khutbah masih bersentimental !!

C'mon aaa ... wake up! wake up !! Tukar VCD lain !!

i rest my case.

Tiada ulasan: