31 Mei 2007

Tamak

Nafsu tiba2 melonjak. Creative diberi nama. Satu kotak ajaib boleh menyimpan lagu2 kegemaran. Boleh didengari tatkala menunggang kuda besi.

Hantaran rasanya lepas utk ku pinang. Dengar cerita sedap suaranya. Kotak lagu dahulu sungguh mengecewakan. Di atas motor , seolah2 aku tidak mendengar apa2 , hanya desiran angin membelah sahaja. Wang beratus dilabur , lacur begitu sahaja.

Kali ini, aku agak2 berhati. Ku amati dahulu paras rupa. Ku tanya sahabat2 tentang peri lakunya. Nampak macam tidak ada halangan.

Last call , ku tanya seorang sahabat.
"Bro, wa nak beli mp3 player aaa...tak tahan tengok"
"Apa brand bro?"
"Creative "
"Wahh....depa memang specialist bab2 bunyi nih"
"Hheheh...itu la pasal ... wa tak tahan dah ni"
"Bro"
"Yerp"
"Handphone lu leh main mp3 kan ? apa kata lu simpan itu lagu dalam handphone , kasi dengar masa rempit, itu duit lu leh simpan ....what you say ???"


.
...
........

Terdiam.


"Best friend bring out the best in each other"- aku terbaca kat Tshirt kutu mana ntah .. tapi aku rasa ada gak kebenaran dia ...

30 Mei 2007

Zaitun

"Bangun! Bangun! minum teh nih ... ",

sapa ibu tersayang. Berada di kota batu membuatkan dirinya tidak ketaruan. Tidak boleh duduk diam. Ada sahaja bende hendak dibuat. Jika di kampung , indeks keligatan beliau lebih ketara. Cuma di Kota Damansara ni, aktiviti agak terhad. lebih banyak batu dari tanah.

Rutin biasa, channel 20 , utk santapan telinga. Kekadang bosan jugak dengar berita2 dalam negeri ini. Heheheh....

"Kat mana tu ? Apasal askar tu tolak pompuan tu?", mak ku muskil
"tu kat Palestin tuh.. depa rosakkan tanaman zaitun, padahal tu tanah Palestin", aku cuba explain sambil hirup teh.

"Jahat tul !! Dengan perempuan pun , nak main kasar2", mak aku makin membenci Zionis. satu petanda baik.

"Tu baru sikit mak, setakat nak bunuh2 , kira selamba je , rejim Zionis ni, tak kira laki pompuan", aku cuba menambahkan benci ibuku kepada rejim Zionis.

Tidak berkelip mata ibu melihat.

Terima kasih al-jazeera. hehehhe....

.
..
....

alamak !! dah kul 8. merah lagi punch ... hehhehe

29 Mei 2007

Pesta Buku (again?)

"Gunx, Ada pesta buku kat KLCC. masuk kene bayo 2 hinggit. kat mid valley pun ada juga kot, bulan 6 nih..."

Terskudap-skudip aku mendengarnya. Mataku meliar membilang baki harta pusaka. Rasa nya dapat ku henjut lagi kot membelasah buku demi wawasan koleksi buku tanpa bacaaan maksimaku.

Project dah exceed dateline. memasing dah tak kenal breakfast dah lunch. Matahari dan bulan. Mujur masih kenal Zohor , Asar dan Magrib. Jika tidak , ada jugak halilintar menyelinap masuk menyerang insan lagho.

AY sudah kurang kasih sayang bapa. Punggung dilabuh pabila azan insyak bergema. Jiran asyik bertanya. Kenapa balik lewat. Terima kasih kerana concern. Inilah nasib kuli binari. hahhaa... sendiri mau hingat.

Tetapi berbalik kepada persoalan pokok. Adakah aku perlu ke pesta buku lagi ?
Padulik kan dateline.... Hahhaha.....Book First !!

Wahai warga KD, cargazzz kita ke sana....

28 Mei 2007


Malu

1986

"Abang kasi modal berniaga"
Diam membatu. Jatuh la imej aku nanti, apa kata2 kawan2, barangkali jasad aku dijauhinya nanti. Malu berkawan dengan penjaja sagun.

"Tak payah malu, abang dulu cam tu jugak, malu, tapi boleh pelan2 buang, nanti datang pulak rasa syok, percayalah", tegas bekas abang iparku.

"Tak pe , tentang buat sagun, biar emak buat, engkau tolong jaja jek ", celah ibu.

Diam di ceruk dinding. Ramai mata merenungku. Bapakku sudah biasa menjaja. Begitu juga ibu menjaja muka bertanyakan upah menoreh dan menebas di kampung. Sudah biasa. Cuma aku sahaja yg celik mata semua sudah terhidang.

Kali ini, aku diduga.
Malam berlari begitu cepat. Mak galak membuat sagun.
Ayam berkokok menandakan hariku bermula sebagai penjaja.

Sudah ku duga. Berderai ketawa ku terima pabila tangan menjinjing bakul berisi sagun.
Telinga ku pekakkan. Senyum paksa dipersembahkan.

Erhmm....betul kata bekas abang iparku. Selepas 2 minggu, nama ku terpahat sebagai tokan sagun.
BZ dan BZ !

25 Mei 2007

Abang

Jika dirimu ada , tentu aku bergelar adik. Tetapi Allah lebih menyayangimu. Engkau telah meninggalkan kami. Pusaramu sudah pun retak dan berlumut. Itulah kuasa masa.

Engkau pergi tatkala aku masih berhingus. Tidak mengenal apa kecuali menangis dan tidur.

Mak sering bercerita.
"Abangmu petah dan ligat bergerak".
"Dulu dia rapat dengan Ayah Chik. "

"Kenapa abang meninggal, mak ?"
"Demam panas, lepas abang ko meninggal, seminggu ayah ko tak bercakap. Ntah lah , terlalu sayang sangat kot",
terang ibu.

"tapi ..."
"tapi apa mak ?"
"Kalau abang ko masih hidup, kulit dia putih melepak macam mak, hehehhe!!"
"Grrrrrrrrrrrrrrrrrr"

Al-Fatihah.
Allahyarham Afzan Mohd Ghazali.

24 Mei 2007


Special Request

"Bang! tolong aa repair pc tu, saya nak belajar kompiter", ujar sang isteri.
Telinga buat2 tak dengar sambil galak bermain dengan AY.
"Abangggggggggg!! ".
"Aduhhhhhhhhhh...........", satu cubitan hinggap.

"Ni haa, tolong aa repair kompiter ni, saya nak taip report budak2 senang, esok masuk strimix , senang saya nak baca blog abang ..."

"Alamak! pecah laa rahsia aku", detus hati.
"Nanti la , senang2 esok abang repair, hard disk je tuh ... ganti baru, ok la ", cuba melengah2kan proses pembaikian.

masuk tarikh hari ini, sudah masuk 2 tahun pc purba ku berada di bawah meja tanpa mendapat perhatian sewajarnya. satu ketika dahulu, dia lah intan payung, tetapi setelah mendapat laptop Compaq, aku ibarat kacang lupakan kulit.

Jika isteriku sudah mendapat access internet nanti, nampak gaya, terpaksa lah aku meng-skima-kan content ku. Huhuhuh....

23 Mei 2007


Mesra

Ramai orang suka orang suka pada dia. Tapi dia sendiri semacam tak peduli akan orang. Tidak mengenali manusia seadanya, seakan2 robot yang tidak berperasaan.

Segala perintah, mesti di patuhi. Dari satu sudut, ia bagus. Cuma jangan dipandang enteng, perkara2 bersifat kemanusiaan. Kerana yang membezakan kita dengan robot transformer adalah emosi.

Kepedulian. Semua peringat. Dari teman sebantal sampai ke peringat 'gayat' di atas sana. Jangan harap jiran akan senyum simpul, jika asal usul mereka pun kita tidak tahu, berapa orang anak dan apa2 sahaja latar belakang yang bisa merapatkan hubungan manusia.

"Sehari selembar benang, lama2 menjadi seluar jeans."

