31 Julai 2007


Kumprinx with Pkini Eksklusive Tshirt !!

notis akan janggut itu ?
itulah trademark bro Kumprinx yang menjadi igauan pemudi2 Kuala Lipis. Hik Hik !!

wa memang ondewe balik ke Ibusawat di Tempoyang. teringat akan pesanan beliau yang gua rasa agak signifikan dalam usaha wa utk menembusi pasaran domestik. Kendatipun melalui perjalanan yang jauh dan memenatkan, wa pergi jua menjaja baju di depan pasaraya Centerpoint yang menjadi mercu tanda Lipis selain patung ikan yang penuh lumut di tengah roundabout itu.

Telahan wa ternyata tepat, dengan ketinggian trafik yang melalui laman web beliau (baca: Kumprinx), sehingga kini pesanan terhadap baju makin meningkat dan skyrocketing.

Di samping itu, gua semakin into dengan peraduan Petronas yang menjanjikan hadiah2 duniawi yang begitu mengujakan. Mana tahu .... gua dapat memandu pulang sebuah Perdana V6 nanti. lu orang juga dapat merasa naik....huhuhuh......

23 Julai 2007



Cinta is Love

Sememangnya waktu adalah satu hamba Allah yang power. Sesuatu yang tidak nampak tapi ....

Orang kuat bisa di lemahkan. Orang muda bisa dituakan.Nak tak nak , kena juga berlawan dengan waktu. Dan selalunya kita akan kalah. Bukti ?

Hitler dah kalah.
Botak Chin dah kalah.
Kalimuthu dah kalah.
Rajanikhan belum lagi.... dan banyak lagi senarai mangsa2 waktu.

Aku meraba2 mencari pampers. Terperasan. Pampers sudah tersusun dua. Dahulu baru satu. Itu bermakna , anak sudah dua. dua bukan bermakna seronok. Tetapi makin berat bahu ini di letakkan bebanan. Usia makin lanjut sebegini, anak baru pandai merenget di waktu malam gulita meminta susu dan di basuhi tempelan tahi.

Bila difikirkan, betul sangatlah sunnah kahwin seawal 25 tahun.
Aku ? 25 tahun ? erhmmm.......

20 Julai 2007

Kancil Replacement Model

Menjadi kebiasaan setelah menonton cerita, akalku cuba refresh jalan cerita. Italian Job mengenengahkan kecanggihan teknologi dan kepintaran akal melakar jalan mencuri emas jutaan nilai harganya.

Filem2 Barat selalunya di dalam filem di samping cuba memasukkan idealogi2 mereka, tidak ketinggalan adalah koprat2 yang ingin juga mengunakan filem sebagai medium bagi menunjukkan betapa bagusnnya mereka.

Ya! itulah Mini Cooper , antara binatang yang dipamerkan. Kecil molek dan tangkas. Aku terbayangkan diriku di bawa menyusur laju di lebuh raya LDP. arghhh....terasa begitu enak di belai sang bayu..

Balik kepada realiti, kancil masih tersegam lagi di depan rumah. Masih setia membawa kami sekeluarga ke sana sini walaupun err....tidak begitu spacious. Namun kesetiaanmu adalah priceless.

Tidak apa, biarlah kami rakyat Malaysia pertengahan ini mengikat perut sedikit, demi menambahkan wang di kantung kerajaan supaya bisa membeli first hand helikopter. Duit boleh cari brader, itu nyawa mana mau cari ? Lu olang tarak fikir ka , itu janda sama anak2 mana mahu gantung ? Lu tarak kena tak pe aaa....satu hari kene itu lu punya hidung ... sendiri mahu hingat aa brader !!!

status : Emo

18 Julai 2007

Berita Gumbira ! Tshirt Palestinkini is here !!



Harga : rm25
Available Colour : Black with white font & Gray with black font

Model : Irwansyah pecinta Honda

16 Julai 2007

My Dear Asma' , Where's Your Hair ?

Rudum

Kalau disuruh memilih nombor, tentu nombor paling popular di Malaysia sekarang adalah 5. Masakan tidak, dengan semangat Malaysia boleh, kita mampu melakukannya. Setiap bibir2 yang menghirup teh di pagi dan petang tentu sekali akan meletakkan topik ini di front page.

Aku yang kaki bangku ini mudah mendapat kawan dan taulan pabila singgah mengeteh. Lontarkan topik ini, aku berani jamin, korang akan mendapat kawan. Kaki bangku paling handal pun bisa melakukan komentar terhadap anak didik Cikgu Jan.

Kini, satu2 nya jalan paling realistik untuk Malaysia pergi ke peringkat antarabangsa adalah menjadi tuan rumah atau paling mesra-kos adalah membuat filem2 tentang bola bersulamkan cinta 3 segi arahan Prof Razak. Ini sedikit sebanyak dapat memeriahkan lambakan filem Melayu Cinta di Malaysia di samping dapat mencungkil bakat2 seni para pemain Malaysia yang rata2 nya sungguh stylo sekali penampilannya.

Aku berharap jika cadangan2 ini direalisasikan , maka terubatlah sedikit 'luka dalaman' para pemain yang sekarang ini terguris akibat serangan media arus perdana dan subversif. Kita patut memberikan peluang kepada stylo2 ini menceburi bidang2 lain selain karier primary mereka.

Sekarang kita patut fikirkan tajuk filem Cinta itu ?

Oh tidak2, gol dan gincu terasa mual sedikit mendengarnya.....

LAUGHING OUT LOUD !!!!!!!!!

13 Julai 2007


Kehidupan Webmaster Terlampau (21sx)

Hampir 3 tahun. Itulah roda pusingan gua berputar. Saban hari sebelum bernafas, perlu difikirkan beberapa item yang berstatus penting, kurang penting dan lek lu !!

gua pecahkan diri menjadi 3. Webmaster Palestinkini, Blogger dan errr.. buruh kasar binari. Pagi2 buta semasa tangan sedap memerah throttle , di pundakku terletak beberapa beban yang perlu di ringankan satu per satu.

Berita2 dari tanah Palestin perlu di sebarkan ke seantero nusantara. Rakan2 dari segenap pelusuk alam yang bersama2ku tidak jemu2 melakukan kerja2 penterjemahan. Gua terharu. Gua tahu , di poket wa sekarang hanya ngam2 membayar minyak dan makan tengah hari serta sedikit acara tidak rasmi di petang hari (baca : dana utk teh halia di Rahim Bistro). Justeru, gua tidak berupaya langsung membayar penat lelah kalian dengan dollar atau pound sterling. Hanya pautan dan kecintaan kita terhadap masjid Aqsa sahaja mengubat hati.

Blog. Ini acara wajib gua. Hehhhe.... tangan gua akan terketar2 dan tidak stabil jika satu hari berpisah dengan Blogger.com. Gua akan serba sedikit akan menggunakan skill lakonan wa semasa belajar teater utk mengelirukan boss gua yang selalu mundar mandir bertanya status. Acting busy. Hik hik hik ...

Lastly , kerjaya gua sebagai buruh kasar binari. terlalu boring utk di kongsi. Jadi noktah sahaja di sini. Hek eleh ....

12 Julai 2007

Road To Wembley

Darjah 6 ketika itu. Aku sudah bergelar senior. Bangga. Misai hampir2 nak mengeluarkan akar. Hormon kejantanan sedikit2 di rembeskan. Hormon yang menjadikan aku lebih gagah utk err....menyebak bola.

Cikgu Bidin yang satu sekolah tahu kaki bangku tetapi menjadi pengurus pasukan. Berbekalkan tahap kegarangannya yg jitu, kami di asak bertubi saban petang utk menggilap bakat menyebak bola.

Walaupun darjah 6 ttp satu hapah pun dari kelas kami tidak diambil posisi penyerang. Anak Cikgu Hassan yang satu kampung kenal akan kelincahan menggelecek di angkat sebagai penyerang. Jaki tak hingat di dada mengenangkan kami di perlakukan sebegitu rupa.

Perlawanan persahabatan dengan satu sekolah di hujung kampung kian hampir. Kami bertungkus lumus mengemas kini bahagian pertahanan, tengah dan serangan. Segala apa lompang sedaya upaya di tampal agar gerak langkah nanti tidak tempang. Cikgu Bidin tampak berpuas hati dengan kerjasama yang kami hulurkan. Sememangnya sekolah kami kebelakangan ini agak muram di bahagian sukan.

Esok adalah hari perlawanan. Hati berkotak-katik. Jiwa kacau. Buka TV. Hmm...Road To Wembley . Melihat pada kelab2 luar negara beraksi, aku seakan2 di rasuk. Aku mahu mengegarkan jaring. Siap kauuu....!!

Petang itu , keputusan sudah dijangka. 6-0 . Cikgu Bidin dilucutkan jawatan serta-merta. Kesebelasan utama kami berpecah. Ada yang sekolah asrama penuh, ada yang sekolah Arab macam aku, ada yang sekolah menengah dekat hometown. Peristiwa 'hitam' itu tetap terpahat di jiwa kami sampai mati.

11 Julai 2007

Anda tidak perlu fanatik kerana ....?

Sugul. Itu sahaja dapat gua luahkan pada perlawanan Malaysia dengan Cina malam tadi. Bukan ... bukan kerana Malaysia bolos 5 gol kepala apek2 ini ttp tahap kefanatikan penyokong Malaysia yg gua rasa amat2 tidak munasabah.

Pabila wisel penamat dibunyikan, maka beterbanganlah objek berupa botol mineral ke udara di balingkan kepada penyokong2 Cina yang berada di bawah. Gua hanya mampu menggelengkan kepala. Dari satu sudut, imej Hadhari yang sangat2 PM kita garapkan sudah tercalar dan dari perpektif gua sebagai kaki bangku terulung pula ... hmmm....

Sedarkah kita, penyokong akan menjadi fanatik apabila satu team itu tersangat tahap cipan kepaduannya. Contoh paling senang, Mexico, Argentina, Colombia, err.... German. Penyokong mereka sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan maruah pasukan mereka. Kenapa ? Kerana mereka hebat sekali pabila beraksi di padang.

Tetapi , sudah di ketahui, secara realiti, pasukan Malaysia masih bertatih. Pabila mereka bermain, kita sudah tahu akan keputusannya cuma pemboleh ubah terletak kepada berapa yang akan mereka kene. Itu sahaja. Simple!

....
Maka, adegan baling botol kepada penyokong Cina amat2 lah di kesali sekali.

Perlu di ingat, gua masih lagi nasionalis terhadap isu ini cuma kita perlu berpijak pada realiti. Betul tak Cikgu Jan ?

Oh ya ! Gua masih menaruh harapan agar logo Hello Kitty di nobatkan menjadi logo rasmi Pasukan Kebangsaan. Cute sangat !

10 Julai 2007

Mind Your Own Language

Sebagai salah seorang pelajar yang saban hari menatap kitab2 bahasa Arab, pengisian slot bahasa Inggeris-ku seolah2 di anak tirikan. Sudahlah rancangan2 di RTM ketika itu sudah dialihbahasakan. Maka, makin kurang terma2 Inggeris ku dengarin. Mungkin itu salah satu faktor markah paper English-ku agak kurang terbang warnanya (baca : flying colours).

Maka, sebagai pemuda yang perasan berwawasan, ku cuba menjadi opportunist seboleh mungkin bagi mengejar cita2 ku ke Amerika Syarikat.

Sebut sahaja, Amerika Syarikat, ibuku terus melenting tak hingat. Mungkin tidak mahu anak sulungnya hanyut dengan kejutan2 budaya kuning di sana. Kendatipun, mendapat tentangan tahap dewa, ku cuba meng-upgrade tahap English , jika mendapat tawaran nanti , tidaklah lidah kelu menyebut "Hello Dude !!".

Maka, sebagai langkah awal, ku cuba membeli akhbar berbahasa English terutama The Star yang rasanya lebih mudah berbanding NST yang nampak lebih British. Aku lebih suka American English daripada British English yang bagiku nampak skem jek . Jadi saban hari ku tebalkan muka menongkah arus membeli akhbar omputih. Setiap kali ku beli pasti ada pakcik akan memaling muka melihat seorang pelajar bersongkok , berseluar hijau, berkasut Carefree high-cut stok main tekong terhegeh2 mengira syiling bagi memastikan amaun pembelian cukup.

