31 Julai 2008

Dalam2 darurat, boleh pulak pekene sepam teh mamak ?



"Lorr... budak tu tak leh datang rehearse ini mlm ke?"
"Ah huh ! ...segan la kat parent dia?, Itu hari gua dah kene sound ..."
"Tak pe la...kita mengeteh je la malm ni ..."
"Hehhe....ON !"

antara kekangan mengambil pelakon kanak2 adalah masa. Dengan bebanan kerja di sekolah pada siang, boleh plak korang cilok hari malam , siksa mereka dengan skrip dan bahasa badan. Sebab itu gua perati, pelakon kanak2 yang tercebur diri dalam lakonan seperti terdewasa awal. Hishh...tapi kan sayang plak bakat yang ada tu...kan ? kan ? ok tak justifikasi ? ngeh ! ngeh!

Jadi, kami dah berada di meja mamak yang dicantum dua. Nescafe tarik bersama roti sardin kasi potong menjadi mangsa nafsu. Sembang2 isu2 pementasan. Pemakaian,timing, queue, tambahan skrip, masalah pelakon wanita, pemberian token, etc...

mata sekali sekali menjeling pada tayangan rakaman perlawanan pasukan kuning dengan biru. Penonton yang patut menyokong kuning menyokong biru. Ahli pasukan biru bagitu tangkas dan akhirnya dapat 'meliwat' kuning sebanyak 2 kali. Tapi kuning tetap berbangga kerana hanya 'diliwat' 2 kali tidak diliwat berkali2 seperti yang dijangka. Tahniah kuning! Tahniah biru!

Haishhh! Apa liwat2 nih ? kotor! keji!

ok, balik pada isu kita tadi. Roti sardin semakin habis diliwat eh! ditelan.
kenapa dengan gua ni ?

30 Julai 2008

Sekarang wa tahu apa itu erti gugup.



Butiran Teater "Adek Puteh Abang Puteh"
tempat : taman medan, PJ
tarikh : 3 ogos 2008
masa : 9 pg - 1 tgh hari (on stage may be around 9-10 pg)

Ye, nampak gaya dah macam ada sinar. Serba serbi kalut. Anak makin hilang kasih sayang. Si ayah tak ketaruan menyusun jadual yang tak la seberapa ketat kalau di bandingkan dengan YB2 yang membida nombor2 plat kereta serta menelaah katalog kereta Mercedez tahap premium.

Gua diperkenalkan dengan 2 orang pelakon yang memang pelakon. Sorang rambut besar macam David Alleycats dan sorang lagi wajah biasa Melayu nusantara. Di katakan pernah berlakon watak "interframe" dalam Filem "Cuci" dan iklan Hotlink.

Ya! bagi gua , itu sudah cukup hebat. kalau di bandingkan dengan wa yg hanya bersilat di pentas kolej sahaja. Ini sudah bisa menembus pawagam. Itu memang seru la...

Jadi, macam biasa, watak ibu masih lagi di awangan walau pun hari makin dekat. Lantak la...malas wa nak fikir2 sangat. Ada la tu nanti, kot ? Wehh ! korang perempuan2 di sana ? Jom la berlakon sat ? Apa kes wa nak pakai tudung plak ? Memang tak 'in' kontroversi2 cam ni ??
Ibu berhalkum pertama di Malaysia ? Yarkkkk !! Haaakkkk tuiihhh ..... !!

Video Bonus : Zorro Afro

29 Julai 2008

Keajaiban Yang Di harapkan.



Hari mendatang bagitu resah sekali. Hari penentuan sedikit masa lagi akan menjelang memunculkan jasad. Masing2 merebahkan badan membunuh masa. Adakah masih ada hari esok ?

watak hitam, kuning dan oren makin kabur. Paling terkini watak ibu pun sudah tersungkur dek kerana komitmen seorang isteri yang sudah berkeluarga. Gua memang tak salahkan sesiapa. Ini bukan universiti atau kolej yang mana masing2 tidak punya apa melainkan tugasan, balak, awek, henpon terkini dan mobil ke kantor. Ini universiti kehidupan.

Menambah duka, tuan direktor turut punya komitmen pada hari ia di pentaskan. Tinggal la gua terkapai2 di lembah tandus gersang beribut pasir.

Malam ini bakal penentu. 2 orang pelakon baru bakal di uji bakat.Dengar kabar sudah lali dengan kancah lakonan dan teater. Gua harap ada warna bakal menyinar.

Jika tidak, lebih baik gua layan Diskaveri Cenel sambil hirup Old Town White Coffea. Bukankah itu nikmat ?

Realiti memang mengigit.

28 Julai 2008

Ibu Duit , Tarik Duit.



Krisis kewangan melanda. Sepasang suami isteri mengeluh menyalahkan itu dan ini. Capai segala faktor penyumbang. Gua tak kira. Demi sebuah kepuasan, gua halakan kesalahan kepada orang lain. Satu terapi utk meningkatkan motivasi. Supaya nampak hebat. Waima itu sebenarnya atas kebodohan diri sendiri.

"Cam ne ni, bang ?", keluh si dia memerhatikan ongkos semakin mengecil wal hal hari mendatang makin panjang. Jika di ikutkan kalkulus, memang gagal utk survive ni. Tahap air masuk hidung dah. Titanic makin tenggelam.

"Cam ni laa..", gua utarakan solusi realistik. Bukan semata retorik murahan.

Dengan tenang, gua seluk poket, keluarkan buku ajaib berwarna kuning keemasan. Ilmu ni gua sudah amalkan semenjak bergelar bujangan. Ternyata, jika betul ayat jampinya, pasti duit akan beranak.

"Boleh ke bang ?", si dia sudah cuak.

"Apa lak tak bolehnya !!", gua tekadkan semangat.
"Bukannya berdosa, sekali sekala.... dan tahap darurat ni...."

Gua park perlahan2 ke tempat yg di katakan mujarab utk upacara tarik duit.

Kee tinggg.!!!
Nombor ...
satu kosong satu dua
satu kosong satu dua

Suara bergema. Gua ke kaunter. Senyum sengal.

Si dia berdebar tunggu di kereta berkuasa rendah. Menanti upacara tarik duit.

Sapa suruh makan gaji ?? Hehheeh....

25 Julai 2008

Blues Ikan Kerisi.



Kalau dah dasar tidak tahu mengurus, memang inilah jadinya. Jabatan Perikanan mmg gua tak into sangat kerana gua lebih cenderung kepada perkara2 tekno dan tidak jejak di bumi nyata (baca : siber).

Tatkala musim gawat (baca : antara tarikh 15hb hingga 20hb), dinner set serta merta akan merudum prestasi. Ini tidak lain hasil dari perbelanjaan tidak cermat gua. Terima kasih kepada ideologi "Buy first, think later".

Duit di poket rm6. Si dia memesan kerisi 3 ekor. Gua dah sangsi. Adakah dapat fullfill itu request. Kalau dalam bab2 pembelian barang2 digital, walau apa pun situasi, teknik Machiavelli serta merta akan di implement. Tapi dalam kes2 terpencil sebegini,

err...terpencil ke ?

Kerisi2 nampak comel tul pagi2 ni. Gemuk2 dan tampan2. Gua pikap 3 ekor seperti yang termetrai dalam perjanjian. Eh! cukup ke nak bayo ni ? Otak sudah nyilu membuat kalkulasi.

Sesudah membuat pemilihan ikan2, tiba masanya acara membayar. Abang kaunter hensem betul pagi itu. Pandai mengambil hati pelanggan. Sekali sekala membelai anak2 pelanggan. Bukan membelai pelanggan.

Gua dah berpeluh memeriksa wang. Cukup ke nih ? Tangan kemas memegang plastik berisi kerisi montel.

"singgit 60 sen"

"heh! murah nyer..", gua hulur wang beserta senyuman tanda task sudah selesai.

Rumah.

"Nah ! ikan ... ", hulur ikan pada si dia yg telah bersiap sedia melakukan pembedahan.

"Aik ! 2 ekor je ????", jegil.

22 Julai 2008

ACT 2 : Zorro Hensem Tapi Nakal



Periksa beg dompet, boleh tahan kental duit syiling beserta beberapa helaian not seringgit. memang dah tahap "Bersamamu".

"Ada ke minyak motor tu ?", tegur si dia.

Gua goyang badan motor. Dengar lagi kocakan minyak. Dalam hal2 sebegini, gua perlukan unsur2 mistik utk menggerakkan motor. Unsur matematik dan fizik sudah tidak into lagi. Apa ke jadah kuat makan minyak lak motor gua sejak akhir2 ni? Damn!

Malam isnin, seperti biasa ada rehearsal utk projek "hot2 chicken shit" gua. Pengurus projek mensasarkan ia akan di pentaskan tepat pada tarikh 2 ogos 2008. Kalau di bilang jari, bukan banyak lagi jam yang terkumpul. Belum di campur lagi dengan pengurusan kewangan gua yang serba tidak menentu. Ya! Gua perlukan unsur mistik di sini.

Terima kasih adik Aliya dan Asraf kerana sudi hadir. Oh ya! Terima kasih kepada ibu dan bapa mereka sebenarnya kerana sudi 'meminjamkan' anak mereka.

ACT 1 dan ACT 2 masih lagi kurang lancar. ACT 3 masih belum di uji. Masa ! Masa !
Gua buntu.

Video Bonus

21 Julai 2008

Dude ! Lu immortal ke ?



Satu pagi. Seperti hari2 biasa. Kalut dengan urusan kerja dan anak2. Orang bujangan pasti lebih selesa dengan urusan berbentuk individu. Bisa memilih kombinasi warna pakaian itu dan ini. Tiap2 hari bisa bertukar selera. Tidak bagi sang lelaki bergelar suami. Hahaa...

Kekalutan rutin sebegitu kekadang melupakan perkara pasti. MATI.
Takziah kepada Kak Cik atas kematian suami tercinta. Suami kepada pengasuh Asma', telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan mengejut. Pagi , pergi dengan ceria. Hanya berita nestapa dikirim malamnya. Tiada lagi kasih sang suami. Anak2 terpinga2 atas kehilangan tiba2.

Lu immortal ke, dude ?



Ungu - Andai Ku Tahu.

Malam Rasta Muda Mudi. Muktamar Ad Hoc 2008.



Itu Sabtu, gua agak padat. Dari buka mata pagi hari membawa ke malam. Rasa dah jadi Yang Berhormat. Cuma kurangnya, gua hanya merempit. Kenderaan alaf baru pasca harga gila rm2.70. Gerak selangkah bermakna kuasa beli makin tiris.

Gua dapat sms. Dengar kabar ada event menarik di sana. Gua wajib ke sana. YB Haniza perlukan ini liputan. Wanita besi ini sudah mengambil alih tampuk pemerintahan Taman Medan. Kawasan yang gua rasa penuh dengan 1001 isu. Orang miskin , orang susah, isteri tunggal, anak tanpa bapa. Warna realiti.

Itu siang. Sekarang hari sudah malam. Saat ini gua mesti tak lepaskan. Sudah 8 tahun , gua tak jumpa ini olang. Dengar citer , dah jadi otai kat Riyad sana. Jeles !

"Woii ! kat mana Rasta ni?"
"Gua kat TTDI ni..."

gua teks Rizal. Bab2 geografi ni mmg nyilu.

Salam. Duduk. Order.

"Kasi bali panas satu"

"Aik ! kata pengeteh tegar?", muskil Rizal dengan pesanan gua.

"heheh....siang tadi gua dah mabuk teh. Malam kene cover."

Damn! Sudah 8 tahun tidak bertemu. Masa memang kejam. Faris tetap macam dulu. Gua ingat dia dah insaf tawadduk. CrashNBurn, kawan baru. salam perkenalanan dude.!

Borak2. Gelak2. Topik ke topik. Parenting, bola, mekah, umrah, perempuan, jeddah, madinah, iran, beirut, visa, orang arab yang sengal dan pemalas, penyakit kawasaki, projek teropong terbengkalai, palestin, misteri student usm ?, ip specialist, nurse yang porak peranda , warghh,...ngantuk ...

"Dik ! Kasi teh tarik satu...", gua order di kala jam 12 tgh malam. Ini lah di namakan tegar.

Borak! Borak. Topik makin hangat. Masa memang kejam.

18 Julai 2008

Seni Bergambar.



Zaman dulu, sebut bergambar , gua terus berlari ke dalam bilik sambil bergenang air mata. Bukan main gembira. Bukan senang nak dapat peluang sebegini. Nak nak , dalam keluarga, antara yang paling fotogenik tidak lain adalah gua. Berdasarkan perkiraan umur, boleh di katakan gua agak berbakat dalam mengayakan aksi2 yang top ketika itu. Kalau takat nak posing Hail Amir, DJ Dave, Latif Ibrahim memang dalam genggaman. Justeru, dalam bergenang2 tu, gua akan melakukan pemilihan pakaian yang paling in utk sessi pengambaran.

Kaki kanan mesti di letak atas batu atau apa2 objek yang di rasakan munasabah. Tangan kanan secara auto akan menyendal dagu sementara tangan berbaki akan mencekak pinggang. Nampak kan ? gua mmg berbakat.

Owhh...tidak lupa. Mata tidak perlu memandang ke arah lensa. Ini bukan gambar kad pengenalan. Justeru, gua pastikan hala tuju mesti ke arah langit atau pucuk rambutan. Sementara itu tidak lupa, latar belakang mesti berunsurkan alam sejagat. Contohnya rimbunan bambu, air terjun atau sekali sekala motor scrambler Azroy si pelajar cemerlang.

Walaupun, gua remaja di zaman rock kapak Searsshhh Wing Jerangkung Dalam Almari, namun gua sedikit terpengaruh dengan aliran2 terdahulu.

Setelah bergambar , soklan cepu emas mesti gua utarakan dengan hati berbunga.

"Bila Ayah Cik nak cuci gambo ??"

15 Julai 2008

ACT 1 : Keluar Dari Kepompong. Sessi Latihan Hentam Keromo.

Gua kalut. Iswardy cool. Macam biasa. Skrip di tukar di saat2 akhir. Sudah hilang watak saiko. Apa kes nak saiko2 teater budak2 kan ? Sekarang kita reform jadi teater kanak2 yang penuh dengan warna warni dan gelak ketawa. Bukankah itu dunia kanak2 ?

Danny , satu2nya pelakon dewasa di dalam ini projek. Gua menaruh harapan dengan anak muda ini. Tgk satu kali sudah ada rupa Rosyam Noor.

Asraf dan adiknya. pelakon kanak2 yang sedang di gilap. Weii ... Aznil. Lu jangan senang2 nak cilok ini budak untuk di tom tom bak -kan ... ini bakal film star...hahhaha....

ACT 1 : Keluar dari kepompong.
ACT 2 : Zorro kebulur nak culik budak.

Hari mendatang masih lagi kabur. Hari persembahan makin mendekati. Hati gua masih gusar seperti biasa.

Video Bonus

Lu Memang In !

Misteri Bau Hanyir.



Dulu, lepas mengaji, sebelum balik rumah, gua akan singgah di rumah Kak Ros. Suami Kak Ros garang orangnya. Gua secara auto akan berkelakuan sopan pabila datang bertandang. Mode pijak semut tak mati. Mode macam mengadap YB.

Kak Ros peminat filem indon bergenre seram. Pantang sekali jika berborak tanpa unsur2 mistik. Biasalah , orang kampung, itu sahajalah penghibur di kala letrik masih lagi mode 12 jam. Rumah Kak Ros ada mesin generator. Zaman tu, kalau ada menatang tuh , memang tak menang tangan nak mengadap tetamu. Tetamu pula datang dari pelbagai lapisan. Mula2 datang berborak, modal dah kering, apa lagi ... pasang la video Sundel Bolong. Citer ni memang rating tertinggi. Ntah la .. dengar citer macam legend kat Indon sana.

Selesai menonton, gua akan segera bergegas pulang. Di saat, gua akan memikirkan 20 alasan2 yang munasabah kenapa balik agak lewat tidak seperti hari2 biasa. Dada tak usah kiralah berombak macam mana. Langkah kaki gua atur sepantas mungkin. Takut di cekik Sundel Bolong agaknya. Kempunan nak makan malam nanti.

Itu dahulu. Sekarang gua dewasa mumayyiz.

Apa kes kat meja tempat gua selalu menaip ni berbau busuk?. Gua hidu stokin. Mantap lagi. Nak kata terpijak tahi kucing. Mustahil juga. Gua sangsi.

Peristiwa ini berlanjutan sehingga satu minggu. Gua syak ini mesti Sundel Bolong sudah buat come back. Mungkin ada salah laku gua 20 tahun yang lalu. Ini tidak boleh jadi.

Tatkala itu, gua hidu lagi secara intensif. Kelihatan sebuah cangkir. Gua rapati serapat mungkin.

"Sundel Bolong apa kejadah ?? Minum nescafe tak basuh seminggu, memang inilah tahapnya....bau longkang....". ngomel sendirian.

Sia2 je gua kutuk Sundel Bolong. Dengan pantas gua ke pantry membuang sial.

14 Julai 2008

Kes 'Membakar' Secara Halus.



"Jom ?"
"Jom mana ?"

Hehhe.....

Gua akur itu senyum membunuh. Membunuh secara separa sedar. Kebelakangan ini, ekonomi gua makin meruncing dengan pelbagai tribulasi yang menimpa.

Tanpa banyak bicara, gua akur dengan senyuman itu. Sepanjang perjalanan , hanya perarakan awan diperhati. Begitu halus ciptaan Maha Esa. Tiada siapa yang bisa copy-paste itu binaan. Punya rekacipta tahap king atas king!

"Bukan nak beli pun ? Ko tengok2 je....saje kasi rambang sikit mata ... Hehhe..."

Satu lagi panahan arjuna tepat di hati.

Gulp! Air liur semakin galak di telan. Apa kejadah nafsu gua tiba meruap2 naik ?



"Wan ! (mmg nama sebenar), Cuba lu tanya , kalau L2 baper rib kalau sekali install...", bisik gua perlahan.

Cis !

Video Bonus

11 Julai 2008

Terima Kasih Si Pencuri , Tanpamu Ukhwah Tidak Termetrai.



Sepatutnya, waktu2 embun jantan bakal keluar, gua akan perkemaskan rupa diri agar kelihatan seperti manusia. Masakan tidak, ini hari gua perlu berlibur aka mengeteh bersama rakan2 sejenis. Rekreasi bersifat mingguan sebegini mesti konsisten bagi membentangkan isu2 sejagat.

Sejurus langkah pertama, alat penggera rumah kontraktor Cina berkereta Storm berbunyi bingit. "Ini tidak boleh jadi", getus jantungku.

Gua mengorak langkah ke tempat kejadian. Sedikit demi sedikit berbondong2 manusia pelbagai ragam meniru gerak langkah wa. Selang beberapa minit, kereta polis sudah berlegar2 mencari parkir.

"Hai yaa....itu olang sudah panjat atas maa...dia buka itu atap", apek selang satu rumah wa bersuara. Serkap jarang agaknya. Tapi air muka nampak konfiden.

"Tak boleh tidur , bising laa", berbunyi abang yang dah 2 bulan setakat senyum2 ayam. paling champion pun , angkat kening.

Haahhh....sudah ... dah jadi family day. Hidup berjiran mmg into kalau dapat kenal2.

"Eh!! Bang ! saya balik dulu ek... ada hal laa...", permisi di minta.

Engkol di tendang. Padang Kota!! Gua datang !!!

10 Julai 2008

Ahmad Nisfu ? Wa join lu.



"Bukan syaitan la syaiton !!, sultan !!!"
"Kecik2 tak nak mampus, sudah besar menyusahkan orang..."

marah benar Ahmad Nisfu. majoriti filim PRamlee, ada terselit mukanya. berbakat err...walaupun tidak sekacak 'jejaka yang mendakwa di liwat secara paksa'.

"ko , kalau nak direct teater, kene marah2 sikit", kata Tok Rimau di malam Maskara. Gua terdiam. Ntah! Fikiran ligat memikirkan perkara2 kedepan. Setakat ini project2 gua, panas pada starting grid sahaja. hanya beberapa sahaja yang tamat ke garisan. Ntah!

"Mat ! (bukan nama sebenar), mlm ni boleh tak kita rehearsal ?", gua cuba2 riki.
"Owhhh...mlm ni tak leh la , ada hal, senin mlm next week leh", ujar.

Gua terdiam. Ini baru 2 orang pelakon. Sudah bikin rambut mahu luruh. Patutlah kepala Ahmad Nisfu kurang subur. Ntah!

09 Julai 2008

Jilat ? Haper kes ?



Itu petang, programnya adalah bersantai dengan AY. AY bikin hal. Mahu cuci kereta bersama ibunya. Pesal rajin lak ni ? Sejak bila lu pro kepada feminisme ni ?

"Nak ikut ayah x?", bernada tegas.
"Tak mahu, nak cuci kereta.", rajuk sang anak muda.

Dengar kabar nun di sana , ada perarakan merah. Merah tanda marah. Orang Cina suka dengan ini warna. Lihat sahaja kerusi2 di kedai2 mereka. Mungkin mereka telah lama marah. Marah dengan apa , gua tak tahu.

Sudah sampai. Kelihatan suara2 garang di pentas sana. Marah. Minyak melambung. Ini perkara sensitif. Minyak bikin orang gila. Minyak bikin orang merana. Gua , insan marhaian turut terasa. Cilaka itu ;'orang'. Senang2 kasi up itu haraga.

Gua dekat stage. Macam biasa. Keluarkan senjata. Mahu tembak orang.

Hmm...ada band. Tahi Karburator namanya. Pentas sudah bertukar warna. Bunyi menusuk ganas di telinga. Insan2 berhanguk2 kepala. Marah gamaknya.

Lagu 'Jilat' bermula. Alak si penyanyi memulakan serangan. Serangan satira kepada Hantu Putrajaya. Lirik2 beterbangan. Gua masih galak menembak macam biasa.

Tiba2, punggung di tala. Manusia2 terpaku tak terkata. Haper kejaddahnyer ini cerita? Marah gamaknya. Lalu, botol2 di layang ke udara. Serentak bagai orkestra. Kaget gua seketika.

Kelana Jaya sudah gegak gempita. Hahhaha.....marah! marah!
Sama itu punggung penyanyi pula. Harga minyak tetap di udara.

08 Julai 2008

Maskara 9, penat yang tak penat.



Apa citer ? dah jam 8:30 nih ? gua masih lagi beruniform stereotype di malam minggu. Seakan2 menunggu detik slot cerekarama. Apa kes ? Tadi siang dan setting cantik nak ke sana.

Tak boleh jadi.

"Jadi ke jumpa tok rimau tuhhh??", tanya si dia curiga. Takut tok rimau itu hanya berjantina lain.

"Jadi kott..", masih berat di sofa murahan.

Sedar tak sedar , gua dah sesat kat kota KL. Macam biasa. Nyilu teramat.
masuk Pasar Seni, masuk Jalan Stadium Merdeka. Damn! Jarum penunjuk minyak berarak perlahan2. Peluh menitis kencang. Hate !

"Assalamualaikum bang !", beranikan diri bertanya. Ikut pepatah orang tua.
Abang toleh. Muka cina. Apa kes ?

"Sori aaa...itu mahu pergi DBP apa macam aaa", tukar tune.
Panduan diberi. Buat2 faham. Visual masih kabur.

Sms PP. Dapat sikit hidayah. Hhhmmm...sampai jugak. Penat. Tahap boleh jamak qasar.

Panjangkan leher. Jumpa PP. Ushar tok rimau dari jauh. Skrip tersemat kemas di poket kanan.
PP ajak ke dalam. Tonton dan nganga. Errhmmm...cool !!

Pyan Habib memang king. Skrip dah di tangan. Masih tidak dapat berbunyi. Feel tak datang katanya.

Mat Jan
? Hhmm...apsal dia ni tak masuk Raja Lawak huh ? Lawak kering. Best!
Singa. Suara komersial. Boleh baca berita kat TV. Tapi uban tu superimpose kan dulu. TQ kasi belen. Gua mmg tahap kering ini bulan. Hahaha....
Vovin. Radikal orangnya. Hahha....
Tok Rimau. Terima kasih kasi komen pada skrip gua. Ntah jadi ntah tidak ini project. Tapi kita kasi terai satu kali. Tengok apa jadi.

Daaahhh......

04 Julai 2008




Ketam


Pepatah Melayu cukup popular. Mengajar orang mesti bermula dengan diri sendiri. Di suruh berjimat , tengok dulu batang tubuh empunya lidah. Di suruh berdisplin, di suruh segalanya. Semua orang ingin dijadikan sepositif mungkin. Biar di kertas kaji selidik, nampak murni dan suci.

"Yassin! ", arah si ketua.
"Pergi tidur , esok kat school mengantuk plak..."

AY melihat si ketua. Ralit melihat siaran. Tangan sekali sekala , menekan alat kawalan jauh. Mungkin bosan dengan aksi biasa pasukan CSI : New York. Mungkin kes2 siasatan tidak rare langsung.

"Yassin!!!", gertak si ketua lagi.
"Pi tidur cepatttt !!", nada sudah berubah.

"Dah suruh anak tu tidur, awak tu tidur la sekali...tadi bukan main cakap pasal Kepimpinan Melalui Tauladan...", bersuara timbalan ketua.

Si ketua membetulkan kain pelekat. Muka sudah ketat.

Off Tv. Off Decoder.

"Tidur! Tidur !! ....", arahan diberi. Macam keluar tak keluar.

AY tersenyum sinis.

03 Julai 2008

Gua into sama lu punya slang. :)




Kotak

Malam itu begitu memeritkan. Otak tua ini didera membuat sesuatu yang tidak rutin. Sesuatu yg tidak biasa dibuat bisa mengundang pelbagai trauma. Ketidakyakinan diri, inferiority complex, sahsiah diri yang kerdil , itici , itici....

"Camner tok ?, gua nyer skrip ?, minta tolong kasi perasap sikit"
Gua harap sesuatu yang bersinar di hujung terowong. Apa kes gua kene berjaga malam buat ini task ?

Tok menilik. Selai demi selai di perhati. Kening lebatnya kekadang menghayun perlahan mengikut arus bayu lembut. Kedut sejuta di serata pelusuk tubuhnya menampakkan karisma seorang otai. Jika di sebuah syarikat, mungkin sudah bergelar CEO, atau dalam konteks negara , menjadi PM atau TPM, atau Penasihat Partai.

"Biasa sangat skrip nih. Cuba out of the box sikit."
Macam biasa. Tok kekadang berbahasa English. Konon2 international tuh !

Gua ketap bibir (baca : bukan ketap gigi sebagaimana biasa) . Geram!

Malam itu , sekali lagi gua termanggu di depan laptop syarikat. Menunggu 'wahyu' turun.

01 Julai 2008



Badut

Malam itu terasa sangat berat. Tempoh merempit kelajuan cahaya merentasi 7 benua amat memualkan. Bertahun menempuh perjalanan antara hidup dan mati. Simpang siur maut. Lebuhraya LDP memang kejam. Saban hari memamah manusia. Manusia yang hidup bernafas di negara membangun dunia ketiga.

"Bang ! malam ni meeting , jangan lupa pulak ", sapa si dia.
Gua baru nak acting mengantuk. Sudah tidak menjadi.

"Ye !! ye!! Abang nak pergi lah ni". Ritual tidur gua terganggu.

Engkol ditendang ganas. Motor meraum kuat.
Vromm ! Vrooooooooooooommmm! Tretttt ! Trettt !!!! Ke teng ! Ke teng !
Petua orang tua. Sebelum merembat motor, biarkan ia melahu. Melahu sekuat hati.

Lama gua termenung. Jika di fikirkan agak lama gua tinggalkan dunia teater nih. Hmmm...agak lama. Tiada pengalaman mengarah, cuma pernah menjadi protagonis. Jangan main2. Watak utama beb ! Bukan calang2. Walaupun rupa tidak sekacak Saiful Bukhary, namun muka gua yang seakan2 Mat Jan ini bisa mengambil hati tuan direktor.

Vrommm....gua membelah malam.
Ntahlah ! Gua pasrah je task kali ni. Harap ada sinar.