26 April 2011

cerpen indie #6 : Malang tidak berbau.

Satu pagi burung berkicau riang. Unggas2 berterbangan dan berpasang pasangan. Begitu indah pagi itu terasa seperti ingin membuat lirik lagu. Aku bergerak perlahan menuju perhentian bas membawa beg. Sesambil itu, aku melihat jam tangan. Gelisah menunggu bas yang tidak kunjung tiba. Dalam keadaan fatamorgana, satu objek bergerak dengan laju dan berhenti tepat2 di depan aku. Tiba tiba.....

Ya! tiba tiba selalu di kaitkan dengan situasi yang mencemaskan dan tidak diduga sekali akan kedatangnya. Sebelum itu gua nak tukar kata ganti nama aku menjadi gua. Apa ingat gua ni Ahadiat Akashah ke ?

Dalam keadaan kucar kacir gua cari spek mata berkuasa tinggi utk melihat apakah gerangan yang berani betul berhenti menyasar2 depan gua ni ? Tak de sivik punya orang. Jenis tak belajar pendidikan Islam atau pendidikan moral kalau dia bukan Islam. Asap berkepul2 memenuhi ruang. Gua terbatuk2 sambil menguis2 asap utk melihat dengan lebih jelas.

"Gonzalez! Lari cepat ! Mereka dah datang !!", jerit Veron dengan suara tersekat. Kereta Toyota KE klasik milik ayah Veron jelas kelihatan setelah asap2 hilang. Asap tu sebenarnya dari ekzos kereta Veron. Jenis tukar minyak hitam setahun sekali. Itulah jadinya. Itupun berkat kot , ayah dia selalu ulang alik pegi surau . Pasal itu jarang rosak.

"Kenapa , Veron ? Gerangan apakah sampai ko menjadi terkucar kacir begini ? Khabarkan kepada ku", gua cuba berbahasa Melayu klasik dengan niat berbuat lawak santai macam Amir.

"Wei...alien dah datang menyerang kampung kita , cepat lari, habis dah kampung kita kene tembak dengan laser. Ketua kampung , tok empat, tok siak, pengerusi JKKK, tok imam dan tunangan ko, Angelina Jolie habis seme hangus kene laser."


"Tu tu...ko tengok asap tu...", Veron memuncung mulut ke atas langit.

Gua mendongak sambil menganggguk dengan kadar perlahan. Kaget pun ada, geram pun ada.

"Sekarang ko percaya tak cakap aku???", Veron menggoncang bahu gua.

"Gonzalez ! Gonzalez ! Ko dengar tak ?"

"Aku mesti ke sana. Aku mesti hapuskan mereka".

"Huh ? Janganlah ko tambah kegilaan ko lagi"

"Veron! Aku sudah tidak ada apa lagi kat dunia ni. Aku anak yatim, aku gagal SRP, aku gagal keje kerajaaan, dan .. dan...."

"...aku kehilangan Angelina Jolie , pelamin anganku musnah"

Veron tunduk seakan mahu hiba.

"Veron! pinjamkan aku kereta ko"

"What ?", Veron mahu mula histeria. Gua tahu itulah kereta kesayangan dia. Kereta yang pernah memenangi acara drift peringkat kebangsaan. Sampai peringkat Presiden Mexico pernah ambil gambar letak dalam fesbuk. Itulah yang membuatkan dia lebih sayangkan kereta tu dari ayah dia.

Tanpa bercakap panjang, gua masuk ke dalam kereta dan menutup pintu.

"Nak ikut ke tak ?"

"Ko nak lawan alien tu dengan apa ?"

"Ni", gua tunjuk kuasa tangan berapi buat pertama kali setelah 25 tahun gua rahsiakan. Even arwah bapak gua pun tak tahu selama ni gua bakar sampah guna apa lepas menebas.

Veron tergamam selama 15 saat.

"Sekarang , ko nak ikut ke tak ?"

...
...
...


Kampung Durango habis terbakar. Orang2 kampung bertabrakan lari. Sementara kereta Toyota KE meluncur laju melawan arus deretan manusia.


"BRING IT ON !!!!" Veron menjerit dari dalam kereta.

Satu cahaya laser dari atas kapal angkasa menembak deras ke bumi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bau asap jer _ madnormad