30 Jun 2008



Kelat Dan Sengal

Isya' sudah berlalu. Malam makin pekat. Anak2 sudah longlai dengan mainan dunia. Tidak habis2 mahu mengetuk pintu kerohanian ibu dan bapanya.

Gua melangu melihat buletin utama. Suasana malam di kampung memang mengasyikkan. Ungas2 rimba tidak jemu2 mempamerkan keajiban suara memukau umat. Gua masih melangu melihat buletin utama. Berita RTM ? Jangan harap melainkan lu assign semula Kamaruddin Ahmad dengan Hashim Embi. YA! Hashim Embi dengan kaca mata retro-nya. Itu yang gua mahu!!

Punggung makin panas. Ereksi selera makin memuncak. Tekak berdegup kencang.

"Amacam ini malam ? ada branik ?". Perlahan jejari menekan send kepada rerakan. Tiada jawapan. Selalunya mereka laparkan sms sebegini. Gua makin hairan.

"Oiikk..ngeteh dok ???", gua makin hangin
"Hehehe.....malam ni tak dapat laa...", rakan A menjawab kelat.

Sms kepada rakan B masih tidak berbalas. Malam ini nampaknya menjadi sejarah hitam.

"Haaah!! Tak mengeteh ke mlm ni ? Biasanya dah lesap time2 cenggini", sergah sang isteri melihat aksi curiga gua di satu sudut rumah.

"Hehee....", sengih bagai ketam busuk.
Sejarah hitam.Sejarah hitam. Kechiwa. Sebagaimana Jerman. Damn!

26 Jun 2008



Semangat tak tentu hala

Rasa dah lain macam atau lebih tepat, jiwa kacau. Melihat akan kegilaan masa kini. Gua macam biasa. Melayu yg mudah terikut2 rentak kontemporari. Orang suka, ko pun suka. Up-to-date la kunun!

Tapi ini lain. Sesuatu yang mesti.

"Yang! ini malam , abg ada misi penting"
"Pasukan hitler nak lawan pasukan sekular"
"kejut ek !! Kejut tahu!!"

Arahan keras di beri menandakan betapa hambabolanya umat sekarang ini.

6:45am. Tiada kokokan ayam. Hanya nyalakan anjing gila.

"Syrrpppppppp"
macam biasa. hirupan agung di pagi hari. MHI berkumandang. Gua tak ambil pusing. Gua kan fanatik bola. Macam orang lain jugak.

"Minat bola konon...!!! ", bini melaung dari bilik meng-iron baju.
Gua ralit menekan remote mencari ESPN. Berdebar menunggu result.

Yeahh!!
Mara lagi. Tangan ku genggam rapat. Gigi ku ketap.
Gua kan fanatik. Amacam ? Real tak ?

23 Jun 2008


Dasar Kampungan

Hampir separuh. Seperti biasa, gua akan lalai dalam meniti ujian mengkhatam buku/novel/cerpen. Lagilah kalau kategori ilmiah seperti Pengaturcaraan C++ Untuk Si Bodoh.

Jibam. Ye! ye! gua tahu. Itu sudah jatuh kategori klasik. Tapi isinya sangat relevan dengan jiwa kampungan wa. Membaca itu novel bikin gua mahu cari mesin masa. Meronta mahu diputarkan waktu. Impikan satu keadaan di mana yang di fikirkan adalah bermain dan bernakal2-an. Ye! Ye! gua tahu. Sungai utk di tiruki. Buluh yang mahu di rakiti. Sangat berwarna sekali.

Gua tak suka Tok Ngah Sudin (TNS). Tidak sedar watak penumpang. Habis harta orang di baham sesuka. Tapi itulah warna kehidupan. Ada protagonis. ada antagonis. Ada putih, ada hitam. Tidak sebaik yang kita mahukan. Ini bukan Kuch Kuch Hota Hai.

Jibam! Walau lu punya abang sudah gila sama anak TNS, tapi gua tahu TNS pasti perit menerima bala. Ye! Ye ! gua tahu, lu sudah baca, gua masih di belakang.

Habiskan segera, mohon laluan.


Terjah

Sampai agak lewat. Bahang mentari semakin menerjah. Gua redup melihat gelegat manusia berlari2 anak. Mungkin sibuk dengan agenda masing2. Gua tak padhulik itu semua. Yang pasti, gua nyer job scope, mahu tembak orang.

Gua terjah ke dalam bilik. Mata meliar ke sana sini. Mencari posisi. YB di depan. Rancak berbual2. Kanak2 ribena menunggu giliran persembahan. Girang kepalang.

Senjata yang diasah semalaman, gua perlahan2 keluarkan. Sambil2 buat mata garang walaupun persis mat gian. Erhmmm...nampak solid. Gua ukirkan senyuman. Macam Eman Manan.

Desup2 cahaya bergelimpangan. Ramai mangsa menjadi korban. Dalam hal ini, hati mesti kejam. Nahh...teruskan serangan. Dentum! Dentam! Hahaha.....!!!

"Dikkk....ni mai dari surat kabor mana ni ?", tegur seorang pak cik sambil menggosok2 rambut jarangnya.
"Hehhe...tak de pak cik, saje2 datang...", gua jawab. Perlahan2 senjata gua aim.
Tembakkkkkkkkkk!!!

19 Jun 2008


Akina

Pelaburan gua utk suku tahun pertama ini makin menyinar. Pelaburan pada sektor peng-kamera-an, gua reserve dahulu demi mendahulukan kebajikan rakyat bawahan. Suara2 sumbang yang beralun kencang , gua perlu redakan demi survival politik gua.

Mempunyai isi rumah yang independent memang menjadi idaman semua. Terlalu dependent menyebabkan pergerakan sang suami agak terhad terutama bagi penagih teh persis gua. Justeru, gua harus lakukan sesuatu. Ya betul! demi survival politik gua.

"Ni apa kes, keluar simpang tak pandang kiri kanan ???!!"
"Dah slow tu, turun ler gear"
"Lerrr....ni apa hal jalan lurus, guna gear 2 , kasi up la sikit..."
"Tak turun cermin , camner nak touch N go ??...Grrr....."

Sang isteri mendiam seribu bahasa. Kekadang tersengih2 kelat. Mungkin pedih dengan leteran telus gua.

Ye! Memang silap la melantik gua sebagai driving consultant.
Ngeh! Ngeh! Alah bisa......

17 Jun 2008


Otai

Gua dah lama aim nak jumpa Dr Zainul (DZ). Kalau kat Negeri Sembilan, sebut DZ , orang akan angguk kefala. Itu Palestin sama dia ada sikit kamcing maaa...

Justeru, sewaktu gua hinggap di Paroi, hati wa berdetik kencang. Kalau wa dapat jumpa sekejap pun jadi lah. Nak sedut aura sikit. Al maklumlah , bukan senang nak tangkap DZ. Merata tempat dia merempit. Utara , selatan, tengah dan timur. Semata2 kerana Palestin. Gua sangat into.

"Gunx kene pergi ke sana", DZ sudah racun. Kem2 pelarian Palestin adalah tempat yang dapat menterjemahkan keperitan dan penderitaan. Tidak dapat di titipkan pada kalimah. Berpuluh tahun mereka menderita, kita hanya ...... ???? sendiri mahu ingat.

Sessi mengeteh bersama DZ amat bermakna sekali. Setiap hirupan teh, sedas gua dapat info terkini. Rejim Zionis semakin lemah dan Hamas kembali menunjukkan taring. Gua mengukir senyuman. Tetapi itu tidak bermakna, kita tidak perlu buat apa.

Limpahan kekayaan di Malaysia perlu kita korek dan perah. Jutaan ringgit perlu di salurkan ke sana. Apa barang derma sejuta ringgit ke sana ??? convert dollar baru berapa bro ??

Let's goneeeee !!!

16 Jun 2008


Tak kan Melayu Hilang Di Dunia

Teruja. Itu sahaja kalimah yang terpacul di kerongkong. Sesampai di perkarangan Sungai Melaka, gua menjadi tidak ketaruan. Bagai kenderang mahu perang. Panas punggung. Scene colourful di pusat bandar menjadikan gerak geri bebola mata gua meliar.

Mencari sudut2 sukar utk menembak. Peluang ini gua tidak akan lepas kan bagitu sahaja. Padulikan keenakan chendol dan kemanisan amoi2 di tepian sungai. Gua harus tumpukan konsentrasi.

Abang2 beca seperti sudah lali melihat kelibat aneh gua. Tertonggeng ke sana sini. Membidik darjah ketepatan. Pencahayaan dan kelajuan. Antara perkara2 yang perlu di hadham.

"There you go "
"Stand still brother...."
"Yes, got it !"

400d begitu lemah diperlakukan. Gua tidak kira. Lu mesti perform ini hari.
Flickr ? nnti gua haplod.

Ngeh! ngeh!

13 Jun 2008


Penyiasat Yang Bosan.

Seperti biasa, tengahari di pondok bas. mencari tuntutan jasadi.
seperti biasa juga, gadis2 kota warga kolej swasta bergelak ketawa meraikan opera hidup.

hidup yang semakin lemas. kerenah pemerintah, boss, jiran dan rakan.

"you know what", boss gua mencelah tatkala kami kekeringan idea di cetus.
"mlm tadi aku plan nak tengok CSI."

seperti biasa, angin tengahari menyapa diri. sejuk membelai. gua pejam mata tanda nikmat premium.

"aku tidurkan anak2 dulu, you knowlah .. budak2 , tak concentrate la kan ..."
"jalan cerita mesti kene faham, baru datang feel dia, kan?"

gua angguk tanda sokong. yes boss! yes boss !

"bis tu ? , ko tengok lah lepas anak ko tidur ?", gua soal.

"tak ..", tunduk menghirup air.

"errhmmm...", gua malas nak hamek port mencari jawapan.

"dengan aku aku tidur sekali", jawab boss mengakhiri klimaks.

"heh...", gua buat2 gelak tanda sudah tahu akan ending.
stended cerita Z Lokman je.

"mana order gua tak sampai2 lagi ni???"

12 Jun 2008



'Rare '


"Lu nak cari brg rare, tunggu sampai Mina", sms dari Malaysia sampai itu mlm. Gua masih lemah dengan ujian di Munzalifah. Bertarung dengan sejuk dan panas. Syukur masih muda dan berkudrat. Kali ini, gua postkan gambar2 eksklusif sahaja kerana kekeringan idea nak titipkan entry berjela2. Ngeh! Ngeh!



Satu perkara yang penting di Mina adalah SABAR. Hahahha.... Sendiri mahu ingat. Ratio tandas tak sama dengan jutaan umat. Kalau rasa nak mandi ala2 kat kampung. Kebus ! kebus ! nantikan makian daripada Q di luar. Hehhe.... Ini realiti. Sabar , sabar jugak, tapi kalau rektum dah sampai limit, lu fikir la sendiri Nabil!. Justeru, pilihlah timing yang sesuai utk mandi-manda. Normally, time selepas waktu Dhuha dan Isya'. Itu time, lu belasah la sampai kecut.



Tapi , biasa la , tempat tidur tidak semewah seperti mereka yang follow pakej. Biasa lah tu. Tapi at least makan minum di sini, ok je. Telan je apa yang derang kasi. Sini TH dah tak cover part2 makanan. So, sendiri mahu ingat. Pasrah sahaja. Janji tak kebuluq dan leh wat rukun2 dan wajib haji. One thing, cuba la approach brother2 kat sini. Tanya2 khabar. Korek rahsia rumah tangga. Hehhee....



Yes, ini part paling into. Window shopping. Pelbagai traders dari negara2 luar port di sini. Gua sampai sekarang menyesal tak sudah kerana tak beli pisau rambo dari Rusia. Memang rare gile !




"Gua ada kat depan kemah lu ni", sms dari Mizwan. Sudah membina kerjaya di Jeddah. Consultant dekat bank apa ntah. Itu lu punya rezeki. Tapi ini malam lu kene ngeteh ngan wa.
Bergegas ke luar. Salam dan peluk. Sudah lama wa tak jumpa ini orang. Nampak sihat bersama dengan anak kesayangan. Kalau ada rezeki lagi, wa nak ke sini lagi bro.



Yerp! Mitos mengatakan agak sukar melontar jamrah sama sekali tidak benar. Lu follow je arahan TH. Lontar di malam hari. Agak selesa. Ttp sunnahnya selepas tergelincir matahari. Tapi lu fikir lah sendiri dia punya jam ! Mana lebih utama ? Hehhee...



Gua ingat nak salam2 ngan geng2 ni. Tapi Arab gua masih lem. Hati agak emo melihat mereka bersusah payah melepasi sempadan semata2 menunaikan haji. Gua dengar masa derang balik ke Palestin, berlaku sedikit delay kerana karenah rejim Zionis. Hampeh !




"Lu try aa keje kat sini, bessttttttt ", racun Harun. Agak lama mengeteh itu malam setelah selesai melontar pada hari kedua. Dengan kenaikan menggila petrol di Malaysia, adakah gua akan mengorak langkah ke sana ? hehhee.....

....bersambung

11 Jun 2008


Keromo

Berbekalkan ilmu yang dangkal, gua tekadkan semangat utk terus ke Utara. Misi primari adalah mengaplikasikan segala teori yang gua curi2 baca di forum.

Shutter speed ? ISO ? Aperture ?
Gua masih nyilu dengan terma2 ini. Pelaburan tidak masuk akal ini harus di pergunakan kendatipun hati masih bertanya2. Adakah gua bisa memetik picu dan memetaformosiskan objek seadanya ? Persoalan2 ini tidak perlu di layan.

"Ni mai dari mana ni ?", tegur mak cik kehairanan.
Masakan tidak. Melihat manusia gila terkial2 memetik picu di dalam sungai renek. Terhuyung hayang mencari sudut sukar (kononnya) agar hasilnya tampak rare.

"Dari KL mak cik".
Tap ! satu tembakan kedengaran.

Gua preview. Damn! macam kamera murah je nih. Dah beriban gua habis, tak kan dapat hasil sebegini rupa ? Monolog jiwa makin menggila. Kamera pasti tidak bersalah.

Moral : Tidak pandai menari, janganlah lantai di tudingkan jari. Usaha tangga.

10 Jun 2008



Persona


"Got 5 minit ?" sergah tok rimau.
Gua masih mamai dengan hidangan tengahari tadi.

"bisa bisa ..."

"nak wat performance tak ?, 5 minit each one"
"tak kisah apa2 lu nak wat , janji rare", ujar pemain bola keranjang hebat ini.

"err..gua kalau depan crowd memang gagal", membalas Google Talk dengan mata melilau ke kanan dan kiri mencari kelibat boss.

"kawan lu?", bersungguh pula.

"nanti wa nego kot2 ada yg sudi nak perform."

"tak best pun tak pe, janji rare", makin galak dia menaip.

"Cis !! tapi gua memang into dengan unsur2 rare ni...hehehe"

GTalk sudah diam. Otak ligat mencari idea persembahan. Baru ini gua rasa perasaan Nabil pabila nak perform. Bukan senang. Idea one thing, kondifen pun one thing.

err...nak performe apa ek ?

05 Jun 2008



Misi Ultimate 2007 (MU2007) : Gegar Di Munzalifah.

Setelah berwukuf , kini tiba masanya utk bermalam di Munzalifah. satu lagi destinasi penting utk melengkapkan ibadat ultimate ini.

"Kita akan bertolak ke Munzalifah selepas solat maghrib nnti", jerit pekerja TH melalui pembesar suara. Gua masih mamai kerana menjaga mata agar tidak melepaskan barang seminit saat emas waktu wukuf yang datang sekali dalam setahun. Saat2 yang begitu power kalau kita up-kan request2 bersifat mikro dan makro. Gua ada bawa sekali request2 dari rakan2 di Malaysia. Maaf , jika ada yang terlupa. Ya Allah! terimalah taubat hambaMu yang daif ini. Terlihat di kiri dan kanan, rakan2 menumpahkan air mata. Dosa2 hitam yang bertimbun pinta di hapus kira. Gua sebak melihat suasana hening ini.

Maghrib selesai. Doa terakhir sebelum berangkat ke Munzalifah. Doa apa sahaja yang terlintas. Biarkan air mata berlalu laju.

Bas tiba. Manusia keletihan. Yang tua di dahulukan. Biarkan mereka selesa dalam keletihan. Biarkan yang muda mengalah di belakang.

Malam masih muda. Jam menunjukkan 9 mlm. Perlahan2 melabuhkan punggung. Penat berasak2 menaiki bas dengan beg berbondong2. Gua hela nafas panjang. Perlahan2 Munzalifah di isi manusia. Tempat gersang kini padat. Batu2 di kutip. Persiapan melontar jamrah kelak.

"Tolong kutip batu utk mak", mata redup mak gua tepat memandang.
"Mak rehat la dulu ek? Kang saya kutip", gua sajes.

Kesejukan makin mengigit. Kain ihram gua seakan2 mengalah. Terketar2 gua mengutip batu. Sekali sekala, kedengaran gelak ketawa jemaah di sana sini. Yeah !! Ketawa bisa menghilangkan duka.



Malam makin garang. Sejuk makin melihatkan kegarangan. Bas belum tiba. Mak gua sudah kegigilan. Mak sedara gua pun sama. Gua kaget. Risaukan mereka.

"Mana bas nih ?", mak makin risau.
"Kejap lagi sampai la kot ", gua cuba jernihkan situasi.
"Ah huh...sampai la kejap lagi tu kang ", mak sedara menambah.

Jam sudah hampir subuh. Kelibat bas masih tiada. Jemaah yg kuat sudah bersiap2 pergi ke Mina berjalan kaki. Gua ? Tidak bisa utk itu walau pun mampu. Downline gua perlu di jaga.

Nun di sana. Manusia sudah berebut2 menaiki bas. Sudah tidak hiraukan nombor kumpulan. Asalkan sampai di Mina dan dapat berehat. Gua makin risau. Subuh makin hampir.

"Ass solaa tu hai rum minan naum !!", azan bergema.
Gua terjaga. Mak gua masih lena. Bibir kelihatan biru. Suhu sejuk bangat.

"Mak ! bangun ! Dah subuh ni..". Mak terjaga. Mamai dan keletihan. Makanan hampir tiada di sini. Pak Arab yang berniaga air di sudut sana cukup besar kantung hari itu. Harga berlipat kali ganda. Teh secawan biasa 1 riyal , kini 3 riyal.

Matahari makin menampakkan diri. Sejuk sudah hilang. Panas pengganti. Ada jemaah sudah tidak dapat menahan sabar. Gua perhatikan sekeliling. Pelbagai reaksi.



"Mak dah tak larat nih ..", Mak gua makin layu. Jalan terhuyung hayang. Ketandusan air. Di sana sini, jemaah yang kekeringan tumbang keletihan. Petugas TH sibuk membawa jemaah ke ambulan. Memberi bantuan. Gua bersyukur masih mempunyai kekuatan.

Akhirnya bas tiba. Dengan kudrat yang ada, gua struggle habis2-an membawa beg2 dan memimpin mak dan mak sedara ke dalam perut bas. Akhirnya, berjaya jua. Alhamdulillah. Allah permudahkan.

Mak menangis keletihan. Gua tidak bercakap apa. Hanya berdiam diri. Begitu juga dengan mak sedara yang keletihan tidak terkata. Hanya mata yang bergerak ke kiri dan kanan. Memandang bukit2 batu.

Mina !! Kami datang !!

...bersambung

04 Jun 2008



Peluk
(18sx)

Dr Fadhilah Kamsah mengesyorkan kita memeluk. Rumah tangga yg segar bugar pasti mempunyai rahsia. Pergaduhan sememangnya tidak dapat di elak kerana lelaki bersifat membaiki dan perempuan bersifat meluah.

Oleh kerana itu pelbgai produk2 solusi di reka demi menyelamatkan sebuah bahtera. Ada bahtera yang tenggelam , hampir tenggelam dan ada lagi yg masih terus meneruskan siri melawan gelombang.

Justeru, gua tak tahu sama ada kaedah peluk , yang gua rasa cost effective dan praktikal ini dapat menyelamatkan 'Tittanic'2 di Malaysia atau tidak. Namun, tidak salah jika mencuba. Peluk tidak terhad kepada suami dan isteri, malah boleh dipanjangkan kepada datuk, bapa, mertua dan lebih2 lagi anak2.

Err...lu rasa cam ner ? Nak peluk tak gua ?

03 Jun 2008



Gaji Buta
Antara sessi penting tatkala gua balik ke kg adalah bersidai di kedai kopi. Aktiviti ini amat penting bagi mendengar isi hati penduduk kampung. Antara premis2 yang dapat kita dengari pandangan2 telus dan uncensored.

Isu ketua kg sudah lama didiamkan. Hanya cakap2 belakang. Kekadang memantun2 agar tuan punya badan sedar akan kurangnya karisma diri. Inilah kg yg perlu di pertahankan. Inilah lagi tinggalan nenek moyang yang berpenat lelah membuka tanah dan berperang darah dengan tentera Nippon. Janganlah hanya kerana title sementara, habis tanah di gadai kepada mereka yang tidak berhak.

Dude!
Turunlah ... !! Ramai lagi yang berkaliber utk jawatan itu.

02 Jun 2008



Lipis's Living Legend, the keropok man

"Zal balik KL bila ?", mertua memecah kesunyian petang.
"Rabu ni kot..", pantas jari jemari menunjuk lagak ngeri memotong kepingan keropok.

"ooo....leh aa ikut niaga esok petang...", ujar riang.
"Oo...ok je",

daripada memegang kibod, ini hari batang keropok yang kenyal dan berbau mistik.

Petang itu agak bahang.
Pintu van di selak. Langkah gua canggung. Ramai mata memerhati.

"Ini hari ada muka baru. ", usik biras gua.
Ramai gelak perlahan. Mungkin kalau di belakang, mereka gelak guling2.

Melihat gua terkial2 membuka payung saiz XL, meja dan set masak.
dah lenguh rahang kontrol hensem. sia2. mertua geleng kepala.

segala2 nya baru dalam darah daging makan gaji gua.

jam 6 petang. gua makin into. jurus goreng gua makin licin dan tepat pemasaan. girang sekali.

Testimonial.
"Ok laa lu goreng" - Kumprinx
"Hehehhee..." - Mael (rakan Kumprinx).