29 Jun 2007

Format

Tahun 70, aku masih tidak berjasad. Tahun Hadhari, aku punya akal dan mata. Orang kata, zaman 70-an, zaman emas. Zaman negara jiran gerun dengan kelibat team Malaya. Kelibat Mokhtar Dahari bagaikan Optimus Prime. Rembatan yang pasti menggoncang jaring. Jepun dan Korea yang kita sangkakan hebat sekarang, pernah di tapau Malaysia. Tapi sejarah walau macam mana manis sekalipun, tidak ada maknanya. Yang penting, apa yang terjadi hari ini.

Jamaica. Orang hitam dan tinggi. Bob Marley , jika diselak kad pengenalan, penduduk pribumi Jamaica. 55.7% ekspotnya adalah bersumberkan makanan (baca: 4% adalah mengekspot pisang).

Jika di ukur daripada segi pembangunan modal insan, rasanya Malaysia rating teratas berbanding Jamaica. Begitu juga jika diukur dari segi pendidikan dan frasarana.

oh! ya, mlm tadi aku terhibur dengan permainan persahabatan. Begitu apologetic sekali permainan Malaysia. Jadi , aku membuat kesimpulan bahawa logo yang tersemat di dada kiri setiap pemain iaitu lambang seekor harimau yang garang seakan2 tidak relevan lagi. Harimau merupakan binatang predator , membaham bukan dibaham. Bukan apologetic !!

Jadi kita perlu binatang yang bersifat apologetic.

kucing?
hamster ?
tupai ?

...atau sekurang2nya jersi Malaysia berjenama Hello Kitty.
Baru nampak apologetic dan bersyukur apa yang ada.

Maaf !

28 Jun 2007


Jemput2 , mari meriahkan Palestinkini ....

Sneak Preview Palestinkini's Exclusive Tshirt 2007 Design

Setelah penat lelah mencari idea2 dari observasi, forum2 persidangan meja bulat (baca : ngeteh), lontaran2 idea, sketching, adobe 5.0, internet plagiat, etc, maka pihak pengurusan Palestinkini telah meluluskan draft rekabentuk terbaru ini.

Ini bukanlah idea tulen, ttp plagiat daripada teknologi tanpa batasan dunia siber. hek elehh ...

Paparan ini hanya pra-tonton sahaja atau bahasa IT-nya versi beta. Full Release Version akan diberitahu kelak. Jadi2 , rajin2lah melawat blog ini ... hahahha.....

Hanya rekabentuk di depan dan sisi kanan dilampirkan. Rekabentuk belakang masih dalam pembinaan.

27 Jun 2007

Tangkis

Mula !!

Servis bertukar tangan. mata terikat. peluh galak mengalir. adrenalin rancak dihasilkan.

2 pemain. rakan di pejabat. sekarang lawan digelanggang. jika diukur secara teori, kelebihan lebih berpihak kepada diriku. tinggi dan tampan tangkas. Namun jika di gelanggang, itu semua sudah bersifat subjektif. ini bukan formula matematik yang memang jawapan adalah statik. ttp ....

16-16,
servis di pihak ku. senyum tanda gelaran juara bakal diberi.
bola ku lambung. R membalas. R sudah menghidu kelemahan ku.

aku lemah di bahagian back hand kiri. kerana aku rightist . bola sebegitu memang aku benci. ku gapai jua.
bola ku tampan sempurna. moga ia terbang ke sebelah sana. dan aku akan .....

tapi ... bulu tangkis itu mengkhianatiku. tersasar jauh ke luar.

kini, R mampu tersenyum. servis bertukar. ku getap bibir tanda geram.

Bola di lambung. aku membalas ke belakang seperti biasa. itu lah kelemahan R. dia akan 'lemas'. bola akan 'mabuk'. servis akan ke dakapanku. Ttp ....

R melakukan libasan. Libasan yang mengeluarkan aku dari domain selesa.
Telinga menjadi kebas. Suasana sunyi. Peluh menitik perlahan. Perlahan2....

Bulu tangkis sunyi. Kecundang.

Maghrib ku pulang. Tidak berkasut. Tanda protes ke atas kekalahan.

26 Jun 2007

1 inci

aku order kopi jantan. S macam biasa. milo panas. pekat dan manis tak seberapa. mata melilau kanan dan kiri. orang di sekitar rancak berbual.

buku tebal aku hempas perlahan. S ushar rapat.

"amacam ? ada bran ?"
"Buku ni ke ?"
"Yerp, pelan2 aa kayuh"

S diam.

"OK kot"


satu MoU termetrai. Buku tulisan Dr Muhsen Salleh, seorang rakyat Palestin. Sejarah Palestin. bunyi macam serius isi kandungnya. tepat sekali. memang serius.

"Ada ke orang nak baca nanti ?" memang itu soalan popurar (baca : pelat Cina).

aku dan S pun tak dapat memberi jawapan. tapi itu sahaja kemampuan yang kami ada. kami boleh serba sedikit berbahasa Inggeris. kami tidak berani nak lekatkan bom di dada.Iman sebesar biji kacang. hari ni naik, esok turun, lusa pun turun. macam statisktik prestasi pemain bola Malaysia.

jadi ...

buku 1 inci ini harus di melayukan.

"eh! abang Gunx, kami berminat aa nak join projek u "

kalau berminat, tulis email kat shout out box , nnt aku kontek. hehehe....

25 Jun 2007


Terjah ke Ibusawat Kumprinx

Seharian tiada koneksi ke alam maya semacam nasi lemak tiada bersambal. oleh kerana balik ke Lipis utk sebulan ini telah bertukar menjadi acara mingguan, aku termanggu seminit dua memikirkan akan tranformasiku ke alam siber. hek eleh ...!!

justeru, rakan sejawatku dari kota lipis , Kumprinx mengofferkan wifi-yang-ntah-sapa-punya kepada ku. agak menarik.

justeru, setelah kerja2 membeli pampers dan susu anmum telah selesai, bangunan Centerpoint yang nampak old skol tu ku panjat utk ke ibusawat. ternyata pengoffer an ternyata berbaloi. Koneksi terpampang full bar. Marvelezz sekali.

justeru, dengan gumbira dan hati yang berwarna-warni, aku meng-surf-kan diri barang seketika utk menghapdate laman Pkini edisi Sabtu.

TQ Kumprinx

Fakta Menarik
Di Pahang terdapat akhbar baru, Sinar Harian. Sekali pandang macam Harakah, pasal font dia sejibik. Lagi satu, dengan beraninya , akhbar ini meniru aksi berani Sammy Velly dengan mempublish-kan no telefon bimbit wartawan daerah memasing utk dihubungi. Menambahkan lagi gerun, wartawan2 wanitanya semuanya bertaraf 3 bintang. Tak takut ke woi !!!???
bon voyage Maszlee

2 hari lagi nak fly. hadiah sudah siap dibungkus. khas utk anak2 comel bro maszlee malik (MM). nusaibah, sumayyah dan rufaidhoh. rakan2 sepermainan AY. sering bergurau senda tatkala menyusuri pulang dari taska. Kini AY tidak ada lagi teman bergurau senda. mereka bertiga akan ke negara orang. negara orang kulit putih lebih ramai dari kulit sawo matang.

satu majlis dibuat. farewell party. bukan parti liar ttp hanya parti2 biasa. minum2 dan sembang2. sms rakan2 terdekat. yay !

mlm sudah di pertengahan. port sudah ditemui. cecah french fries. hirup teh cameron. hm...lazat ! tq bro faizal atas hidangan ringkas ttp mantap.

Lately, artikel palestin cebisan MM sudah jarang ke udara. may be lepas ini (baca: di UK), makin rancak. seperti dahulu. team palestinkin harap makin mantap. projek harap dapat on. bukan hanya berlegar2 di alam teori. isu palestin mesti di campak kan ke tengah2 masyarakat. biar semua orang mendapat auranya.

"save the cheerleader, save the world" itu kata Peter Petrelli.
"save the Palestine, save the world" itu kata Gunx.

together we can make a different. we are HEROES.

21 Jun 2007

Asma', Behind The Scene (Part #2)

DFN sudah berkerut. Gigiku ketap tanda kaget. Nurse di sisi mundar mandir melihat data dari mesin. Sungguh tidak logik. Sepatut dalam jangka waktu ini, puteriku sudah mendapat tarikh lahirnya. Namun ....

"Rizal", aku terjaga dari lamunan. Rupanya sapaan dari DFN. Indeks kekagetanku makin melangit.

"I think we better go for option 2", ujar DFN.
"Air ketuban dah kering, buka baru 4 cm".
"Heartbeat baby sudah tinggi, 170++ dah.."


Mataku toleh ke arah mesin mencari kepastian.
DFN tidak menipu. Heartbeat puteri melangit.

"Jika tidak, baby akan lemas di dalam", DFN makin mendesak.

"OK", tanda setuju.
Borang diberi. Tandatangan diserah. Mata isteri tepat ke arah ku.
Aku tahu. Ini pengalaman pertama dalam pengalaman kedua.
AY merasai pintu 1. Asma' dipiih utk pintu 2.
"Kita ke operation theather", arah DFN.
Guruh sabung menyabung. Dentum Dentam.



Mertua dipanggil sebelum 'tingkap' dibuka.
Senyuman mertuaku memang menenangkan. Everything will be fine.
"Encik pakai pakaian ini", arah diberi.
Pakaian ala2 sitcom ER diserah. Harum bersih. Sarung kepala, mask, baju dan seluar.
Aku persis doktor. DFN pun begitu. Kami sudah seperti satu pasukan. Berpakaian sama.

DFN sebagai lead surgeon. Aku , spiritual leadar. Hehe...
Posisi diberi. Bahagian kepala isteri. Satu2 kata semangat aku pindah turun.
Nampak senyuman menguntum. Gembira. DFN dan staf nampak ceria.
Laju sahaja gerak kerjanya. Mungkin sudah rutin.

Selang beberapa minit, kami terdengar suara emas. Suara yang amat didambakan oleh
semua para ibubapa seluruh dunia. Tangisan agung.

Asma' dijulang. Ohhhhhh!.......puteriku.
Lupa sebentar akan isteri disisi. Aku sudah mabuk.
Aku ingin memangku puteri. Cium dan peluk. Sesungguhnya bau bayi sangat mengasyikkan.
Tiada kata dapat menafsirkan definisinya. Sesuatu yang misteri dan abstrak.

Kameraku setting video. Ku dekat Asma'. Mulut dicuci. Mata dibuka. Tepat memandangku.
On Video !!

"Asma' bt Ahmad Rizal, Apa kabar ?", kata2 pertamaku.
Bulat mata melihat sekeliling.


"Mata dia manyak cantik aaa", sapa nurse berbangsa cina. Ramah menegur.
"Doktor! Sekejap ye , saya nak azan dan iqomatkan anak saya ni", izin diminta.

Bit2 azan dan iqomat satu2 masuk ke telinga Asma'. Syaitan yang berkeliaran dengan
segalanya hormatnya dipersilakan berambus sekarang. Kalimah agung diharap menjadi pendinding.
Itu baru permulaan.

Keluarkan K150i. Setkan template. Satu2 ku lepaskan sms berita gembira ke seluruh alam.
Segalanya sudah berakhir. Pertarungan sengit membawa Asma' ke dunia.
Syukur kepada Ilahi mengurniakan kami, Asma'.

THE END.

20 Jun 2007


Asma',Behind The Scene (Part #1)

12nd June 2007, 9pm

Doktor memeriksa, aku di suruh keluar. Hajat di hati mlm itu juga ingin dikeluarkan bakal puteri.
Namun, doktor kelihatan tidak bersetuju. Esok pagi sajer katenya. Diam persis batu kami berdua.
AY bising. Mana puteri seperti yang dijanjikan ? Mungkin itu persoalan berlegar di benak fikirannya.
Sabar sahaja. Tidak lari gunung dikejar. Pepatah orang tua. Pulang.

13nd June 2007, 8:30 am

AY menangis bertabrakan. Kami tinggalkan sebentar. Terpaksa. Isteri sebak membisu. Aku sabarinya.
Namun teriakan AY semakin meninggi decibelnya. Hatiku luluh. Hati parent mana yang tidak cair mendengar
teriakan si anak kecil. Teriakan yang luhur dari hati. Menembak terus ke hati. Cairi hati yang sekuat mana sekalipun.
Kereta beredar. Tangisan AY sayup dibelakang. Ibuku cum nenek AY terpaksa menyabari AY. Maafkan aku ibu !!
Menyusahkanmu.

::
:::
::::

"Marsitah ye ?" , sapa nurse cun di KJMC.
Kami akuri. Disuruh ke tingkat 3.

"Sila ke tingkat 3, Labour room". Errkk. Kaget.
Kekagetan isteri seolah2 ini adalah pengalaman pertama. Walhal, ini adalah kali ke dua. Secara ghalib-nya (baca: normally),
peristiwa kedua kurang memberikan tekanan kerana sudah tahu akan 'skrip'nya. Namun ini bukan perkara biasa, ini jihad. Ada hikmahnya,
lelaki tidak diberikan slot di abdomen utk mengisi sang anak. Jika ya, makin ramai nurses, sisters, tobib2 terkena makian agung suami2 yang
sarat. Itulah kelebihan sang hawa.