(note : aku jadi gua lak)

Pada peringkat awal, gua rasa agak nyilu membaca terutama ketika ketemuin terma2 baru yang membuatkan gua rasa ketat nak buka kamus. Tetapi memikirkan missi gua nak ke Amerika, gua lawan juga. Helaian demi helaian gua selak. Adakala gua buat2 faham jek .

Selang beberapa bulan , wa cuba ... tahap kenyiluan gua makin minima. Gua dah leh layan sitcom omputih dengan senang hati. Juga paling membanggakan, gua sudah boleh memberi direction kepada 2 orang pelancong sesat di bandar Maran. Walaupun gua tahu direction yang gua bagi bukannya betul , ttp sekurang2nya gua dah boleh meng-happly latih tubi gua selama beberapa bulan yang lepas.

"Not bad !" getus hati gua. Getus hati pun dalam bahasa Inggeris.

Namun, cita2 gua ke Amerika Syarikat tetap gagal , sebaliknya gua tercampak ke Utara. Balun je aaa....Hehhehe....

09 Julai 2007


Prebiu_sessi bosan : Blood Diamond

Kali pertama, aku mendengar prebiu S. di blognya, aku tidak teruja sangat. rasa macam biasa2 aje mendengar olahannya tentang cerita itu.

Kali ini, aku menonton sendiri. hmmm...not bad for Caprio selepas lakonan yang memualkan di Titanic. Kali ini Caprio tampak bergaya dengan gaya bahasa African-nya.

Walaupun hero adalah berkulit putih ttp lakonan mantap Djimon Hounsou tidak harus diketepikan. Isu kekeluargaan yang diketengahkan agak mencuit perasaan. Jiwa sang ayah yang mempunyai tahap kecintaan yang menebal terhadap sang anak harus diberi pujian.

Antara konpirasi penyeludupan berlian berprofil tinggi dan kasih sayang keluarga menjadi umpan cerita ini. Sangat menarik sekali. A must-seen-movie.

Senario perang antara pemberontak yang menggunakan kanak2 sebagai perisai terhadap cita2 busuk mereka begitu menarik digarapkan. Walaubagaimanapun, skrip2 berupa carutan terpampang di sana sini.

4/5 bintang dari gunx.
Tshirt Pkini Siap Di Tempah, Moga Selamat Sampai Ke Tangan Kalian.

Siang hari tidak ketaruan. Isu rekabentuk di depan masih lagi tidak selesai. Oleh kerana aku hanya plagiat sahaja di internet. Imej asal pula tidak besar, maka sesuatu harus dilakukan.

Photoshop tidak banyak membantu. Aku hanya celik Photoshop. Rakan pula menyuruh aku meggodek Ilustrator utk kerja2 men'trace' font ala2 baseball itu.
Hmm.....tak koser aku .....

Ping Kroll. nampak macam tak bz. itu petanda bagus bagi menjayakan misi hari ini. hantar imej utk diubahsuai. 5 minit sudah di balas. Cukup efisyen modal insan sorang ni. aku komen. dia terima.

Balas kali kedua. Kali ini bibirku menguntum senyum. Cukup mantap sekali kerja2 peniruan beliau. spring tabik sekali !!

Malam menjelma. Tokey Tshirt sudah menunggu. Seluk poket. cukup 3 ratus untuk pendahuluan. Kalau tak laku, terjun sungai aku kali ini. Partner aku berani pulak order banyak. Aku takut. errhmmmm....mungkin sebab tu aku tak kaya2 sampai sekarang...hehhehe...takut pada risiko. Padahal kat rumah tu, seme buku tentang cara2 menghadapi risiko aku beli. Tapi takat teori je aa....Dare to Fail kunun......huuh....

Aku sembang lebat. Ceritakan bagaimana design yang patut diprintkan. Telinga masing2 dengar rapat. Aku tidak mahu komunikasi pecah-turun (baca: breakdown). Jika berlaku, bermakna semakin aku di hujung gaung ...

Duit dikira lagi sebelum di serah. Tokey tersenyum, aku merudum. Perut terpaksa diikat untuk bulan ini. Menanti laba yang ntah ada ntah tidak. Harap Maha Esa membuka sedikit pintu rezeki buat hamba yang hina ini. Amin....

