01 Disember 2012

Sembang Bola bersama Mezzo Fauzi (Edisi AFF Suzuki Cup)

Mezzo Fauzi (MF) merupakan peminat bola tempatan dan antarabangsa. Di samping sibuk menguruskan rumah tangga dan kerjaya, beliau aktif dalam rukun tetangga dan juga memeriahkan kedai mamak di sekitar Kota Damansara.


1-Melihat kepada prestasi semasa skuad Harimau Malaya usai perlawan kedua menentang Laos, bagaimana prediction saudara menentang Indonesia esok secara umum ?

MF : Gua rasa besok kita akan menang atau sekurang-kurangnya seri. Namun jumlah jaringan tidaklah seperti dengan Laos tempoh hari.

2-Prestasi Safee Sali sebagai penyerang utama sekarang ini nampak sedikit barai , bukti kepada beberapa finishing yang agak merapu dan bersepah di samping kadar pecutan larian nampak berat. Adakah sesuatu yang munasabah Muhaimeen perlu di galas ganti atau saudara punya komen tersendiri ?

MF : Walaupun prestasi Safee masih belum konsisten ataupaun setara seperti dalam aksi AFF yg lepas, namun gua rasa K Rajagopal masih tetap akan menaruh kepercayaan gandingan beliau bersama Mat Yo. Pengalaman beliau amat di tagih dalam perlawanan yang besar seperti ini. Khyril mungkin akan di masukkan di separuh masa kedua sama seperti perlawanan dengan Laos baru- baru ini.

3-Jentera tengah juga nampak kurang bermaya mencipta peluang dan begitu juga jentera pertahanan. Saudara setuju ? Bagaimana ia boleh di perbaiki dalam masa terdekat ini ?

MF : Gua bersetuju, namun itu sahaja lah keupayaan yang ada dengan barisan2 yang telah di panggil oleh K Rajagopal kali ini. Kalau kita lihat, hampir kesemua gol Malaysia kebelakangan ini terhasil dari set piece sepakan percuma ataupun gerakan2 di bahagian sayap kanan dan kiri.
K Rajagopal nampaknya lebih gemar menggunakan kekuatan dan kelajuan Kunalan dan Wan Zack di kiri dan kanan gawang lawan. Contoh yang paling mudah, gandingan Mahali dan Wan Zack agak menjadi ketika perlawanan bertemu Laos tempoh hari.

4-Dalam menentang Indonesia nanti, apakah bentuk strategi yang patut dan paling realistik , K Rajagopal utarakan dalam menangani kemaraan skuad Garuda ?

MF : Gua berpendapat K Rajagopal patut memberi tumpuan kepada bahagian defensive midfield dan mengarahkan salah seorang bek kanan dan kiri utk tidak terlalu melakukan overlaping bagi mengelakkan kita dari terperangkap dengan serangan balas pihak lawan. Saya mengharapkan Zubir bermain di sebelah kiri menggantikan Azmi Muslim dan lain2 pemain di kekalkan termasuk Farizal Marlias.

K Rajagopal juga patut menumpukan latihan terhadap barisan serangan harimau malaya supaya tidak mensia-siakan peluang2 di depan pintu gol.Formasi 4-4-2 ini patut di kekalkan sekurang2 nya di separuh masa pertama. Supersub harapan sudah tentu sama ada Khyril Muhaimin ataupun Azamuddin Akil bagi menajamkan lagi corak serangan pasukan Malaysia di separuh masa kedua.

5-Mohon bariskan nama2 yang patut di turunkan bagi menggalas tugas berikut utk perlawanan esok ?
a-Keeper
b-Penyerang
c-Tengah
d-Sayap

MF : Kesebelasan utama ketika menentang Laos patut dikekalkan dan hanya menggantikan Azmi dengan Zubir di pertahanan kiri.

Terima kasih atas kesudian saudara menjawab interbiu ini.
Sama-sama. Majulah sukan utk negara.
TQ

Tiada ulasan: