28 Februari 2008

AY : Masih Belum Terlambat

"Ayah ! nak kencing....."

Kali pertama gua dengar AY berkata demikian, suka benar rasa di hati. Sudah sekian lama gua kepingin melihat AY berdikari dan tidak lagi memeriahkan ruang tamu dengan aroma kehancingan.

Melebar senyum gua membimbing tangan kudus AY ke tandas. Berdingkit2 AY menahan kencing.


"Duduk....jangan kencing berdiri. Kang basuh dengan tangan kiri tahu!"
"Tangan kiri tahu tak belah mana ?", gua menduga

AY menunjuk jawapan.

"Tu kanan ! " gua dah hangin.
Leret senyuman tanda salahnya jawapan. Dari jauh Asma' melihat gelagat abangnya yang tak ketaruan. Kalut tak menentu. Aktif tak bertempat. Sekali sekala, kedengaran suara gelak kecil Asma' apabila gua mengangah dari jauh.

"Yassin....! Cuba agah* adik....", arah gua

"AAAAAGAHHHHHHHHHHH", kata AY. Asma' ketawa. Gua garu kepala.

"Apa daa...."

Agah = perbuatan sarkas yang dilakukan kepada bayi bagi membuatkan bayi tersebut ketawa.

27 Februari 2008

Media Oh! Media

Gua layan tv, gua layan surat khabar, gua layan radio.
Gua rasa macam dok dalam zoo. Melihat telatah binatang yang rakus. Ibarat sang singa ingin melapah sang rusa yang kerdil dan kudus.

Gua kuat , lu lemah. Ikut suka gua nak buat apa. Lu dok diam2. Telan sahaja apa yang gua muntahkan. Jangan nak memandai2 buat pendapat sendiri. Lu orang semua bodoh, lu perlukan tongkat utk berjalan, lu masih budak2 , masih hingusan , tidak pandai buat keputusan. Belum mumayyiz.

Maka , mengaumlah sang singa berkali2. Menyuruh yang lain agar diam.

Hahahha......demokrasi rimba.

Marilah kita sama2 duduk dalam keadaan ini. Menikmati kenaikan harga minyak. Menikmati harga susu, teh, roti canai yang melangit. Jangan bimbang tuan2. Harga kita antara yang terendah di rantau Asia. Mari sama2 kita raikan kenaikan harga ini. Yamsing Yamsing !!

Shut your mouth, Close your eyes, Empty your brain. Hahahhahaha........

26 Februari 2008

"Saya tulis surat ni bawa ke SJMC ye...." "Baik"
"Penyakit ni agak2 kene warded tak ?"
"Saya tak pasti", ujar Dr X (bukan nama sebenar).

Pagi, Isnin 25/1/08
Hari yang baik utk menjadi sihat. UY menemani. Tegar sungguh membonceng bersama. Sepanjang perjalanan dengan Honda Wave 125, kami bergurau senda demi menghilangkan sebuah kesedihan. Kami belum puas mengenali. Percintaan kami baru bermula. Di masa pertunangan, kami hanya bertemu di talian tetap TM. Berbekalkan wang 50 sen, kami berseloka. UY mengakui gua memang tidak pandai berkata2. Gua hanya bisa menjadi extrovert bila hanya di medan penulisan. Di khalayak, gua menjadi bisu dan blank.

Perkarangan SJMC. Agak cantik. Pasti mahal jika berubat di sini. Jika di lihat deretan kereta di situ, jarang bertemu kereta tempatan. Alangkah cantiknya, jika sektor perubatan ini menjadi sektor kebajikan bukan ladang mengaut keuntungan. Gua tak pasti adakah ia possible di lakukan ttp sebgai rakyat marhaen, gua ingin melihat hospital menjadi pusat kebajikan yang dipenuhi dengan doktor2 bertauliah bergaji besar serta nurse2 yang cun, hehhhehh.... erkk...seperti juga pendidikan. Gua rasa ada banyak lagi sektor yg bisa membibitkan kerawang keuntungan.

"Hi, saya doktor Ravi" "Saya Rizal"
Pertemua gua dengan doktor Ravi (DR) membibitkan peluang gua menjadi rakyat Malaysia yang sihat dan tegar. Cara gua di rawat lebih menjurus kepada mencari symptom penyakit gua. Gua bercerita dari A-Z. Puas DR mendesak gua. Dia ingin kepastian adakah gua pernah demam. Gua rasa tak penah demam since balik Mekah.

"Errrkk....wait the second, doc, I have once at Mecca"

Eureka!

"U ni kene reactive arthritis"
"Virus yg kene masa u demam tu tak dapat di detect oleh anti biotik, so then, antibiotik tu attack all your joints. Tak pe , nnt kita kasi ubat , then kita amek your sample blood test and urine for further investigation", panjang lebar DR memberi penjelasan.

Gua termanggu. Macam ni punya virus pun ada ke ?
Alhamdulillah and Tq doc ! kita jumpa lagi after one week.

Dan hari ni buat pertama kalinya , gua leh bangun tanpa perlu bantuan UY. Yeay !

22 Februari 2008

Si bakal pengantin baru, Affiza mencadangkan gua mencuba satu ubat dari farmasi bernama "Cartilamine". Pengalamannya berada di rantau orang mendedahkan beliau dengan pelbagai ubat-ubatan. Cuaca yang pelbagai di sana memungkinkan penduduk luar negara lebih peka dengan penyakit berbanding dengan kita yang leka dengan roti canai dan teh tarik saban pagi.

Walaupun gua masih belum mendapat result hasil ujian darah, namun gua beranikan diri mencuba. Walaubagaimanapun, hatil kecil gua tetap berdetik, takut kedapatan kesan sampingan yang memudaratkan jasad.

Sejurus tamat sessi kerja, gua bergegas a.k.a berlari-lari anak ke farmasi di KD, semata-mata mahukan penawar. Adat manusia yang berpenyakit, di mana sahaja ada penawar, ibarat gula dan semut. Di kala kita sihat, solat berjemaah kita pandang enteng dan tidak ambil pusing. Padahal aktiviti itu amatlah berguna utk kesatuan kita. Semakin gaji meninggi, semakin tidak memerlukan masyarakat. Semakin tidak pedulikan jiran sebelah, kiri dan kanan. Huhuh......

Cartilamine. Lama gua peratikan label pada kotak ubat. Nampaknya macam campuran herba. Justeru, jika gua cuba pun, rasanya tidak memberikan kesan samping. Harap-haraplah....

TQ si bakal pengantin baru.

21 Februari 2008

Kuasa

Poster. Sesuatu yang statik ttp berkuasa. Daripada tidak membeli menjadi tertarik utk membeli malah lebih teruk terus menjadi pembeli tegar. Gadis yang dicinta. Sebagai tanda sayang, 40 ribu melayang. Hanya kerana sekeping poster gergasi. Hanya mahukan si dara berkata "ya" kepada lamaran. Duit begitu senang melayang.

Itulah kuasa poster.

Gua semakin tertarik dengan kuasa ini. Berbekalkan sedikit knowledge bermain Photoshop, perlahan2 gua lakarkan teks. Sesudah itu, gua tenung setiap baris ayat. Adakah ayat sebegitu bisa mempengaruhi orang ramai ? atau sekadar menjadi bahan ketawa khalayak ?

Gua cuba lakarkan lagi. Nampak seperti puas hati. Tetapi perlu meminta endorsement dari ahli persatuan pengeteh tegar. Biar sama2 menyumbang khidmat.

Bukan, bukan. Bukan poster pangkah itu , pangkah ini. Undi aku , sms aku.

Gua tidak pandai berkata2. Kata2 gua hanya akan menjadi bahan ketawa dan gurau senda. Tetapi...poster ini bakal mengegar penduduk Malaysia.

Nun di sana. Gaza makin tertekan. Gua harap poster ini bisa membuka mata. Di samping kita sibuk mengempen di sana sini, harap singgah sebentar dan tatap poster ini. Moga minda pause sebentar. Memikirkan mereka yang kesempitan dan tertekan. Akibat perbuatan rejim durjana dan juga alpa umat Islam sedunia.

20 Februari 2008

Worst Case Scenario : Rheumatoid Arthritis

Sms dari bro Salman mengenai Rheumatoid Arthritis (RA) betul2 mengejutkan wa malam itu. Agak lama wa terdiam kaku membayangkan yang buruk2 di waktu kedepan.

Pertanyaan UY kekadang gua tidak pedulikan dek kerana terlalu memikirkan yang bukan2.

"Lek aa bro, sakit lain kot, ", gua bermonolog sendirian.

Pagi ini, laman Wiki menjadi bahan bacaan gua yang pertama. Setiap ayat2 di dalamnya gua teliti. Hanya perkataan "cure" yang gua cari.

Namun, ternyata hampa. Ia tidak mempunyai cure yang spesifik. Gua kaget.

Mungkinkah selepas ini , gua hanya dapat memerhati sahaja rakan2 bermain badminton di petang Selasa yang hening ? Hanya Allah sahaja mengetahui.

Mana doktor ni tak call2 lagi gua ? Hari mendatang ternyata agak suspen. Adrenaline-rush.

19 Februari 2008

Darah ! Aku Mahu Darah !

"Pergi la klinik bang!. Teruk sangat dah tuh."

Saban pagi , Ummu Yassin (UY) terpaksa memapah gua utk ke bilik air. Sejak akhir2 ini, gua tidak mampu lagi ke bilik air utk berwuduk. Terpaksa di bawakan air ke bilik.

Seperti biasa, setiap perpindahan rukun menuntut wa menahan sakit tidak terperi. Terutama sekali, rukun tahiyat yang memerlukan sendi bekerja agak kuat. Ketap gigi , terus bacaan. Saat setelah memberi salam, wa akan menjerit setelah penat menahan selama 3-5 minit bersolat.

(Nota : Kesakitan ini menyebabkan gua lebih suka melakukan sujud dengan agak lama)

"Saya terpaksa ambil darah untuk tentukan penyakit awak. Ubat penahan sakit nampaknya tidak memberi kesan", ujar Doktor Zaid (bukan nama sebenar). Klinik 24 jam di KD ini merupakan tempat regular bagi wa sekeluarga mendapatkan rawatan. Gua hanya mengangguk persis itik nila tidak ketahuan punca.

"Kami akan call Encik Rizal selepas mendapat keputusan ujian darah ini".

"Kita berubat kampung nak ? ", mak memberikan cadangan selepas makan malam.
"Ntah aaa mak, tengok dulu aa ujian darah tu cam ner.." , jawab wa bermalas-malasan.

Gua seperti biasa mengalihkan topik utk menceriakan suasana. Kedatangan mak gua ke sini sepatutnya tidak perlu bersedih-sedihan. Hehhehe....

"Macam mana la agaknya keputusan darah tu nanti ?", tanya wa dalam hati.

Gulp !!

18 Februari 2008

Sentimental At Masjidil Haram.


Tahniah Ummu Yassin !

Tanggal Sabtu lepas, setelah berpenat lelah mentelaah buku , akhirnya isteri tercinta berjaya lulus pada peringkat pertama.

Gua di rumah melayan AY dengan hati berdebar. Jika lulus bermakna wang saku wa akan terbang dengan kuantiti yang agak banyak. Masakan tidak, wa gatal2 berjanji manis utk berbelanja makan tengah hari di salah sebuah restoran ternama di Kota Damansara, jika Ummu Yassin (UY) lulus.

Ternyata wa under estimate.

"Abang kene belanja hari ni .. yeay yeah ", dialaog pertama UY sebaik daun pintu di buka.
"Ye la ye laa..tahniah la yek ..."

Maka, tengahari itu, kami sekeluarga pergi "lunch versi premium". AY macam biasa. Menjadi tarikan pengunjung restoran dengan telatahnya yang hyperaktif. Asma' hanya diam memerhati gelagat si abang. UY tidak habis2 bercerita tentang pengalaman sewaktu ujian. Setiap angle di cerita . Berbeza dengan lelaki. Bercerita dari sudut makro.

Tahniah UY !

15 Februari 2008

Buku Kami

Wa dan rakan sepasukan kembali memanaskan suku tahun pertama ini dengan meneruskan projek terbengkalai 2007 dengan harapan menggunung.

Kopi sudah sedozen di telan. Borak sudah sebakul. Punggung sudah keras kematu mengeteh dalam acara mingguan. Kami begitu teruja.

Begin With The End in Mind. Tak salah wa, tu antara initipati rukun 7th Habit. Ntah , wa pun tak baca habis lagi buku si Covey tuh. Tapi rasa2nya content dia , setkan apa expected result kita dalam perancangan awal kita. Gitu aa lebey kurang .....

Dengan semangat serkap jarang, kami meneruskan perjuangan ini. Buku Dr Mohsin wajib di jadikan Bahasa Melayu. Jika wa berkesempatan ke Beirut sana, wa akan jumpa dia dan serahkan buku terjemahan ini. Itu masih lagi angan2 mat jenin.

Di samping itu, wa juga sedang meriki2 cara2 pembuatan sebuah buku. Sedikit masa lagi , wa akan update perkembangan projek ini dari semasa ke semasa.

Let's translate !

14 Februari 2008

@ Mecca

Semasa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah, wa sudah berangan tentunya scene bilik di sana lebih happening. Keadaan bilik yang begitu mewah di Madinah lengkap dengan shower dan tab mandi. Bisa pula select utk air panas dan sejuk cukup membuatkan wa seperti berada dalam satu percutian bulan madu.

Stesen tv di Madinah turut menghidangkan rancangan2 import dari USA. Mindset wa hingatkan rancangan terhad kepada bacaan al-Quran dan nasyid 24 jam ttp sangkaan wa meleset. You name it ! Seme ada. Nak lagho pun ada, nak ada pahala pun ada.

Tiba di perkarangan Mubarak Plaza ngam2 waktu Subuh. Melangkah longlai keluar dari bas kerusi statik. Bawa beg lagi !! Antara perkara paling kurang wa senangi. Heheheh...

Kepala wa sudah bayangkan katil yang enak, shower yang bertaraf 5 bintang lengkap dengan pakej sarapan dan makan malam dihantar terus ke bilik.

Daun pintu di buka, Errk......Bilik 2 orang di compress menjadi 8 orang ? Betul ke ni ? Ripley Believe or Not ?

Hantam saja la labu ! Wa dah lalok ni....Sat lagi nak habiskan rukun umrah. Jangan nak memandai2 korek hidung , sat lagi ... cabut bulu ...sendiri mau hingat .... ngeh ngeh !!

13 Februari 2008

Gunx Di timpa Penyakit Misteri ?

Entry wa kali ini sudah macam akhbar Metro. Nak kasi catchy. Nak kasi orang beli dan baca dan buat tempat tempat isi kuku atau jagu bila tiba waktu kerat waktu sunat (i.e Hari Jumaat).

Ye , sudah minggu ke-2 , wa berjalan terhegeh2, mengesot, sembahyang duduk, merangkak, mengetap gigi menahan sakit.

Pabila di tanya kengkawan, pelbagai teori timbul. Ada yang mengatakan tahap kemandoman gua agak ketara berbanding wa semasa di Tanah Suci. Jadi otot2 wa seakan2 'merusuh' kerana tuan punya badan hanya pandai makan dan tidur. Tidak lagi berjalan kaki berpuluh2 km sehari.

