28 Mac 2008

Sediakan payung sebelum hujan ... tetapi ....

"Ler ... apasal tak buat back up"
"Hehhee....siannyer ..."
"Macam mana dengan data ko ?"

Antara persoalan yang paling malas gua nak jawab dalam masa terdekat ni. Pepatah orang tua seringkali menyebut , sediakan payung sebelum hujan, ttp sebagai manusia, kekadang penyakit lupa dan tidak sedar diri menjadi faktor.

"Arghhhhhhhh....habis gambar gua kat Mekah. Mana nak cari balik nih ????"

Itulah hajat gua, ingin menukilkan secebis pengalaman ketika berada di Tanah Suci melalui blog ini ttp nampaknya gua hanya setakat menulis hingga di padang Arafah sahaja. Sebenarnya perjalanan masih jauh dan banyak lagi input2 yang ingin gua kongsikan. Tetapi gua akan ghairah menulis jika di kepilkan sekali dengan gambar akan tampak lebih kick dan mampan.

Justeru, walau pun gua tahu ini misi mustahil , dari hari ke hari , gua meriki mana2 kutu2 atau port2 yang bisa meng-recover data2 gua. Percayalah ! gua amat sedih akan kehilangan ini. Itulah satu2 masterpiece yang ingin gua kongsikan kerana perjalanan hidup gua tidaklah menarik sangat.

Jika lu orang ada mempunyai kepakaran forensik meng-recover data seperti dalam siri drama CSI , jangan berlengah lagi. Cepat2 contact gua dengan kadar segera agar semangat yang hilang ini tidak sirna.

Arrghhhhhhhhhhhhh !!!

26 Mac 2008

Rambo 4 : review session

Sejak kemunculan hero US yg poyo ini sekitar tahun 80-an, ikon ini begitu diminati oleh gua. rumah jiran2 yang mempunyai pemain video akan gua riki saban hari dan bertanyakan adakah sudah di beli filem aksi ini. Melihat pada iklan di dada2 akhbar ketika itu, gua begitu teruja utk melihat dengan mata kepala.

Aksi2 yang tegar melawan musuh dengan segala perkakasan perang buatan Amerika (baca: tools ini sebenarnya telah banyak membunuh saudara2 kita di Palestin dan Iraq) dan juga tidak lupa kemahiran kendiri beliau ketika cedera terkena tembakan musuh (rujuk Rambo 3).

Ketika ini, Stelon sudah agak berusia dan mungkin berpenyakit akibat arak dan perempuan. heheh... . Justeru, gua mengambil kesimpulan, kariernya sebagai pelagak aksi ngeri Rambo sudah berakhir. Beliau tidak lagi kelihatan memegang senjata2 tajam malah menumpukan perhatian kepada kerja2 kebajikan.

Namun, telahan gua meleset. Rambo 4 kembali menyerang pawagam ibarat kemunculan Windows Vista setelah Window 98 !!

Gua malas nak review secara terperinci kerana bagi gua , jalan cerita dia macam sama. Malu2 kucing dan join operasi (padahal dalam hati nak!). Awek pujuk baru nak join. Cuma gua agak suka cara kezaliman melampau dibikinkan. Dada gua seakan2 berombak melihat kezaliman rejim pemberontak Burma bermaharajalela. Tetapi ending dia , gua tak berapa suka kerana macam senang sangat nak bunuh sang penjahat. Nampak sangat ketua pemberontak tak la terror sangat walaupun bergelar terrorist !

Dengan ini , gunx.blogspot.com telah bersepakat memberikan 2/5 kepada filem ini. Gua harap tiada lagi Rambo 5 lagi selepas ini kerana confirm Stelon sudah retired dari menjadi pelakon.

Errkk...macam Idris Jusoh retired dari MB Ganu !

25 Mac 2008

Dua Dalam Satu

Pagi Sabtu memang satu hari yang menyenangkan. Setelah penat mengharungi 5 hari yang menyesakkan dada, kini tiba hari utk bersantai bersama anak2.

Namun, bak kata orang dan sabda Nabi, ilmu dituntut dari buaian sampai ke liang lahad. Gua sedar, bab2 parenting dan financial memang sejak dari sekolah rendah sampai ke universiti , gua bisa tergolong dalam gagalist*.

Justeru, dengan semangat tahi2 ayam , hujan lebat di pagi itu , gua abaikan. Kancil 660 yang setia itu mengaum di LDP dan MRR2 menuju ke UIA, Gombak.

Kelas ustaz hasrizal aka saifulislam dan ust zaharuddin aka UZAR mmg gua into. Corak penyampaian yang kontemporari dan segar membuatkan gua tidak melihat sangat berapa banyak bayaran yuran. Bukan bermaksud taksub ttp gua berasa ini sesuatu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Seawal jam 8 pagi , kancil gua sudah siap sedia mencari ruang parking dan sudah selesa melabuh punggung serta menadah telinga kepada bit2 ilmu. Keadaan dewan kuliah mengingatkan gua pada kenangan lalu

Pada kedua2 ust, gua tabik spring kat lu. Harap segala teori dapat diterjemahkan.

gagalist = orang yang gagal

24 Mac 2008

Ubah

Dulu gua tersengih bila ibu mendedahkan cereka sewaktu kecil. Pagi Ahad memang di nanti saban minggu. Pada malam itu, gua akan tidur2 ayam. Tidak sabar mahu ke bandar setelah 6 hari terperok di kampung bertemankan ayam dan pokok manggis.

Pakaian utk ke pekan sehari memang gua eksklusifkan daripada pakaian utk bermain2 di petang hari. Teserlah sekali akan kebersihan dan rapi sekali rupa paras.

Ibu memang tegar sekali membawa gua ke pekan sehari. Walaupun sudah tahu akan kesudahannya nanti. Raungan gua memang kedengaran tatkala wujudnya patung dan permainan bertaraf new arrival.

Tegar memujuk agar kadar raungan menurun. Gua tetap meronta. Sungguh autokratik sekali tingkahlaku gua. Namun dengan kadar umum 4 tahun memang itu dipandang normal oleh manusia2 mumayyiz.

Secara gharib-nya, ia akan berakhir dengan tragedi rela paksa oleh ibu. Duit yang begitu payah di cari begitu senang dialir. Demi kasih sayang seorang ibu.

"Waaaaargghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh , ayah !! nak robotttttttttt "....

Tangisan AY itu mengejutkan lamunan. Aduhh....tengah bulan ni AY !! Namun, AY tidak mengenal istilah tengah bulan.

What you give, you get back !!

19 Mac 2008

Debaran Arafah : PhotoEssay



Suasana di khemah di Arafah. Awal pagi seme masih dalam keletihan kerana semalaman berasak2 di jalan raya menuju Arafah. Ada kumpulan yang sampai pada Subuh. Gua nyer group sampai di Arafah jam 1 pagi. Ngam2, dapat lelap 2-3 jam. Mata agak berat untuk lelap kerana teruja bangat.








Inilah maktab gua. 97. Waktu ni , gua ambil masa sikit ,jalan2 di sekitar Arafah. Waktu wukuf akan tiba selang beberapa jam lagi. Gua cepatkan langkah agar tidak terlepas dari ronda2 di sekitar khemah dan ambil view sebanyak mungkin. Di situ, hanya bukit2 dan batu2 menjadi peneman. Ttp bumi suci ini menjadi penentu ibadat haji seseorang.








Atas bukit pun ada orang maaa...Gua tak tahu team mana ni ? Iran kot ?
Depa ni jenis backpacking. Tak de muassasah macam kitaorang. Memang hati kering dan pejal.









Ye anak2 , inilah Kibas. Gua pun baru tahu time tu. Dengar nama kibas pun pasal kisah Nabi Ibrahim. Hehhehe....








Suasana di dapur. Dia punya chief macam orang Kelantan atau Pattani. Gua sembang Melayu , dia leh jawap. Masa ni , dah dekat sangat dengan waktu wukuf. Gua tenang sahaja menge'teh mendapatkan ketenangan. Hehhee...











It's Wukuf's time. Time to pray and read al'Quran ! Allahu Akbar !!

17 Mac 2008

Update on Arthritis !

"Kita tengok petang ini macam mana bacaan dia." Tepat renungan Dr Ravi pada gua memberi penjelasan yang pahit itu.

"err....kalau still tinggi ?", gua garu kepala lutut tanda tidak senang.

"nampaknya u may be kene penyakit Arthritis , kita akan kasi u ubat long term, makan utk satu tahun."

Muka gua dah ketat. Apa barang umur pasca 30-an ini mendapat penyakit Arthritis !! Sungguh tidak menyenangkan.

"Ok , rizal , see u in two weeks time. Jaga diri baik2 ye.", Dr Ravi menyentuh bahu gua bagi menenangkan kerisauan tahap gaban ini.

Sms kepada Ummu Yassin (UY) memberi update terkini.

"Abng kene banyak tahajjud. Minta Allah sembuhkan."

Balasan sms UY itu membuatkan gua fana sebentar. Lintasan kereta dan bunyia hon yang sibuk seakan2 tidak memasuki gegendang telinga. Gua perlu dekatkan diri kepadaNya. Gua makin alpa.......

12 Mac 2008

Surat Terbuka Utk Pak Lah

Gua tahu , blog ini hanya picisan dan tidak akan di pandang oleh orang2 besar macam lu. Tapi inilah rintihan gua sebagai blogger jalanan yang makan gaji serta taat setia membayar kenaikan harga minyak dan tol serta tinggal di dalam negara yang harmoni dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya.

Gua sangat into dengan media dan publishing stuff. Lu mesti lagi arif dalam zaman sekarang, orang makin berpusu2 dengan maklumat serta info2. Lu mesti kadang2 sebelum tidur ke, turn on channel tv. Tak kiralah tv1,2,3,9,awani dan AXN. Tapi lu perasan tak ? Saluran2 kat tv2 negara kita macam tak berapa balance. Sepatutnya balance macam lambang parti lu. Hidup perlu keseimbangan. Kalau terlebih gula nanti diabetes. Terlebih garam, itu HKL jugak kasi masuk.

Hukum alam , dude.

Justeru, sebagai rakyat Malaysia yang taat setia membayar kenaikan harga minyak dan tol serta tinggal di dalam negara yang harmoni dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya, gua merayu pada lu amnya, serta Kementerian Penerangan khasnya agar lebih balance dalam membuat liputan. Golongan pembangkang pun manusia. Mereka ada perasaan dan ingin didampingi. Islam Hadhari kan mengutamakan kasih sayang serta adil dalam segala hal ?

Walk the talk , dude.

Sebagai rakyat Malaysia yang taat setia membayar kenaikan harga minyak dan tol serta tinggal di dalam negara yang harmoni dengan pelbagai agama, bangsa dan budaya, gua merayu agar RTM dam TV3 dapat dineutralkan keasidan mereka. Gua boleh dikatakan paras2 hidung dalam ilmu agama, ttp gua rasa dosa fitnah lebih besar daripada membunuh. Lu mesti tahu mende2 ni kan ? Gua rasa, jika berterusan RTM dan Tv3 dengan acuan sekarang, 10 tahun akan datang, media ini pasti akan menjadi bahan sejarah utk kajian pelajar sekolah menengah.

Media yang paling pelik dalam dunia !!

Justeru, pendapat picisan sebegini , gua harap dapat ditimbang tara dan di bawa ke peringkat atasan. Jika tidak, pendapat2 picisan sebegini akan terus berkumandang dan bergabung membentuk tsunami pada tahun 2012. Hehhe.....Gua gurau je.

Peace !

11 Mac 2008

Warna-warni PRU12

"BA sudah tapau Selangor "
"Weii...Nurul Izzah menang kat Lembah Pantai"
"Kedah pun macam kene tapau ...."
"Perak kene tapau jugakk !"
"Khairy monang kat Rembau"

Antara pesanan ringkas yang menghiasai phone gua pada malam yg dipenuhi suasana suspen , ngeri, 18PL dan insiden2 yang misteri.

Gua seperti biasa tidur selama 2 jam selepas pergi mengundi bagi mendapatkan tenaga pada sebelah malam sebagai pemerhati politik amatur. Setiap2 komentar dan buah fikiran para pengundi gua save sebgai modal entry kali ini.

Voters di kampung gua, masih lagi paranoid dengan BA dan masih bersama BN . Walaupun Parlimen Maran dan DUN Luit masih mengekalkan kejuaraan dengan majoriti mantap ttp pengundi muda rata2 telah beralih angin. Pengundi tegar BN di kampung gua, nampaknya telah mula berpecah. Antara faktor kemurungan tersebut kerana kegagalan wakil rakyat mendapatkan perumahan yang begitu manis dijanjikan pada PRU11 lalu. Namun undi daripada warga kampung berusia emas menyelamatkan kapal BN.

Bagi pihak BA, kesuntukan masa berjumpa dengan orang ramai merupakan faktor utama. Namun satu fakta menarik adalah kawasan cina memberi kemenangan kepada wakil PAS. Itu memang Fact Of The Years bagi gua. Seperkara lagi , bagi gua, ceramah PAS sepatutnya bersifat mesra BN. Ceramah yang berapi2 membuka pekong sepatutnya diminimakan. Berikan tumpuan kepada usaha kebajikan rakyat agar ia lunak didengari oleh semua termasuk Cina dan India yang gua rasa sama2 merasakan keperitan kenaikan harga minyak dan tol. Hehhee....

Namun, gua mampu tersenyum kerana dewan Parlimen kali ini menyaksikan pertembungan suara BN dan BA yang seimbang. Hehhe...sendiri mahu hingat aa brader !!!

07 Mac 2008

Cula

Proses mencula adalah aktiviti biasa para calon utk meraih sokongan undi. Proses ini amat kritikal dan memerlukan individu2 yang mempunyai PR yang bagus. Pada pemerhatian gua, golongan wanita amat2 diperlukan bagi meraih sokongan.