Pepatah orang Melayu ini ada gunanya. Timbul pula satu soalan.
Bagaimana kita hendak orang suka kepada kita ?
Kita bukan berhadapan dengan sejenis orang. Dalam sekitar bandar Maran itu sahaja, macam2 karakter ada.
Sembang lebat, pendiam, kecoh tak hingat, mulut 'CNN', etc , etc

Hehehe.... Ntah ! aku pun tak tahu....
Practice makes perfect kot ??

Fakta Menarik
hulur salam ku pernah tidak disambut oleh seorang jemaah selepas solat Subuh hanya kerana aku rushing balik dan tidak mendengar tazkirah.
Kuch Kuch Hota Hey

Dulu masa kecik suka tengok hindustan. lama2 rasa macam bosan pulak. manakan tidak, jalan cerita seakan2 copy and paste , cuma ubah pemboleh ubah sahaja , ya'ni para pelakon sahaja di tukarkan.

ceritanya sama, tariannya sama dan keretapi yang sama. hanya perlu fikirkan add-on2 sahaja. core value sudah ada. air mata para penonton sudah sedia untuk dicurahkan. itulah ajaibnya cerita hindustan.

Santosh (2 dari kiri), nama macam orang Mexico tapi rupanya India mari. Muka tenang tapi dada sarat dengan ilmu. Tanyakan apa sahaja, dengan sekali urutan pada misai hikmat beliau, jawapan sudah tertera dan kami angguk buat2 faham kononnya faham (baca: takut dikatakan lembap). 2 hari yang cukup bermakna bagi kami. setahun aku hanya membaca dokumen2 GSM tanpa berguru dan kini guru Santosh menjelma melenyapkan segala misteri2 kami.

Rupa2nya masih jauh perjalanan kami. Orang sudah di gunung, kami masih di busut. Tak pe, pelan2 kayuh. Nanti gayat tak bertempat.

18 Mei 2007


Maki

"Entah la, apa nak jadi ngan Palestin nih !!", komen seorang hamba Allah.

"apa aa tak pakai tudung , tak takut Allah ke ?"

"hishh...ketatnya baju!! dedah pusat ! tunjuk punggung"

"Tudung tapi baju ketat, apa nak jadi"

"Bapak setan!! Giler ! Orang masuk Islam tukar aa nama Islam, itu syiar !!", marah seorang tokoh.

Adakah kita hanya tahu komen dan komen !! Tidak ada kah sebarang rancangan atau sekurang2nya draf kasar step2 bagi menangani isu. Tidak kira sebesar mana atau sekecil mana sekalipun. Tetapi yang penting ada usaha bukan komen.

Mudah utk menyalahkan orang tetapi agak sukar untuk menggerakkan usaha. Satu usaha memerlukan pengorbanan dan perahan otak. Seharian bekerja. Nak berdakwah pulak. Tentu penat kan ? Hhuhu....

Duduk memanaskan punggung mendengar ceramah adalah baik kerana kita mendapat input. Tetapi untuk menggerakkan input memerlukan pengorbanan. Kita tahu perempuan wajib menutup aurat. Balik rumah lihat isteri dan anak perempuan. Adakah mereka berbuat demikian ? Bagaimana dengan solat mereka ? Bagaimana dengan pergaulan mereka ? Huhuhuh.....

Input-->Perlaksanaan.

Adakala aku kekadang 'kagum' dengan pergerakan Zionis kerana kelicikan mereka dapat menundukkan kuasa besar dan menendang keluar Palestin dari peta dunia. Tetapi kita ?

17 Mei 2007

Para pengunjung BPT (Blog Pege'teh Tegar) setakat ini. Macey .... Luv ya ..!

16 Mei 2007


Cikgu

Cuaca panas di luar. Amat sesuai utk memanjakan mata. Atau sekurang2nya pekena air lengkong bawah pokok rendang.

Cikgu Salleh masuk. Mukaku cemik tanda tak suka. Selalu cari pasal ngan aku. menci!

Dia bawa kertas mahjong kaler putih. Lekat di papan hitam. Lalu ke depan menghadap kami.

"Bangun sorang dan ceritakan apa yang kamu nampak", arahan di beri. Berat punggung memasing. Sama berat dengan otak memikirkan subjek dan predikat menginovasikan ayat.