Di Malaysia, negara mewah. Wa ada motor, apa guna ? Rempit sahaja. Tidak perlu gusar menggunakan tulang empat kerat dan berpeluh hanya kerana perut lapar. Di tambah lagi penghawa dingin sana dan sini. Tubuh wa makin longlai dek kerana kemewahan ini.

Minggu ke-3. Wa sudah tekad. Perlu merujuk pada doktor pakar. Dengar apa katanya. Lebih spesifik dan tidak perlu mengeluarkan fatwa itu ini. Insyallah, wa bisa sembuh dan aktif seperti biasa. Wa rindukan kaki wa yang cergas dan badan wa yang begitu responsif.

Tetapi .... buat masa sekarang, kesabaran adalah perlu.

Oh ya ! Selamat mengundi seme !
Parlimen dah bubar , hari2 makan pengat, sendiri mahu hingat.

12 Februari 2008

Pkini Agen US ?


Sedang wa asyik tunggu dalam kereta , satu pesanan ringkas berbunyi. Datang dari proxy wa dari Puchong. Salah seorang agen Pkini yang bergiat aktif menjual merchandise Pkini ke sana sini.

"Wa dah tampal poster. Jemaah surau komplen, Tshirt Pkini , font dia ada pengaruh USA."

Wa tak tahu nak komen apa. Itu hak customer utk berkata apa sahaja. Perspektif berbagai2. Latar belakang tidak sama. Pendidikan tidak sama walaupun rambut hitam (err...ada jugak beruban malah ada yang tidak subur untuk tumbuh di tengah dah keseluruhan kepala.)

Mengikut testimoni dari Kumprinx dan juga MohdIsmail.com, setakat ini feedback agak memberangsangkan. Komen yang membuatkan wa ingin terus berkarya atau lebih tepat lagi memplagiat design2 yang letup bagi suku tahun pertama 2008. Namun, sms terbaru ini membuatkan wa sedikit hangin.....

Tidak wa nafikan , design tersebut di cilok dari pasukan besbol yang teramat popular di Amerika ttp tidak pula dengan meniru font, kita pukalkan Tshirt ini ada pengaruh US ? Adakah tepat hipotesis wa ini ?

Namun, wa serahkan kepada lu seme utk nilaikan .... err.....Lagi satu ... kalau lu orang ada minat dengan tshirt penuh kontreversi ini , sukacita di maklumkan stok masih lagi berbaki 12 helai.

Anda berani membelinya ?

Sms kepada Salman via 013 3972235 untuk maklumat lanjut.
Harga : rm 20 hinggit sahaja , utk by hand dan rm25 utk pos

mari mari mari ......

11 Februari 2008

Misteri Sendi-ku

Sejak seminggu yang lepas, kesihatan wa agak terganggu. Pergerakan wa menjadi semakin terhad. Aktiviti kebiasaan wa pun gua limitkan semaksima mungkin kerana misteri yang mendatang ini.

Sudah 2-3 kali ke klinik, doktor masih selamba memberikan wa ubat woren yang hanya sekadar 'menipu' wa agar menjadi sihat. Tetapi ia hanya sementara.

Keesokkan harinya, gua kembali meraung. Solat pun kekadang gua gagal berdiri sempurna. Duduk dan menahan sakit ketika rukun rukuk dan sujud. Antara part yang gua akan mengetap gigi sekuat2 mungkin agar tidak kedengaran teriakan yang bisa akan memberikan markah zero kepada solat wa.

dan ... sehingga ke hari ini, wa masih lagi mencari2 punca penyakit wa ini. Jika lu ada info, kasi wa hint . Dan wa depositkan ucapan tengkiuverymuch.

Aduh.....sakitnyaaaaaaaa !!!!

06 Februari 2008

Teman sebilik

mendapat roomate (RM) yang unggul dalam erti kata senang bertolak ansur, tidak selfish dan tidak kemut dalam sebarang hal menjadi impian setiap jemaah haji.