06 Julai 2007

92 yang gemilang

fantasi
1992, aku masih bersekolah, tumpang gembira dengan kejayaan misi negara. anak2 melayu mendominasi sukan badminton. Sidek brothers memang legasi bagiku. macam PRamlee dengan seni lakonnya.

Namun, sekarang, sukan ini semacam sudah tiada bintang berkulit sawo matang. bermata sepet sahaja ke gelanggang.


Jadi, aku mengambil keputusan utk menggalas misi negara kendatipun mendapat tentangan rakan taulan. aku mesti gigih berusaha untuk membawa pulang piala rebutan.

Indonesia dan China pasti aku dapat tumbangkan. Kita mesti yakin pada diri sendiri. Jangan fikirkan apa yang orang kata. Mereka jaki sebenarnya.

realiti
Errkk....jadi tak minggu depan kengkawan ?
dah seratus lebey rabak beli menatang raket nih....!! tak kan tak jadi ?????

05 Julai 2007

Leher Bulat.

Mengadap Adobe di malam hari bukanlah rutin harian. Namun mengenangkan deadline makin hampir, di gagahi juga.

Design di depan terdapat problemo. Imej yang aku ciplak dari internet bersaiz kecil. Utk dijadikan blok sebelum proses printing, memerlukan imej yang besar.

Justeru, imej berformat jpeg jika diregangkan, output agak kurang memberangsangkan. Pixel bertaburan. Kelam Kelibut. Maka, usaha2 untuk mencantikkkan imej memerlukan tangan2 halus. Tangan kasarku yang hanya layak ber'gusti' dengan kod2 jahat tidak mampu.

Puas memerah otak, ttp kebuntuan akhirnya.
Tutup Adobe, buka Winamp , Transformer versi lanun.
Hehhehe....

Autobots ! Protect the cube ! Destroy Megatron !

note :
TQ Kroll kerana menghulurkan bantuan kepakaran Ilustrator-mu

03 Julai 2007

Protect vs Destroy

Dunia kembali gusar. Kedatangan robot2 baik dan jahat. 2 kuasa bertembung. Askar Amerika yang 'baik' ditugaskan membenteras terrorisme.

Kereta dan lori bertukar bentuk. Menjadi raksasa robot yang perkasa. Melawan kuasa Megatron yang jahat menggila.

Optimus Prime menggalas tugas. Membasmi kejahatan. Biar diri dilukai namun mengatakan 'Ya' kepada kejahatan, tidak ada dalam kamus diri.

Nun, di sana. Di bumi suci Palestin. Kota Quds tersemi masjid kudus. 'Megatron' sedang kepingin melihat kehancuran al-Quds. Kita perlu transform sekarang !!

Daripada reaktif kepada ..... ?
Daripada penerima kepada ... ?
Daripada jumud kepada ... ?
Daripada liberalis kepada .... ?

Protect Aqsa !
Destroy Zionist Regime !

02 Julai 2007

The Truman Show ... in the making

Anak2 kecil , kain putih. cukup manis bila dipandang.
bakat terpendam. hari2 di bilik air, suara kedengaran.

di sana, punya pertandingan. bintang kecil , tajuk di sandang.
ibu dan bapa makin penasaran. ini tanda laba pelaburan, makin mendatang.

2 juri terpacak di depan. kamera besar dan kecil menyuluh gemilang.
'kain putih' datang menyembah. juara bintang kecil, misi didakap.

pulang sekolah, hati berdebar.
kenapa gerangan ibu ketawa girang.
soalan ditanya , itu dan ini.

kamera disuruk di sebalik jendela
untuk tontonan Melayu di sana.

Anak kecil melompat puas.
Tanda perjuangan sudah terbalas.

Pelajaran biar ke tepi dahulu, berikan jalan kepada bakatku.
Kerna jika aku berjaya, ijazah diploma tidak lagi bermakna.
Wang dan glemer sudah tersedia.
model iklan minyak wangi dan air tenaga.
waahh....tentu kaya...

Itulah dia cerita dongeng negara Pasir Berdengung.
rakyatnya alpa kerana ceritera ntahapapa.
janganlah kita menjadi sepertinya.
kelak kita akan binasa.

Hahhahhaa.......*efek gema macam jin dalam cerita Ahmad Albab*