"Saya nampak bintik hitam"
"Saya nampak tompok2 di bahagian kiri"
"Saya nampak ada sedikit kekotoran di bahagian atas kanan"

Satu2 jawapan diberi. Masing2 puas kerana berjaya mendapat jawapan yang tidak sama dengan rakan di sebelah. Sama seperti ku. Jawapan ala suam2 kuku diberi. Melepaskan batuk di koridor sahaja. Tapi aku masih tak paham apa mesej hendak di sampaikan oleh cikgu yang sering menganggu port ponteng kami di atas syiling di asrama. Ligat serebrum bekerja. Medula obloganta juga tidak dapat memberi output yang mantap.

"hanya tompok dan bintik sahaja yang korang dapat tengok, kertas putih yang sebesar ni pun korang tak dapat tengok", satu jawapan 'pedas' diberi.

Masing2 tunduk.

Selamat hari guru.

15 Mei 2007

Pendinding

"Baik2 lalu kat bawah pokok berangan tuh"
"Hishhh...meracau ada aa merasuk tuh"
"Hish....tempat ni keras bai, baik lu hati2...."

Hasil dari taboo sebegini menghasilkan Melayu2 yang akan sakan membeli buku2 mistik dan menonton filem 18SR(seram). Apabila menonton, otak akan memproses, maka jiwa akan melayang. Objek yang di khayalkan akan sedaya upaya cuba di materialize kan.

Maka, nampaklah 'itu' dan 'ini'. Hehhehe....(macam pengalaman jek ..opsss...!!)

Imam Hassan Al -Banna ada memberi kita Ma'thurat. Apa guna di simpan , jika tidak di baca pagi dan petang. Doa bukan reka2 tetapi sohih. Kita orang awam bisa mengamalkan tanpa perlu ijazah itu dan ini.

Moga2 jika kerap di amal, jiwa pasti berani merempit meredah malam di malam jumaat. Hehhee....
Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri, amalkanlah Ma'thurat . Hehhehe....
Khatam

daripada berbelas2 buku yg terbeli, setakat hari ni, hanya sebuah buku sahaja berjaya di nodai. yang lain masih lagi berstatus dara pujaan.

isteri pula berjaya khatam sebuah buku. itu pun aku terbeli buku berbau novel tentang pejuang salahuddin ayyubi. aku tak into sangat novel2 ni, itu pasal novel Cinta Madinah masih ayu lagi di rak.

buku hasil pembelian Pesta Buku tahun lalu, juga banyak menerima nasib yang sama. itu pasal rak buku kat rumah, tak lagi mampu menanggung azab keberatan buku2 terbiar tanpa pembacaaan maksima.

mana lak katalog IKEA nih .. ??
rak buk! rak buku!



14 Mei 2007

Cegah

US jahat,
US hantu,
US gila,

Israel laknat,
Israel lanun,
Israel penjajah,

Kita marah kepada kebiadapan Israel.
Itu bagus. Tanda iman masih kemas tersisip.
Soalan seterusnya. Adakah cukup setakat itu sahaja tindakan kita ? Boikot dan pijak bendera Israel. Muka bengis tanda geram dengan kejahatan.

Duit Amerika galak mengalir ke Israel. Sama mengalir dengan darah saudara kita di Palestin. Kenapa ?

Orang Amerika bukan bodoh. Jika bodoh manakan bisa menjadi kuasa besar. Tetapi silap faham sahaja. Orang Palestin di katakan penjenayah. Orang Israel di katakan mangsa. Itu sahaja.

Kenapa ? Manakan tidak. Lihat sahaja peta dunia. Dapatkah anda lihat negara bernama Palestin. Tidak kan ? Jadi, orang Barat perlu di didik sahaja. Katakan negara asal adalah Palestin. Mereka telah dijajah.

Eh ! Dengan apa ?
Erhmmm....macam macam boleh...ye la zaman2 globalisasi ni kan ? Tak kan itu pun nak kene ajar....hehhhe..
3 tahun.

Cukup bermakna. Palestin di hujung jari. Isu amat penting buat kita bergelar Muslim. Bukan isu Arab semata atau isu perebutan tanah sekangkang kera.