Gua agak senang hati ketika di Madinah kerana boleh di katakan 88% sifat2 RM wa tergolong dalam kategori di atas. Boleh la wa tiru sifat2 mereka kerana kedangkalan ilmu wa yang masih lagi hijau dalam menempuh kehidupan di rantau orang.

Cikgu Azhari , walaupun agak berusia , namun sifatnya yang begitu tolerance dengan orang muda yang kekadang bersifat gila2 agak mencuit hati wa utk lebih mendekati bekas guru ini. Sifatnya yang mudah tersenyum dan mudah menolong orang dengan tidak mengira latar belakang walaupun wa tahu dia agak berada , membuatkan wa saban hari ingin mendekati dan mengorek pengalaman beliau setelah berpuluh tahun bergelumang dengan anak2 muda. Profesion sebagai guru, penolong kanan serta guru besar membuatkan beliau agak 'masak' dengan rentak orang muda.

Satu hari setelah selesai makan malam. Gua usik beliau dengan soklan cepu emas.

"Cikgu tanak masuk politik ke ? Kalau bertanding , confirm menang ni !!", usik wa.
"Kawan tanok aa masuk politik, dah tua , dah tak larat.", sambil senyum lebar penuh makna dengan loghat pekat Temerloh.

Terima kasih cikgu kerana berkongsi pengalaman berharga itu.

04 Februari 2008


True Color

Sabar ! Sabar ! Perkataan ni akan kita jumpa bila di tanyai kepada sesiapa yang telah sampai ke Tanah Suci. Keadaan yang begitu limited di sana memerlukan kesabaran tahap ke-8.

Teori dan praktikal. Dunia yang lain. Di dalam dewan mendengar ceramah, semangat berkobar2 utk menjadi penyabar, hormat orang tua dan tidak menyakiti orang lain.

Pabila kaki melangkah ke alam sebenar. Kita bakal dihidangkan dengan scene2 yang menyebabkan meter RPM marah kita kekadang sampai ke tahap maksimum.

Ambil scene mudah. beratur di lif yang sedikit bersamaan dengan kuantiti manusia2 yang keletihan. Gua selalu akan ketepi dan memerhati gelagat manusia. Ada yang cool, bengang, tension, marah , marah , marah , marah ....

Sudahlah berjalan kaki ke masjid, nak ambil pack makanan kene juga Q, nak naik lif ? pun beratur lagi ? belum di kira lagi scene di Mekah (nanti menyusul dalam entry akan datang!)

Hehhehe.....sabo je le .....

01 Februari 2008

Buka Baju Yang Mengejutkan Dunia.

Tanggal 26/1/2008, Sabtu, dalam satu perlawanan Liga Afrika, Abu Treka telah melakukan kejutan peringakat antarabangsa. Setelah melakukan rembatan kencang di gawang lawan, beliau telah berlari kencang ke tepi padang demi meraikan kemenangan berharga.

Dengan tidak di sangka2, beliau menyelak jersi pasukannya dan menampakan satu helai lagi baju T di dalam. Terpampang "Sympathic With Gaza". Isu Gaza yang kurang terpamir di dada media perdana dan jika adanya , agak bersikap bias . Namun, player ini bersikap pro-aktif melukis teks2 bermakna buat tatapan dunia.

Gua sangat into dengan tindakan nekad brader Abut Treka ini. Tegar sekali. Jutaan peminat2 bola mungkin terkasima ataupun terkejut dengan mesej Abu Trekad. Gaza, sebuah negeri yang terpelusuk dari simpati dunia dan umat Islam sendiri. Abu Trekad, lu memang best !!

Gua rasa, penyanyi kat Malaysia mungkin boleh meniru langkah brader ni. Daripada dok tanggal baju tak tentu arah, tunjuk perut dan bulu dada, better letak mesej yang bermakna utk tatapan dunia.

Yeaay !!!