"Kami induce , sejam dua lagi may be you akan terasa sakit." ujar Doktor Fatimah Najla (DFN). Doktor regular kami. DFN
juga membantu AY melihat dunia. Normal. Kami berdoa agar kali ini turut normal. Amin !


11 am.
"Aik !! Masih boleh tersenyum?" , DFN kehairanan.
"Patut by this time, you akan terasa contraction. ", terang DFN.
Bacaan dari mesin mengatakan contraction level agak rendah. Namun, heartbeat puteri kami masih di paras normal. Agak melegakan.
Bukaan masih lagi kecil. Sesekali sang puteri memberikan indikasi bahawa tarikh lahirnya akan tercatat bila2 masa sahaja lagi. Kami penasaran.
Peluh jantanku galak merembes.

Truttttt! Truttttt! Truttttt!, Cehhh!! Sapa lak call aku nih ?
"Hello Rizal, Ni kak **** , Camner test sms dengan maxis tuh ?"
"Err....kak , saya kat labour room ni...hehehe"
"Nak bersalin la pulak !! Ok laa..."

Staf telekom sorang ni memang sempoi. Thnx sis!!

"Aduhhh! Bang sakitnya..." jerit isteri.
Aku lihat bacaan meter. Makin tinggi. Dadaku berdebar. Sang puteri galak bergerak ke bawah.

Is this the time we're waiting for ?
Adakah kali ini normal ?

Hujan galak turun di luar. Air ketuban galak mengalir. Heartbeat sang puteri tinggi menggunung.
Kaget. DFN dan tentera2 beliau kelihatan sibuk. Tangan isteri erat memegangku. Sokongan suami amat didambakan.
Hujan makin lebat. Selebat hemoglobinku merembes ke sana sini.

bersambung .......

Fakta Menarik
Aku mendapat 3 hari cuti tanpa rekod dengan kelahiran Asma'.
Amaun Tabung Hajiku menyusut sedikit.
Aku habiskan 7 ringgit utk sms/call berita kelahiran Asma'.
Mertua dari Lipis datang memberi sokongan sejak dari pagi hingga ke masa kelahiran.
Aku bebas dari kod jahat selama 5 hari. Yay!!

18 Jun 2007

"Hello World" From Asma'




More report soon ....stay tuned !!

12 Jun 2007


Second

sudah tidak larat. apakan daya. ini bukan plug and play. dah hardcoded. tak bisa diubahi. walau pun sejengkal. perut aku hanya boleh diisi dengan roti canai dan teh tarik. hanya perut hawa sahaja boleh mengisi jasad anakanda tercinta. itu sunnatullah. tidak bisa diubahi.

Asma' (baca: jika perempuan) dahulu hanya bisa mendengar suara dengkurku dan suara tangisan aka rengekan AY, si abang sulung.

Moga dengan rahmat Ilahi, aku sekeluarga bisa melihat jasadmu. one-to-one. heart-to-heart. itu lumrah seorang bapa , si penagih teh tegar. saban hari hanya melihat pergerakan dalaman, wahai anakanda.

Kini, dengan rahmat Ilahi, aku tidak perlu penasaran. tidak ketaruan. aku ingin membelaimu. harum baumu, senyum tangis mu....

errkk......bisakah aku bangun di dinihari mendengar tangisanmu atau ....
er....dikau menangis kerana aku , si penagih teh tegar, sabar sekali, tenggelam lena dalam pelukan malam.

bangun wahai ayah ... bangun dari tidurmu.....


11 Jun 2007


Hari Besar

"Malam lagi?", rungut isteri.
"Nampak gayanya...", hela jawapan.

dah 2 minggu , aku senantiasa bertemankan bulan pabila pulang dari mencari sesuap nasi. tidak dapat bersama2 meratah pisang goreng dan air nescafe panas kow buatan tangan isteri di petang hari sementara menunggu kelibat maghrib. melihat aksi2 nakal AY meranapkan toy2 kesukaan. hampir 80% seperti retak menanti belah.

jemaah isya' makin terabai. jasad longlai pabila daun pintu diselak. sayup2 azan memanggil. aku masih longlai di kusyen. tulang2 masih bergoncang merentasi jalan2 merbahaya dari putrajaya ke KD. jika berkereta, tentu berganda penat ku terima. sama penat melihat duit longlai digenggam oleh perangkap2 tol melata di jalanan.

hari2 laju pergi. AY makin membesar. adik tidak sabar ingin didakapi.

jika perempuan, ku namakan Asma' . seorang pejuang di dalam peperangan Yarmuk. seorang muhaddisin. antara wanita terawal berMoU dengan Rasulullah SAW. seorang yang tegas. moga dapat dikau menjadi seperti itu....aminn !!

jangan jadi sepertiku... asyik berblogging je kejenyer ...hehehe....