Tetapi Allah telah memberi hint di dalam surah Isra' ayat pertama. Tak percaya cuba baca. Masjid Aqsa tidak akan di sebut melainkan tentu ada istimewa di masjid itu. Btul kan ?

Seperti berduyun2 orang berbaris menaiki Eyes On Malaysia. Tentu ada menarik di situ. Tiket yang mahal tidak menjadi halangan. Asalkan dapat terbang di udara.

Kita balik semula ke masjid Aqsa. Masjid ini tampak cantik di luar tetapi telah lama dilacuri dan dirogol sewenangnya. Eh! korang tak percaya ? Masjid di tempat kita teramat lah 'dara' . Manakan tidak jemaah hanya banjir ketika jumaat dan 2 hari raya. Tetapi masjid Aqsa ?

Cuba korang perati di perut masjid Aqsa. Manusia bernama rejim Zionis sedang tertawa mengorek. Lubang makin membesar. Ibarat kanser peringkat terakhir. Pabila Aqsa runtuh, maka terbina kuil idaman Zionis. Dan kita masih sibuk dengan serba serbi. Masjid Aqsa tinggal sejarah.

Erhmm...palestinkini sudah berumur 3 tahun lebih.sudah bisa berjalan. walaun pun tidak laju. Tetapi alhamdulillah , sedikit2 kita kayuh. Moga2 dapat lautkan manusia2 yang sayangkan masjid Aqsa.

Terima kasih kepada para penterjemah budiman.

10 Mei 2007

Provokasi

aku suka. seorang belia yang sedang menghadapi krisis identiti sepertiku amat meminati suatu ceramah dengan unsur2 komedi dan provokasi tetapi tidak retorik.

ceramah yang menjelaskan dan menepatkan sasaran, bukan ceramah yang hanya menampilkan slide2 yg grafik lawa tak hingat tetapi audien terbiar menganga kejahilan.

jika ustaz yang memberi ceramah, lebih banyak terma2 arab daripada terma melayu di gunakan. sekali lagi audien menganga kehairanan.

saifulislam.com sudah lama ku peratikan. pendekatan komtemporari oleh seorang ustaz lulusan jordan. menarik dan membuatkan mataku ligat membaca bit2 tulisan sehingga teringin benar mendengar secara 'live' ceramah beliau.

ternyata tidak sia2 mengisi minyak dan melupakan sebentar penat lelah seharian di pejabat. tajuk yang sudah biasa di dengar, tetapi olahan isi ceramah tampak menarik. mata dan telinga akan sentiasa berwaspada ingin mendengar isi ceramah.

krisis remaja, krisis suami isteri, krisis boss dan pekerja...dan macam2 ....
semua ini sudah termaktub penyelesaian dalam Islam , cuma Barat sahaja sekarang ini melaksanakan isi tetapi kita sebagai muslim hanya melaksanakan slogan2 Islam tetapi tempang pada perlaksanaan.

cakap banyak tak guna ... 30/5/07 , ada lagi ... ada branik ???

Gunx with Saifulislam.com

Opss...rantai motor kendur. Singgah kasi tegang. Urat kat badan aku tegang, tak kendur2 sampai sekarang.

yeah ! dah siap. erhmmm...kul 7.05 mlm. sampai rumah.

"Yeah! Yeah! ayah balik", suara default akan ku dengari pabila melabuh di depan rumah.

"Bang! tak larat masak aa bang, tolong beli lauk", rintih sang isteri yang sarat. Sebagai suami yang tidak pandai masak bertanggungjawab, setangkas mungkin ku merempit bersama AY untuk santapan malam.

"Erkkk, Alhamdulillah", tanda perut berpuas hati.

"Abang pi dulu ek...? dah lambat nih", capai helmet secara senyap. AY tidak menyedari kerana kelekaan.

Vrommmmmmmmm

'Pak cik ! kat mana pejabat An Nida?", soalku kepada seorang pak cik berkopiah.
"Saya pun nak ke sana, meh ikut saya ", jawapan yang melegakan.

Daun pintu di buka. Kerusi kosong di kenal pasti. Punggung di labuh.
Ustaz Hazrizal meneruskan bicara.

Phew!!!

09 Mei 2007


32

"Buka mulut ye ...", perlahan2 doktor swasta bersuara.
Aku akur. Nganga mulut tanda patuh.