Dan PRU kali ini, buat pertama kali Ummu Yassin (UY ) turun padang. Selama ini beliau memandang sepi akan hal2 yang berkaitan dgn politik. Politik adalah kotor dan penuh dengan manusia2 yang rakus akan kuasa. Di dalam nya segala2 yang haram menjadi halal. Umpat2 dan kata mengata. Justeru, jauhilah dari politik. Biarkan mereka terus berkuasa dan memerintah.

Pabila sudah turun padang, persepsi itu nampaknya sedikit demi sedikit dapat diperbetulkan. Bertemu empat mata dengan calon Taman Medan, Kak Niza. Bersama2 merayu penduduk Taman Medan agar mengundi kepada perubahan. Krisis harga tol, isu tanah perkuburan, cukai pintu dan cukat tanah. Itu antara rintihan dan dirasakan beban yang amat menyiksakan. Kuasa pada 8 March ini sepatutnya digunakan sepenuhnya.

Syabas UY !
Mr Correct On The Air !


06 Mac 2008

Beban

Kebiasaan selepas jam 8 malam. Tiada lagi agenda berat selain berbual2 santai tentang kehidupan dan jarang2 pula bercerita ttg kematian. Gua masih lagi bergantung pada ubat. Sesekali terlupa makan, pasti gerak langkah gua akan delay beberapa saat kerana kekuatan sendi sudah mula menurun.

"Assalamualaikummmmmmmmmmm....", jerit Daniel bersama kakak menemani.

Ya! Rutin baru keluarga kami. Kelas mengaji. UY sudah sekian lama menyuarakan hasratnya utk mengajar mengaji di rumah gua. Gua rasa ada baiknya rumah ini di alunkan ayat2 suci al-Quran. Di baca pula oleh anak2 kecil. AY semakin tertekan melihat Abang Daniel semakin laju mengenal bait2 suci tersebut.

Hingga kini, AY masih lagi dalam proses menghafal Alif hingga Ya. Jika gua tunjuk akan huruf2 tertentu, pasti ntah apa2 jawapannya. Gua tahu sabar adalah kata kunci dalam pendidikan. Gua pelan2 ke arah itu. Sebagai manusia biasa, kadang2 kita tidak sabar untuk menunggu keputusan. Benih yang ditanam hari ini hendak di tuai esoknya.

Mana bisa ....bai !!

Walaubagaimanapun, kelas mengaji di rumah kami menambahkan rencah dan warna. Harap 'benih2' ini pabila di tuai manis rasanya. Bukan menjadi beban kepada negara.

Amin !!!

05 Mac 2008

Hero Pujaan

"Nak UltramanTiga!"
"Nak UltramanTiga!"

Bentak AY. Merengek minta ditukarkan ke saluran Ceria. Untuk kita2 aje.
Begitu kagum dia dengan makhluk dari Jepun ini. Jika gua imbas, begitu lah gua semasa berumur sebegitu. Taksub dan begitu ekstrim dengan tingkah laku makhluk berlampu di dada ini.

Apa keistimewaannya ?

Jika gua letakkan diri gua di 'kasut' AY. Gua pasti akan dapat ketemui akan jawapannya. Makhluk yang walk the talk. Cakap sedikit (tak cakap langsung sebenarnya) tapi melebihkan tindakan melindungi penduduk bumi dari gangguan raksasa kejam. Tindakan protective tersebut merupakan kata kunci kepada watak ini semacam wajib disukai oleh kanak2.

Apa peranan kita sebagai ayah dan ibu ?

"Dah ! Pergi main jauh2. Ayah letih nih.tadi dah aa kene marah ngan boss. Trafik jam lagi. Tengah bulan pulak ni!! Balik rumah, ko ni bising2 ..... Sana, sana !! Ayah nak rehat ni !!"

Memang patut Ultraman menjadi idola anak2 kita.

Lu pikir aaaa sendiri ....Assalamualaikum !!!

04 Mac 2008

Mode Muntah

Pukul 8. Waktu bersama TV. Melayan berita dalam dan luar negeri. Entah mengapa, tekak malam itu terasa begitu loya. Makin dilihat, makin terasa. Gua makin geram. Channel berita lain , gua tak de. Hanya itu sahaja.

Gua off. Baran. Memandang TV seperti memandang mangkuk tandas. Tempat paling kotor di muka bumi selepas muka Presiden Amerika. Yarkhh !!

TV. Paper. Radio. Bill Board.Tiang Lampu. Divider Jalan.Belakang Kereta. Atas Lori. Atas Pajero. Atas Kepala. Lu Conquer !!

Open Dvd Finding Nemo. Kisah Ikan. Binatang yang tidak tahu merasuah orang. Tapi kaya dengan kasih sayang. Loya gua makin hilang. Tapi ....

...sendi gua masih sakit ... aduiiii........