07 Jun 2007

Tabiat 7

putrajaya ke kota damansara. boleh tahan jauh. memang jauh giler. alhmdulillah convert ex5 ke wave 125. agak tenang membelah angin kotor. ginjal tidak ketara bergetar.

"on tak mlm ni ?" bersungguh pulak S. aku masih kalut bergelut dengan kod2 jahat.

"On, ko tunggu kat Taman Tun, aku guide dari situ". satu konfirmasi diberi. agak mustahil sebenarnya melakukan misi malam ini. hati bergetus.

7:12 mlm berada dirumah. AY manja di pangkuan. rindu benar untuk bermesra. tetapi aku ada misi malam ini. sabar ye AY. wiken kita belasah cukup2.

makan malam seperti aksi fast forward. tidak berbutir perbualan. tanda aku ada misi.
tepat jam 8:15 mlm aku sudah di jalanan. tidak sempat bermandi-manda tanda aku ada misi.

"Gunx, jem aa kat Jalan Duta", rungut S.
"Tak pe, ko sampai kang ko call, aku guide".

Duduk di majlis sebentar menunggu panggilan. 15 minit sudah bergegar K510i aku. S sudah sampai. Turun kembali mendapatkan rakan sejawat. Benci !. bukan benci S ttp trapik lite. menyusahkan perjalananku.

Alhmdlh. Misi Akompelish!
Labuhkan punggung. Bukakan telinga. Sandarkan Bahu. Sama2 kita menadah.

TQ saifulislam.
Romantika

"alamak, dah pukul 3 petang....!"
hadiah apa ekk ?

aku jeling jean Levi's kat bawah meja. tersenyum sendirian. berjaya juga merasa jean ori setelah diri sudah lanjut usia. tak pe lah. itu cita2 sejak dari tingkatan 2. akhirnya dimakbulkan Maha Esa.

eh! hari ni kan bzzday isteriku. kenapa aku lak lebih2 beli utk diri sendiri ? satu persoalan di situ.

ym kengkawan. tanya pendapat dan fatwa.

"Alaa...ko belikan bunga 3 kuntum. tanda I Love U", satu lontaran idea.
"Lepas tu, ko beli aa apa2 yang dia sebut2 selama ini ...", getus satu pendapat.
"jiwang karat lain, romantik lain", satu fatwa lagi sudah dapat.



baik, aku ambil jalan tengah. dalam islam pun sebaik2nya menyarankan ambil jalan tengah. kerana jalan tengah tidak terlalu ketat dan tidak terlalu l0nggar. macam jean levi's baru aku tu aa...tak ketat , tak longgar. wasotiyyah!

kek dan bunga dipakejkan. hadiah ? pastinya yang murah dan praktikal.
err....armguard ? ok ? hehehe...

7:30 mlm
daun pintu diselak. isteri mengadu sakit belakang tanda sarat. adik AY tidak sabar hendak keluar melihat dunia. kek ditunjuk, bibir menguntum.

selamat hari jadi, Marsitah Ibrahim.

06 Jun 2007

Kenapa nick aku uumlinux ? (satu pengakuan eksklusif).

tahun akhir, aku jadi gila kompiter. konon2 nerd aa. pantang ada software2 terbaru, pasti ku bilang syiling2 yg ada di dalam jeans lusuh supaya dapat merembat di pasaran cetak rompak.