"Hmmmm...bagus la en rizal ni, gigi cukup 32 batang.", puji doktor tanpa aku tahu muslihat beliau.

Senyum dalam hati.
Kerja pembersihan di teruskan.

Assistant setia di tepi menyedut darah dan lebihan makanan malam di dalam mulut. Kaki terangkat tanda nyilu. Tangan ku pegang erat pada kerusi. Muka dibuat2 gagah walaupun tuhan sahaja yang tahu betapa azabnya menanggung derita nyilu.

Mesin pengikis kuman giat bekerja. Bunyi begitu nyaring dan erhmm.... nyilu.

Tak pe, demi gigi , aku sanggup bertahan.

20 minit berlalu. Gigi sudah mewangi. Terasa seperti baru lahir ke dunia. Nyaman sekali.

"60 ringgit" sampuk gadis kaunter tanda duit ku di 'rampok'.

08 Mei 2007

Kuat Iman

"Antara National Geographic dan Forum Perdana, mana satu bila tengok rasa kuat iman ?", dugaku kepada isteri.

Isteri terpinga.
"Erkk...ntah, tapi rasanya National Geographic kot", jawab isteri.
Saya hanya tersenyum. Saya tidak katakan jawapan itu betul atau salah.

Melihat kepada rancangan berbentuk itu, hati terasa sedikit teruja dengan kekuasan Ilahi walaupun tenaga belakang tabir adalah mereka yang tidak mengESAkan Allah.

Satu soalan , adakah program agama di TV mesti hanya tertumpu kepada forum dan ceramah ?
Bagaimana dengan genre lain ? Bagaimana hendak melawan arus CSI, House, Heroes, Desperate Housewives, etc etc ...

sama2 kita fikirkan.
Lawan Arus

"Li, anok awok ni dapat 5A, sayang la tak hantor kat sekoloh asrama penuh", sungguh2 cikgu Husin menasihati ayah.

Ayah diam sahaja.
"Bior la kawan hantor anok kawan kat sekoloh arab je" , ringkas jawapan.

"Ikut awok la, anok awok", bunyi sedikit kecewa nada Cikgu Husin petang itu.

Esoknya ayah mengajak aku ke bandar. tempah seluar, baju dan tidak lupa songkok. Maka, bermulalah kehidupanku sebagai pelajar sekolah agama.

Berhadapan dengan pelbagai fahaman ustaz dan ustazah. Politic centric, Individualisitic, Multi Tasking, Marketing-centric, Gedik Santai dan ada juga yang Cool.

Aku ingin melawan arus. Aku tidak mahu ke Jordan seperti kebanyakan. hehehe....

07 Mei 2007

AY tersingkir !

Kanan : Pencalonan Bulan 4
Kiri : Pencalonan Bulan 5
Tengah : Juara Bertahan Akhirnya Tersingkir.

Next : ?

Fakta Menarik
AY semakin tertekan dengan kehadiran pencabar2 ini yang membuatkan beliau mencari tempat2 sunyi bagi mengumpul kekuatan baru.

04 Mei 2007


Petang Yang Penting.

1993, Maran, Pahang

Garu. Kepala tidak pun gatal.
Merengus seorang anak muda. Darah memancut ke otak. Keputusan nekad.

Sesekali ayah menjeling. Kemudian merenung ke depan sambil menghirup teh.

"Awok nok skoloh ke tak nok ??", soal ayahku.
"Ke nok keje jugok kat kilang tu ?", bertali arus soalan.

Aku diam tanda protes. Rakan2 semua sudah bergaya. Bermotor, merempit, ber jean jenama. Semua hasil berkerja sendiri di kilang di pekan sana. Masing2 sudah punya wang saku sendiri.

Aku ? masih lagi belajar. Keluar pagi , balik tgh hari. Lalu, aku bekerja malam. Pendapatan yg dapat bisa menjanjikan aku sebuah motor baru. Aku makin teruja mengejar cita2.

"Ayoh kasi kata dua, nok ke tak nok sekoloh?", lama ayah merenung.
"Pi la sekoloh...dok rugi ", lembut ibu memberi jawapan.

