22 Disember 2004

Surat Khabar



Pepagi aku tengok mamak jual paper
pepagi aku tengok orang layan breakfast sambil baca paper
pepagi aku tengok orang ingin nak jadi pendahulu dalam berita dalam dan luar negeri
sesiapa yg leh sembang berita terkini, dialah terUPDATE !
orang kata dalam suratkabar, semua tak leh percaya..lain di cerita , lain ditulis..
no ekor saje yg leh percaya tapi itu HARAM.. (HARAM pun, aku tengok yg dok Q kat kaunter tu kulit sawo matang jek ... )
wartawan pekak atau buta huruf ?
manusia di suap dengan fitnah dan gossip setiap hari
itu yg dikokok sana sini , bertebaranlah fitnah ...
kekadang dari surat kabar , kita cepat menghukum orang seblum ada bukti

hari esok , panjang umur, kita akan dapat surat kabar lagi ...
tapi surat kabar semlm, dah jadi surat kabar lama yang bakal menjadi bungkus nasi lemak.

Tiada ulasan: