30 Mei 2008



Hikayat Sang Kura2

"ape cer ?", labuhkan punggung. mata melilau mencari menu perut.
"isu lambat laaa. tak punctual."

"Ooohhh", panjang muncung.
"You know what ..."
"kita orang melayu ni sampai dah wujud peribahasa utk itu."

"minum ?", selit pekerja gerai minuman.
"errr.....teh panas ", menu biasa utk tekak berusia 30-an.

angin tengahari menyapa tubuh.
gadis2 kolej swasta terus memenuhi ruang legar kawasan permakanan Cyberjaya.
sekali sekali terdengar hilaian saka mereka. mungkin isu lucu atau lucah.

"tu aa pasal...", sampuk rakan sekerja.

teh tiba. hirup dan renggangkan kaki. tanda impak maksima.

"eh! siapa top list yang datang lewat ek ?", gua makin curious.

"hang la ".

"oo...ye ke ? ngeh ! ngeh !", gua garu kening.
teh pekat terus di hirup perlahan.

angin masih menyapa tubuh.

29 Mei 2008



episod skodeng burung (27 sx)


pagi yang cerah. burung2 berkicau girang. petanda hari galak.
hari ahad gua melawan arus.

vrommm..! vroommm !
perlahan2 gua rentap throttle, membiarkan petrol bersenggama dengan udara. biarkan.
mata gua redup memandang langit. awan begitu tenang berarak.

hati gua kembali berombak perlahan. ini tugas pertama. sudah berpuluh tahun gua nantikan. nasihat mahaguru semasa pertapaan gua tempohari, masih terngiang2 di gegendang.

dengan janggut mencecah bumi , pakej dengan suara serak2 basah ala2 Hattan...

"ingat Gunx...."*efek gema*
"pabila menggunakan senjata itu...perkemaskan kuda2", janggut di urut perlahan.

"pabila dikau telah terkenal, jangan lah dikau lupa asal usulmu...", bahasa lingua franca klasik Melayu purba meniti basah di celah2 bibir mahaguru.

"Baik tok ...", gua akur dengan pesanan.

Drummmm..............!!

Yeahh!! gua di sini. Jurufoto rasmi bagi acara bersunat beramai2. Merakam detik2 indah sang teruna ke alam baru. Ke alam mengenal apa itu syahwat dan nafsu. Moga2 dikau tidak lemas wahai adik ku...

ngeh! ngeh!

*adegan pertapaan gua reka je

23 Mei 2008



Gagal itu sahabat saya

Gua tahu kepulangan di nanti. Letak laptop, simpan kunci, periksa surat dan hempaskan punggung di sofa.

"tension la bang..."
"Mas dah buat elok2 dah .. abg JPJ tu gagalkan juga...benci"

"Ye ke ?", pura2 prihatin.

"Nasib baik la test jalan raya lulus..", ujar bersemangat emo.

"Hehhe...bagus la tuh...tak pe ..cuba lagi ...abng jpj tu memangggg , ikut mood dia jee, kan ?", satu percubaan utk menambahkan kebencian kepada pasukan keselamatan negara.

"ah ' huh .. salah sikit je , tu pun nak kasi gagal , hishhhhh....", satu tumbukan kecil di sofa.

Gua dah agak akan mendapatkan sokongan.

Anak2 memerhati.
Sang hawa gagal di jalan raya.
Sang adam gagal mendapatkan secawan teh panas buatan tangan sang hawa.

Raikan kegagalan. itu proses kehidupan yang sementara.

22 Mei 2008




Berikan Saya Keajaiban


"Tak kan diam je bang ! kurang2 kasi la motivasi sikit", sang isteri mula gelisah.
"Motivasi ?", konsentrasi pemanduan gua sedikit terganggu dengan soalan ini.

"Ye laahh...Mas nak test jpj esok ni ... abang diam je ... tak nak langsung kasi semangat", mulut memuncung mengadap kontradik.

"Owhh....biasa la .." , pendahuluan diberi.
"apa bende dalam dunia ini bila dibuat pertama kali pasti akan berasa gementar, kan ?".

"Mas ingat masa first time abang baca lafaz akad nikah, ingat leh wat2 cool ke ?"

"Jadi?", soalan makin rancak mencari kesimpulan.

"Teruskan kegegementaran itu. Itu proses biasa. Kalau gagal, ambil sekali lagi dan lagi dan lagi... , makin lama kita terperangkap dengan sesuatu masalah, perasaan gementar tadi sedikit2 akan hilang", makin ligat menggoreng sang hawa.

"Nyampah betul !! Ntah apa2 jawapan....", makin kontradik sang hawa melihat ke luar tingkap.

"Errrr....betul ke jawapan gua tadi ek....lantak laa", getus di hati.

Kereta makin berselirat memenuhi jalan. Asar makin sirna.

Sorry John Gray ! Lupa nak pratik lu punya saranan. ngeh! ngeh !

21 Mei 2008



Siri Bercakap dengan Harimau.

"Maaf tok ... ! Hamba datang ada hajat..."
"Sapa ko nih ?", tok rimau rimas dengan permohonan pendatang asing dalam hidupnya.
"err....hehee....", gua pun sama rimas hilang punca.

"Gini tok... saya err...cakap gua leh tok ? baru rock sikit...."
"Pe pe je laa ", tok rimau menjegilkan mata sambil mengibaskan ekornya. mungkin bernafsu dengan gred daging gua.

"Gini tok...gua nak bikin filem macam atok wat sama itu budak dispatch"
"tapi itu filem ada sikit unsur2 lawak ...."

"Filem pasal apa ?"
"err...Palestin la tok...kesian la orang kat sana ... hari2 kene bunuh...kita hari2 makan kari kepala ikan ..." gua cuba racun dalam diam.

"Ko kasi sikit skrip ko , aku nak tengok", tok rimau semakin menghampiri utk menerkam.

"Err...nah ! tok ...", gua hulurkan skrip.
"Aah...ok ok! esok tok kasi keputusan."

Gua cabut. Berharap benar skrip gua dapat green light.

....
.......
...........

Hari yang cerah.

"amacam tok? best tak skrip gua ?"

"TAK BEST . yg lu sibuk2 tanya pasal bikin filem ni....lu ada duit tak ?", tok rimau dah mula gua-lu gua-lu ngan wa....

"err...tak de lagi tok"

"Chehh....", tok rimau mencakar dinding.

20 Mei 2008



Senyap ,Dingin dan Tepu.

Dalam bab2 meeting, gua mmg gagal. Hanya berani bersuara di dalam perut. Lepas meeting mula la macam keluar macam2. Itu tak kena. Ini tak kena. Melayu tipikal macam gua mmg tak boleh bawa meeting. Tak reti bawa usul, catat minit, komen, progress. Hanya jika ada kuih muih atau teh panas, gua berani tampil ke hadapan bersikap pro aktif dan glokal menghiburkan deria rasa. Erhmm....enak dan sesuai dengan jiwa.

"Gua cadangkan si gunx sebagai jurugambar rasmi dalam event nih". seru satu suara dalam meeting di kala jam hampir menunjukkan 2 pagi. Mata laluk gua jadi jernih. Telinga makin galak mendengar. Peluh jantan makin kuat merembes.

"Yeaaahh....." masih bersuara dalam hati. Hati berbunga , mulut menyeringai.
Habuk di 400d gua makin menebal. Ye ! satu lagi pelaburan gua yang sehingga sekarang masih belum menampakkan sinar.

Damn!

16 Mei 2008



Ultra-Krisis : Dilema Si Penunggang Kapcai

Hari pertama

Kontrol hensem depan post office. Pemasaan sepertinya tepat dibidik. Gua rasa tempoh utk module pembaharuan cukai jalan dan hinsuran tidak lebih dari 3 minit . Itupun jika sistem atas talian tidak mengalami taufan nargis. Gua berharap kali ini pasti berjaya.

"Geran mana encik ?. Cover note insuran ni tak bawa pun tak pe....", makcik kaunter merenung tajam. Gua dah ketat muka. Beg dikuis . Isi sudah bertaburan. Namun haghamm...Ramalan gua meleset lagi. Apa kejadah boleh lupa itu basic. Gua pulang hampa.

Hari Kedua

"Nah geran ....", gua hulur dengan seribu harapan.
"Errmmm....encik nak pakai insuran apa ye ?", manis sungguh senyuman.
"Hehee....Takaful Malaysia la...", gua menggatal.

"Sekejap ye...."
1 minit.

"Minta maaf la encik...cover note dah habis laa....err...encik renew sendiri insuran ..dah siap nnt , terus jumpa saya yekkk"

Jari jemari gua dah rasa ringgan. Ingin rasa di benak hati mahu di amukkan post office ni.

Jam menunjukkan 9:30 pagi. Pemasaan gua sudah lari. Apa barang masuk opis jam 10:30 pagi. Lu ingat ini welfare ka ? Namun, gua tidak ingin episod lari dari roadbloc berulang lagi.

"I'm a good citizen" *wink*

Fakta Menarik : Pemasaan bawaan motor gaya bebas dari Kota Damansara ke Cyberjaya adalah 45 minit beserta repihan hati menahan sakit tulang pinggul.

15 Mei 2008


Iran Dan Malaysia : Mari Lawan Filim !

Chis ! Marah gua mendapat habar adanya Pesta Filem Iran baru2 ini. Kaki filem (kunun-nyer laa...)pastinya berasa baran dengan keadaan ini. Indeks kepuasan gua terhadap filem Malaysia mutakhir ini agak menurun. Gua tidak tahu pasal apa. Namun pastinya ada something missing, kan ?

Filem bodoh seperti Fitna satu dunia boleh mengamuk membakar bendera dan boikot sana sini. Gua faham , itu hak sebagai manusia. Bisa luahkan apa yang terpendam. Namun, sekali lagi kita persis kehilangan sesuatu. Ye...sesuatu. Reaktifsm mungkin ?

Lambakan filem2 tempatan sekarang ini bagi gua tidak ubah seperti lambakan baju2 bundle di atas meja (baca : bukan yang digantung). Sekali lagi, lu boleh marahkan gua dalam hal ini. Ttp gua berhak bersuara.

Filem2 Iran sebagai petanda aras. Filem yang tidak memerlukan seseorang membuka buah dada ,peha, leher dan bibir begemerlapan. Suami ? Isteri ? Anak ? . Tidak perlu mengorbankan kecantikan isteri kepada orang lain. Tidak perlu menelan air liur melihat isteri di rangkul dan di gomol. Tidak perlu mengorbankan itu hanya atas nama realiti. Ye...tidak perlu.

Hanya bertemakan kasut dan biola sahaja bisa meraih anugerah. Gua makin baran.

14 Mei 2008


Media : Satu Analisis (ye ke analisis ?) Amatur.

PRU-12 sudah berlalu. Topik dikedai2 kopi sudah beralih arah. Tidak kedengaran lagi maudhu' pengundi hantu, suap kain batik, jalan tar bikin baru , duit kopi , umpatan dan pujian kepada bakal2 YB.

Satu perkara yang menjadi majoring gua adalah media. Tidak kira media offline atau online. Bagi gua, zaman dahulu, orang takutkan senjata nuklear ttp sekarang...erhmmm....mungkin media. Ia bisa mencantikkan yang buruk. menjatuhkan yang sedang naik. mengghairahkan yang biasa. meruntun nafsu bergelora. bisa merubah manusia yang malaikat atau sang syaitan. oh! oh! sungguh bisa sekali.

Kita kecilkan skop kepada media offline iaitu surat khabar. Bagi generasi pop yeh yeh! , gua rasa mereka masih lagi setia menghabiskan seringgit dua wang saku demi membeli maklumat. Duduk sejam dua sambil dihiburkan dengan hirupan agung teh atau kopi. Ulasan demi ulasan.

Generasi YouTube tidak lagi. Mereka tidak perlu menghabiskan wang sedemikian. Maklumat lebih bebas dan murah menjadi pilihan seperti laman sesawang (err... apa tu?) seperti blog. Ye blog ! Menjadi mainstream setelah PRU !

Ttp sebenarnya gua masih lagi membeli akhbar. Namun , gua agak bersifa t selektif. Daripada survey rambang, gua rasa akhbar Sinar Harian lebih ke hadapan walau pun masih baru bertatih. Gua lihat peratusan jumlah berita daripada pihak kerajaan dan pembangkang se akan2 seimbang berbanding dengan akhbar2 lain. Ini sesuatu yang positif. Bukan memihak ke arah mana2 ttp gua lihat ideologi ketaksuban perlahan2 di tinggalkan. Berikan sinar kepada keseimbangan. Sebagai mana alam sekitar perlukan keseimbangan.

Fakta Menarik :
Gua suka membaca akhbar sambil berkain pelekat dan bersinglet agar tampak lebih old skol.

13 Mei 2008



Karate

Melihat kepada 'penderitaan' Hamidah terpaksa memperagakan rambut selama 3 tahun akibat "undang2 hilang akal" RTM menyebabkan gua telah beberapa kali mengkarate meja dan sinki. Gua rasa Malaysia telah lama merdeka ttp rupanya tidak. Apa kejadahnyer begitu payah hendak di laksanakan kelonggaran sedemikian rupa ? Tudung bukan lagi rare sekarang ini. Mungkin setiap orang , lain persepsi dia orang pabila di tanyakan apa peranan tudung ?

Fesyen ?
Wardina wannabe?
Tampak Islamik ?
Tampak feminin ?
Lillahi Ta'ala ?

Jika di sorot sejarah , gua rasa wanita pertama di RTM memakai tudung adalah Hajjah Wan Chik. Ttp dengar khabar, setelah ia menyatakan hasrat memakai tudung, keistimewaan
beliau di tarik balik malah slot prime time beliau turut di rentap.

Salute kepada admin baru RTM kerana kelulusan ini dan ini sepatutnya telah lama di laksanakan sepertimana TV3 dan TV9 yang gua rasa lead dalam hal2 ini.

Err....kat RTM ada keje kosong tak ?
Ngeh! Ngeh!

12 Mei 2008


Misi Ultimate 2007 : The Series (will be back !!)

Setelah menghadapi trauma kehilangan gambar2 semasa trip ke Mekah tahun lepas, prestasi ngeblog gua makin merudum seumpama saham TM. Dari hari ke hari, gua cuba melakukan sebarang kerja dan menyibukkan diri dengan hal2 duniawi demi melupakan malapetaka atas kealpaan sendiri.

Kendatipun begitu, segala apa di dunia ini tidak berlaku tanpa izin-Nya walaupun urusan sekecil daun gugur dari dahan. Justeru , gua panjatkan doa agar di kembalikan semula gambar2 itu.

Hari berganti minggu.
Minggu berganti bulan.

"Eh !" , mentol bernyala.
"Ehhhh !!", gua petik jari.

"Along itu hari balik kg, ada copy gambar kan?"
"Ah huh ? ngape", suara anak saudara di Kuantan memberi harapan.

"Ada simpan lagi tak gambar tuh ?" , hati gua berdebar.
"Ada lagi. Ngape nyer ?".

Gua melompat langit mencapai bintang.


The Legend of Seattle

1995

"Pak Teh suruh isi borang ke Jordan nuhhh...", riuh mak di dapur.
Gua bersidai di serambi memerharti angin petang.

"Elok aa sambung ke Jordah."

Muncung gua makin memanjang. Rasa rebel makin menebal.
Seluar jean koyak di lutut serta baju petak2 bundle.
Yeay ! Pakej anak muda berjiwa grunge.

Alunan muzik Seattle kedengaran di dalam bilik memecah kesunyian.

"Dah sekolah Arab , elok lah sambung ke sana.", hujah makin bertali.

"Tapi...mak ..", gua cuba counter.
"Saya nak belajar kat Seattle. Kat Amerika sana".

"Jangan ko sebut2 Amerika tuh..", makin mendidih mak gua di dapur. Ntah kenapa mak gua terlalu allergic dengan Amerika.

Tbamm....!! Daun pintu ditutup dengan speed 5.


2008, Astro Prima, 9 pagi , Si Tanggang (Dato' Jins Shamsudin, Normadiah)

"Ya Allah! Jika betul itu adalah anak aku. Ko tunjukkan lah kuasa mu"
Sekonyong2 ribut melanda kapal si Tanggang. Anak2 kapal menjadi tidak ketaruan. Hilang punca.

"Mak!! Ampunkan lah Tanggang makkk"
"Makkkk! "
"Makkkk! "
"Makkkk! "

Gulp !
Gua mencapai henpon.

"Hello! Mak ! err.....mak apa kabor ?"
"Huh! ngape call ? mak sihat nih...aok sihat ?"
"Err...sihat mak.", suara gua tersekat di tekak. Mata makin bergenang.

09 Mei 2008



Gua bukan Along

Menurut khabar2 angin, gua dapat tahu budak2 opis sedang bergembira dengan habuan duit. Dengar cerita ada yang lepas makan , lap mulut dengan not rm50, sapu habuk pada kasut dengan not rm10 dan yang paling horror sampai tahap membuli dengan membeli coklat Hack dengan not rm100.

Atas faktor2 tidak mahu mereka terus menerus melakukan perkara2 luar tabiee, maka gua dengan rasa iri hati mengambil langkah menge'pow' OKB2 di opis. Insan2 kelaparan dan ketakutan di Palestin err.... gua rasa kita patut kasi itu supply ongkos ke sana.

Gua tahu, utk melawan rejim Zionis mmg memerlukan insan2 yang berjiwa solid. Ala2 Mat Kilau, Dato' Bahaman, Tok Janggut dan sewaktu dengannya. Kalau tahap kita , gua rasa sampai di KLIA , raungan kita dapat di dengari hingga ke Dengkil. Hek elehh... !

Maka , duit lu yang telah gua pow tempoh hari telah selamat gua sampaikan kepada wakil Aman Palestin, Saudara Sabri Saad. Moga2 duit2 lu dapat di manfaatkan utk kerja2 kebajikan di sana. Dan err...kalau nxt time, gua dengar ada lagi khbar2 angin gaji atau bonus atau increment sudah masuk, gua tidak teragak2 akan menge'pow' lu lagi ...

Hahhaa.......

08 Mei 2008



Sabotaj 3 : Sa-buah buku Indie

Mengadap buku2 yang dipenuhi nombor2 dan figura2 aneh memang memenatkan retina dan medula oblongata. Terutama bagi mereka yang agak kurang into dengan scene membaca buku kerana di anggap kurang cool berbanding berbincang hal2 pelajar AF.

Kini, muncul satu trend di kalangan para bloggers utk mengompilkan setiap2 titipan klasik mereka dalam bentuk salinan keras. Gua kira ini satu usaha yang cool kerana bukan senang utk melakukan perkara ini jika tidak berhati kering dan sedikit err....ongkos.

Sabotaj , dulunya merupakan sebuah zine ttp sekarang bergerak selangkah berubah menjadi buku yang solid sekali penampilan. Begitu bergaya jika di baca di mana sahaja di samping intipati-nya yang mengiurkan.

Terdapat pelbagai latar belakang blogger yang menyumbangkan karya klasik di dalam Sabotaj. Antara yang telah gua berjumpa empat mata adalah Mat Jan dan PP. Bagi gua, ini sesuatu yg positif bagi menambahkan lagi bahan komiditi Malaysia.

2 Ibu Jari Atas Bagi Mereka !!

07 Mei 2008



Eksotika Malaya.

"eh! jap jap ..." gua minta restu.
"Pe hal ? ", jawab B, si pemandu Kelisa hebat.

"gua nak snap itu group aaa.....", sambil perkemas kuda2 mengeluarkan senjata cahaya sakti.
"err...bila gua tembak, agak2 dia tumbuk tak gua secara berjemaah ?", minta kepastian sebelum memetik pemicu.

"err....tak aah ", B makin rimas kerana panas mentari.
"Derang lagi suka laa kalau lu tembak"

"Ooo ye ke ?", mata gua redup tanda kepuasan.

Ternyata mat2 belia lengkap beruniform rock circa 80-an tampak bermuka madu pabila lampu tembakan terkena.


"Melayu oh! Melayu....lu memang dilema ", hati kecil berdetik.

"Jom2 blah...sebelum derang posing lagi daring depan gua...."
Central Market makin di penuhi "Melayu2 dilema" berjiwa Hadhari.

"Eh ! gua pun rocker gak ...hehehe".

Mengata dulang.

05 Mei 2008

Tembakan Pertama

Kesian Asma'. Kesian AY.
Mempunyai ayah yang gila.

Senjata sudah siap. Pakaian kalis kutuk sudah siap.
Yes, sarjan. Kami bersedia.

Drup! Drap!
Drup! Drap!
Drup! Drap!

Sasaran. Central Market. Dengar khabar di sana ada ramai yang mahukan tembakan. Gua senyum sinis. Langkah di atur. Gigi di ketap rapat.


Drup! Drap!
Drup! Drap!
Drup! Drap!

Freeze ! Kelihatan sang ayah sedang menggila. Tertonggeng mencari arah. Tembakan kedengaran. Cahaya sabung menyabung. Gila. Gua senyum puas. Ini yang gua mahukan.

Hahhahaa.....

Kesian Asma'. Kesian AY.
Mempunyai ayah yang gila.

Hasil tembakan.