Aku terdiam.
Esok aku memakai uniform dan songkok tanda aku menyetujui.

Ayah diam. Ibu tersenyum. Adik memerhati.

03 Mei 2007

Gapai Angin

"Kita patut tutup kilang arak !"
"Mat rempit ni kita patut humban je dalam lokap."
"apa la bincang bab solat je manjang, tajuk kecik, ni , bincang aa bab negara, baru real !"
"Pusat judi tu patut kita bakar je..!"

kedai kopi. orde secawan. ketuk meja. mata merah. geram.
sekali sekali kain diperbetulkan. kopiah sudah senget. rokok kretek tinggal separuh. isu demi isu dibentangkan. berkokok bermula pagi. pendengar setia menganga. ntah setuju ntah tidak.

Habis bicara. kopi dibayar. bersurai. kholasss... !!!

jika minit di catat, ruangan tindakan terbiar kosong. tiada AJK di bentuk. tiada gerak kerja. tiada objektif. ntha apa apa.

orang tidak tahu bersolat masih ramai. buta al-quran masih melimpah. jiran cina dan india tidak di seru. akhlak masih sifar. bingung !

gayat memikir kan hal2 yg tidak tergapai. hal2 di depan mata terbiar mereput. alahaiii..........!!

Lena

Hening sahaja sewaktu kami anak beranak menyusuri lebuh raya NKVE menghala ke Kota Damansara. Sesekali mata menjeling ke arah AY di depan. Kepalanya terhanguk2 keletihan. Seharian bermain bermakna habis tenaganya untuk hari itu.

Hati luntur. Sering aku marah kepadanya kerana aku sering tidak meletakkan diri pada tempatnya yang hanya seorang kanak2 berusia 2 tahun lebih.

Aku sering menganggap AY berakal sepertiku. Banyak skali silapku. Fikiran melayang memikirkan masalah diri. Ramai orang boleh berkahwin dan punya ramai anak. Berapa ramai yang berupaya menjadi kilang menghasilkan jurutera, doktor , loyer, ahli muzik tetapi ...

berapa ramai orang yg bisa mengeluarkan anak2 yang tunduk dan patuh kepada setiap bit2 dalam kitab suci al-Quran dan sunnah Nabi ? Adakah aku termasuk dalam golongan ini. Hanya aku mempunyai jawapannya.

Motor memasuki kawasan rumah. Perlahan2 aku tegakkan AY. Mata layu. Azan maghrib berkumandang.Rutin hidup untuk hari ini hampir sampai ke penhujung.

AY makin membesar.
Aku makin berusia.

Mabuk

Tiap2 tahun aku akan mabuk. Mabuk melihat lautan buku melimpah di PWTC. Poket ku sisip kemas di sisi. Pra-Belanjawan telah dibuat menandakan aku bisa memboroskan segala peruntukan untuk buku pada bulan ini.

Harapan kali ini, aku bisa membeli buku2 terbaru dah teratas di pasaran.

Booth #1 pertama pastinya Pustaka Salam. Ada kroni di situ. Beli beratus , hanya pena diberi. Hehhe...kasi aa besar sikit kak oii !! Hamba dah beratus rabak nih ...

Booth #2, Saba Media, hmmm...tak de kelainan, tetap sama seperti tahun2 lepas. Masih buku Dr Zakir , Ahmad Deedat dan Harun Yahya menjadi dominan.

Booth #3, PTS . aku suka banget. Ini company baru tetapi dengar cerita dia dah dapat ROI . Apa rahsianya ?? Lihat sahaja produk2 nya. segar bugar. colouful. aku tahu certain buku dicetak semula . Tetapi dengan 'wajah' yang baru dan sedap di pandang, tak mustahil ia dapat mendapat pasaran yang baik.

Booth lain tak sempat mata menjamah. jam di tangan sudah menunjukkan jam 10 malam. Pak guard sudah menjeling. "Tak reti2 nak balik ke ???", jerit suara batinnnya. hehehe...

Pulang dengan kepuasan. Baca belum tentu. Rak sudah menjerit tidak berupaya menampung. Adakah aku perlu ke IKEA ? berikan 10 sebab sekarang.