Alor Setar tak de stok ? Kita ke Bukit Jambul sana... sana syurga perisian cetak rompak. macam di lowyat. terima kasih kepada penjual2 cd haram di bukit jambul kerana dapat memperkenalkan aku dengan window98. wow ! zaman tu dapat install window98, kira tahap dewa aa kompiter korang. menjadi tumpuan rakan dan lawan. pasti bibir tersenyum puas.

tidak cukup dengan itu, kami turut menubuhkan pertubuhan haram demi memuaskan nafsu serakah terhadap dunia IT (hek elehh !). kami bergerak secara senyap2. tumpuan diberikan kepada lab2 yang jarang dikunjungi. lab2 di fakulti IT , jangan harap mendapat tempat. justeru, kami sasarkan di lab2 fakulti perakaunan dan pengurusan.

tweaking, tukar IP,tukar DNS, tukar gateway, tukar segala2nya setelah guna. pastikan pc itu seolah2 tidak berguna. orang di fakulti akaun, bukan tahu sangat mende2 techie2 cam ini. inilah peluang kita menunjukkan belang .. hek elehhh.....!!

setelah bbrp semester, kumpulan kami agak hambar. masing2 sibuk dengan awek dan exam. aku macam biasa solo rider di samping kompiter agungku. lama ku tenung. window98 sudah nampak dull macam kacang dal. muak pulak.

kat internet sana, aku dengar budak Finland, Linus Torvalds ada buat kernel. hebat gak. last2 kernel dia di tambah sana sini. aleh2 jadi OS lak. daripada cerita2 orang, aku dengar OS dia hebat. ada lambang Penguin. Linaks. omputih dia Linux. ntah .. aku bantai je sebut.

aku war2kan kepada kengkawan agar menginstall OS nih. sambutan agak hambar. mungkin kerana ia masih baru dan agak kurang menyokong hardware. memang pun.

aku tekadkan semangat. aku mesti install. seperti biasa, aku ke Bukit Jambul.
Red Hat ? apa kejadahnyer nih ? lantak la, belasah. balik ke bilik. install. haram tak jadik. minta tolong senior. mujur jadik. erhmmm...biasak jek ... apa yang menarik tentang linaks ?

aku cuba2 kunun2 minat dengan Linaks. sampaikan projek tahun akhir, aku belasah buat dalam Linaks.
mujur jadi.

dah ... lepas tu cam dah malas nak layan Linak.
sebagai mengingati aku pernah install linux , aku register di Yahoo! Mail sebagai uumlinux.
opss...sekarang uumlinux2. akaun lama kene hack la pulak..

2007

projek in Linak ? argh.....not again ?
tolonggg......................

05 Jun 2007

Sementara masih 30's ....

aku sudah berumur 30 tahun, tapi mana2 orang dalam dunia ni kalau di tanya , adakah masih mahu menjadi muda ? hanya orang tidak siuman sahaja mengganggukkan kefala.

gila apa ? muda la best. kudrat full tank. semua larat. pantang dicabar. hemoglobin panas. semua ingin teratas. fuhhh.....best tuhh...

atas dasar ingin tampak muda. satu pakaian telah ku rembat (baca: beli ) tanda aku ingin menidakkan proses penuaan aku. dengan pakaian baru ini, biar orang nampak aku masih muda walhal .... ???

adidas retro. sering ku nampak orang2 muda memakainya. aku tidak mahu ketinggalan. kononnya mahu muda seperti mereka. tetapi itu tidak apa. aku bukan pakai botox, sweater adidas sahaja. tidak perlu risau halal haramnya.

memang benar. setelah dipakai, terasa muda dan cergas sekali. tidak rugi aku membelinya (baca: diracun salesman). kini, aku kembali girang merempit. udara sejuk menyelinap masuk ke tubuh pabila aku membelah angin. terasa muda sekali.

01 Jun 2007

Chelsea-Wannabe

Aku bukan minat sangat EPL nih. tapi jiwa seni (maaf kerana meloyakan tekak anda :)) ini seakan2 tertarik dengan corak jersi Chelsea yang kebiru-biruan. Gelombang biru gitu. huhuu....

Justeru, aku mencari rakan2 yang IC mereka di Kelantan supaya membelikan daku sehelai jersi pabila cuti menjelang. Kualiti sudah dijangka. Apa nak takut. Thailand. sendiri mahu hingat. Kalau nak kira lagak, pi la henjut selai kat al-ikhsan.

Setelah berjaya memiliki, akan ku sorong ke hulur hilir. kunun Chelsea-Kipas-Susah-Mati.(baca: die-hard-fan). Minum2 orang sembang bola, aku buat sibuk main sms. Orang tanya saper keeper Chelsea? aku nganga kejahilan .

Itu perkara enteng. Bukan isu besar sangat jahil tentang EPL. tak de effect pun. Isu besar sekarang, nombor sebelah aku tu...masa gambar ini di ambil , kaler dia hitam, sekarang makin menyeramkan. dan merah menyala. bersiap sedia utk mengigit tengkuk dan menghisap darah....errr....seram ......

dah! dah! .......... pi kerja ...

mode: sangap